Februari 2026 | Tahun ni perayaan Tahun Baru Cina dan Ramadan tak jauh jarak bezanya. Chinese New Year 17 Februari dan Ramadan 19 Februari. Sambutan Chinese New Year company Encik Suami bagi buah limau mandarin 2 biji. 

Nampak exclusive lah juga ye letak dalam jaring dan ada tag. Tak pasti tulis apa tu. Tulisan cina mana kita nak faham. Happy Chinese New Year lah kot kan.

Dapatlah makan sorang sebiji. Buah mandarin ni jarang tak manis. Sedap makan. Kadang tak cukup sebiji. Tapi kalau makan banyak nanti batuk pula menyerang. Kenalah makan berpada-pada.

Gift Ramadan dan Chinese New Year

Untuk sambutan bulan Ramadan pula dapatlah sekotak kurma ajwa kalau tak silap. Saya pun dah lupa. Bolehlah buat tambah-tambah stok kurma yang ada. Kami lebih suka makan kurma ajwa berbanding kurma yang lain. Tak manis sangat dan tak liat sangat. 

Alhamdulillah...orang memberi, kita merasa. Musuh jangan dicari, rezeki jangan ditolak. Lambat entry raya saya sampai. Almaklumlah menyepi lama sangat. Banyak nak kejar entry tertangguh ni. huhu...