Februari 2026 | Bulan Februari meriah sambutan birthday dalam keluarga kami. Haritu birthday anak buah, lepas tu saya dan adik ipar sama tarikh birthday, akak ipar saya, cucu buah saya dan adik ipar saya. Meriah sungguhlah dengan birthday.
Tak merancang nak kemana sempena birthday saya. Jadi last minit plan kononnya nak stay di KL je. Tapi dah last minit tak banyak pilihan hotel yang ada. Kebetulan masa tu ada event MotoGP di KL dan ada event lain juga. Itu yang banyak hotel fully Booked.
Nak stay putrajaya pun penuh. Okay takpelah, kita stay di Putrajaya je. Pagi tu baru Encik Suami book bilik. Pilih Hotel Royal Park UNITEN Bangi je lah. Dekat pun dekat. Best pun best. Jadilah untuk birthday treat kita tahun ni.

Kali ni kami check in lewat juga lebih kurang jam 5 petang. Nak check in tepat pada masanya tapi tak sempat juga. Dengan jemnya dari Seremban tu. Dapat jugalah ambil gambar depan hotel ni pada waktu siangnya.

Ingatkan tak ramai, weekend boleh tahan ramai juga parkir penuh. Terpaksa parkir jauh dan ada bas sekolah ke maktab entah masa tu. Dorang ada event kat UNITEN ni mungkin.
Kami booking bilik deluxe double juga sebab masa tu pun tinggal last 3 bilik je kalau tak silap. Masa booking online siap-siap request high level, best view tasik dan request untuk birthday. Tak tahu dapat ke tidak decoration birthday tu. Cuba-cuba je lah.

Encik Suami uruskan check in. Tak lama sangat urusannya. Dapat access kad. Minta 2 keping senang kalau ada emergency nak guna kad tu. Kalau ada satu je, kang Encik Suami nak keluar bergelap pula kita dalam bilik.

Tema earthy tone color palettes. Selfie selpot dulu dalam lif.

Bukan bilik yang sama haritu masa pertama kali menginap di Royal Park Hotel UNITEN ni. Bilik lain tapi masih lake view. Layout lebih kurang je sebab jenis bilik sama. Agak kecewa sikit tak ada decoration untuk birthday.
Agaknya hotel yang berbintang-bintang baru ada kot kan. It's okaylah. Jangan sedih-sedih.





Dapatlah kita berehat kejap menikmati permandangan di luar. Masih lagi dapat best view tasik. Saya sejenis rimas kalau bilik tak ada tingkap. Rasa macam terkurung je.




Okay kali ni baru tunjuk wardrobe dengan kemudahan yang ada tu. Haritu ambil gambar dari tepi je kan.

Puas hati check in awal dapat ambil gambar jelas sikit dengan adanya cahaya luar sekali. Tak perlu cerita dah apa yang ada sebab dah cerita hari tu kan.

Haritu kita ambil gambar sorang-sorang. Harini ambil gambar berdua. Malam haritu malas-malas nak ambil gambar sebab dah penat.

![]() |
| POV dari dalam bilik |

Dapatlah kita berehat kejap menikmati permandangan di luar. Masih lagi dapat best view tasik. Saya sejenis rimas kalau bilik tak ada tingkap. Rasa macam terkurung je.

![]() |
| POV dari dalam bilik ke pintu masuk |
Eh, haritu tak ambil gambar depan cermin bilik air. Nak jugak kan.

![]() |
| Toiletries |
![]() |
| Toilet |
![]() |
| Bathroom |
Kali kedua kami menginap di sini agak kecewa sikit dengan bilik air tak boleh tutup rapat. Risau betul gedegang bunyi masa tutup tu, kena tutup perlahan. Nasib baiklah suami isteri kan. Kalau menginap dengan keluarga kena berjaga-jaga risau tertolak pintunya.
Kami lambat check in, dapat bilik apa yang ada je lah gitu. Nasib baik mungkin masalah besar. Ambil gambar sempena birthday. Beli projector mini di shopee murah-murah je. Jadilah buat kenangan birthday. Birthday sendiri pun kena beli sendiri nohh.

Tak berehat lama. Solat asar dan siap-siap nak keluar pula. Tiba-tiba kakak call bagitahu nak ziarah kakak ipar di Banting. Dia nak gerak dari Sabak Bernam petang tu juga. Saya ajak mereka menginap di sini sekali. Kebetulan esoknya tu anniversary kakak dan abang ipar. Anniversay treat untuk mereka lah.
Terus book bilik superior twin untuk mereka. Itu je bilik available. Terpaksalah anak buah mengimpit share katil dengan ibunya. Dapat bilik depan je bilik saya, bukan view tasik. Layout sama cuma beza 2 single bed je.





0 Comments