Mac 2026 | Kakak ipar masih lagi di wad Institut Kanser Negara (IKN). Hari kedua kakak saya datang jaga begilir dengan anak buah jaga maknya. Hari kelima saya berkesempatan jaga dan teman sekejap separuh hari. Alang-alang dah dekat sikit dengan tempat kerja Encik Suami.
Saya ikut Encik Suami pergi kerja dan dia hantar di IKN. Tukar shift dengan kakak saya dan Encik Suami hantar kakak di rumah anak buah di Kajang. Kemudian barulah Encik Suami masuk kerja. Syukurlah semua jarak-jarak tak jauh tapi kena hadap jem sikit lah pagi-pagi orang pergi kerja kan.
Saya sampai kakak ipar tengah tidur. Saya biarkan dia tidur, biar dia rehat. Tak nak mengganggu tidur. Nampak lena betul tidurnya tu. Okay, menunggu sambil belek-belek handphone.

Tak lama kemudian dia bangun. Eh eh terkejut dia kita dah sampai. Sajalah tak nak kejut. Terus tanya nak makan tak? Semalam tu dah tanya kat kakak saya, kakak ipar saya nak makan apa-apa tak? Nanti saya bawa.
Dia kata nak makan tose. Okaylah pagi tu sebelum gerak kami singgah kedai mamak di Seremban bawa ke IKN. Dari Seremban sampai ke IKN saya bawakan tose untuk kakak ipar. Kita ni mana boleh kalau orang nak makan, kita tak bawa. Usaha juga nak bawa apa yang dia nak.
Saya cakap saya bawa tose. Dengar tose, terus dia cakap nak. Semangat nak makan tose. Saya buka bungkusan dan potong kecil-kecil bagi dia makan. Dia makan berselera, kita pun seronok.
Dia ajak makan sekali. Saya rasa sepotong je. Saya cakap tak berapa minat sangat tose ni. Teman dia makan je lah. Habis sekeping.

Bakinya simpan, kot-kot nanti nak makan lagi ke kan. Bila selera tu datang, makan je. Alhamdulillah dapat tunaikan selera dia. Dah makan kita pun bersembang lah. Lama tak bersembang panjang-panjang. Bila berhenti sembang, tak putus-putus dia berzikir.
Lepas makan, tukar lampin. Kakak ipar dah tak boleh nak bangun. Nurse pun tak bagi berjalan ke tandas, risau jatuh. Jadi, kena pakaikan lampin lebih mudah untuk urusan buang air kecil dan besar. Dah selesa, sambung baring berehat. Sambung sembang lagi.
Sempat jugalah teman sampai makan tengahari. First time nampak hospital hidang aiskrim sekali dalam hidangan makanan makan tengah hari. Kakak ipar jamah sikit aiskrim, selebihnya dia suruh kita habiskan. Okay, baiklah. Kita menurut saja. Sedap juga aiskrimnya tak manis.

Saya temankan jaga kakak ipar sampai tengah hari je sebab Encik Suami half day ada appointment pukul 2.30 petang, lepas tu appointment gigi saya pula. Jadi, kena balik ke Seremban lah kami.
Elok je saya masuk kereta, anak buah pun sampai sambung giliran jaga maknya. Malam tu giliran kakak saya pula.
Alhamdulillah.. berkesempatan untuk teman jaga kakak ipar walau sebentar. Rupanya itulah kali terakhir kita dapat bersembang panjang. Sebelum pergi, salam dan peluk cium. Doa kami semoga kakak ipar cepat sembuh. Tapi apakan daya, Allah lebih menyayangi kakak ipar. Kami kehilangan seorang lagi ahli keluarga kami tahun ni selepas mak pergi Disember 2025.
Kakak ipar, Faridah binti Sidik meninggal pada 30 Jun 2026.
Al-Fatihah
بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.
اَلْحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ الْعٰلَمِيْنَۙ
Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam
الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِۙ
Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang
مٰلِكِ يَوْمِ الدِّيْنِۗ
Pemilik hari pembalasan
اِيَّاكَ نَعْبُدُ وَاِيَّاكَ نَسْتَعِيْنُۗ
Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan
اِهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيْمَ ۙ
Tunjukilah kami jalan yang lurus
صِرَاطَ الَّذِيْنَ اَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ ەۙ غَيْرِ الْمَغْضُوْبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّاۤلِّيْنَ ࣖ
(iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya; bukan (jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat
...آمين
12 Comments
Sebak pulak bila baca luahan Fiza... Mmmg betul, bila orang sakit tetiba berselera nak makan sesuatu, gembira sangat rasanya dapat usahakan beli dan suapkan, macam akak dulu..mak x selera makan..bila akak suap bubur entah kenap dia bertambah- tambah makan...dan itulah suapan terakhir akak bila lepas tu dia warded dan meninggal. Rezeki Fiza dapat tunaikan hajat arwah nak makan tose dari Seremban tu. Semoga Fiza & Encik Suami diberikan kekuatan menghadapi kehilangan demi kehilangan ni. Be strong Fiza..turut berdukacita...sampai hari ni akak masih x buat kronologi Mak Pah meninggal..mungkin x buat kot..
ReplyDeleteBetul tu, kita pun seronok kalau dapat tunaikan hajat.
DeleteAamiin..Terima kasih kak.
Takpe kak, nanti mengundang sedih semula. Better No.
Salam takziah sekali lagi Fiza.. moga arwah tenang aman di samping orang-orang yang beriman..
ReplyDeleteAamiin..Terima kasih SisLin.
Deletemoga arwah tenang di sana...
ReplyDeleteAamiin...
DeleteTakziah ya....sempat juga tu berborak dengannya kan...
ReplyDeleteAlhamdulillah..Terima kasih kak.
DeleteTerharu bacanya.... Ini 3 bulan sebelum kakak ipar berpulang yaaa... Alhamdulillah kakak ipar saat itu ada selera makan. Terkadang hilang selera makan bagi penderita kanker ini akibat efek dari kemo dan obat2nya . Jadi kalau dia nak makan sesuatu, lebih baik kasih saja. Untuk kakak ipar, Farida binti sidik , semoga Allah mengampuni segala dosa dan kesalahan, menerima amal kebaikan beliau semasa hidup, dan menempatkannya di tengah golongan orang2 beriman
ReplyDeleteYe, betul tu Fanny. Pesakit kanser ni ada masanya kurang selera makan.
DeleteAamiinn...
Terima kasih Fanny. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan buat Fanny dan keluarga.
Allahu.. mulianya hati seorang Fiza menjaga kakak ipar... silih berganti jaga dengan kakak sendiri.
ReplyDeleteDengan izin Allah, ada kesempatan kami dapat jaga. Alhamdulillah...
Delete