Mei 2026 | Dari Masjid Terapung Al Badr Seribu Selawat, kami terus jalan tanpa rancang nak kemana. Nampak ada spot menarik yang orang share di TikTok, singgah kejap bergambar di sini. Selekoh viral katanya.
Sebenarnya dah terlajak sikit tapi kami patah balik demi nak ambil gambar di sini. Parkir motor tepi kejap tepi jalan je. Kalau naik kereta atau van tu macam kena parkir jauh je.


Kalau rajin boleh baca sejarah Batu Bersurat Pangkor ni. Bukan Terengganu je ada batu bersurat, Pulau pangkor pun ada. Saya salin semula untuk bacaan pembaca.
Batu Bersurat Belanda Teluk Gedung, Pulau Pangkor
Batu Bersurat Belanda ini terletak berhampiran dengan pantai laut di kampung Teluk Gedung, Pulau Pangkor, Perak. la merupakan tulisan peringatan yang dipahat pada sebuah batu besar sewaktu Kompeni Belanda menguasai perairan laut negeri Perak pada kurun ke-17 dan 18.Tulisan peringatan tersebut dipahat oleh askar-askar dari Kompeni Belanda sewaktu mereka tinggal di Gedung atau Kota Belanda yang terletak tidak jauh dari lokasi kedudukan batu tersebut.
Terdapat beberapa pahatan yang terdapat pada batu bersurat tersebut seperti pahatan yang bertulis V.O.C iaitu singkatan dari nama Kompeni Belanda yang bermaksud Verenidge Oostindische Company atau "Syarikat Hindia Timur Belanda", pahatan berbentuk singa iaitu lambang yang digunakan oleh "Syarikat Hindia Timur Belanda" sebagai simbol utama mereka dan laín-lain pahatan laitu huruf-huruf seperti IK, R.O. BVH, PVL. VM. PP. MA. yang dipercayai singkatan huruf dari nama mereka yang memahat batu itu.
Tarikh pemahatan dipercayaly pada tahun 1743, iaitu sebagaimana yang tercatat di batu tersebut. Walau bagaimanapun, terdapat cerita lisan penduduk tempatan yang menyatakan bahawa orang-orang Belanda telah memahat batu tersebut sebagai mengingati seorang anak pembesar Belanda yang hilang ketika sedang bermain-main berhampiran dengan batu tersebut.
Orang-orang Belanda percaya bahawa budak tersebut telah dimakan oleh binatang buas dengan menggambarkan seekor binatang (dipercayai harimau) sedang menangkap seorang budak.
Batu* Bersurat Belanda telah diwartakan pada 26 Julai 1979 dibawah Seksyen 15(2) Akta Bendapurba 1976. Nombor warta P.U.(A)158 Daerah Dinding Mukim Lumut dan luasnya adalah 7.12m x 11.64m.
Pewartaan tapak bersejarah ini kemudiannya diteruskan dibawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 [Akta 645].

Begitulah kisahnya tentang Batu Bersurat Belanda di Pulau Pangkor ni. Adalah belajar sejarah sikit bila ke Pulau Pangkor ni kan.
![]() |
| tanda pernah sampai sini |
Bersambung...

34 Comments
best dpt ronda2 pulau naik motor tu
ReplyDeleteYe, sesekali ronda-ronda naik motor. hihi...
DeleteDalam pulau bawa motor laju² macam nak pergi kerja tu kelakar. Nasib baik bawa motor, dekat sikit nak singgah Batu Bersurat. Ingatkan di Terengganu aje yang ada Batu Bersurat, ek. Teringat Raja Lawak, sejarah pasal Batu Bersurat, berat, tu yang dia tinggalkan kat situ, hihi.
ReplyDeleteItulah tu, kemain laju bawak motor. mendobut orang Nismilan koba. Nasib baik naik motor senang nak patah balik ke parkir ke kan. Ooo siapa punya lawak tu ek? Rasa macam tak pernah tengok pulak.
DeleteSeronoknya jalan-jalan stail road trip naik motor pusing Pulau Pangkor macam ni, memang santai habis! Gigih betul siap berpatah balik dua kali demi selekoh viral dengan batu bersurat tu, haha. Tapi berbaloi sangat sebab selain dapat bergambar kenangan, dapat juga kita imbau balik sejarah Kota Belanda kat sana.
ReplyDeleteSesekali rasakan pengalaman yang berbeza ronda-ronda naik motor. hihi..Kena gigih sebab bukan senang nak sampai sini. Alang-alang tu kan. Betul, sangat berbaloi.
DeleteWah amazing, menarik kan di Pulau pangkor
ReplyDeleteSangat menarik.
DeletePulau Pangkor memang banyak tinggalan sejarah. Kota Belanda tu dah pergi ke? LeYa memang minat travel sebab suka belajar sejarah tempat baru
ReplyDeleteBetul tu. Dah Kak Leya. Next entry. hihi...
DeleteKalau uncle panggil Batu berdoodle....
ReplyDeletehihi..bila orang seni berkata-kata
DeleteAlhamdulillah. Tambah ilmu. Selama ini dalam buku sejarah seperti disebut Batu Bersurat Terengganu saja. Rupanya ada yang lain, Batu Bersurat Pangkor.
ReplyDeleteBetul tu Kak Amie. Kita hanya tahu Batu Bersurat di Terengganu je. Saya pun baru tahu jugak yang ni.
Deleteteringat kerja kursus sejarah masa sekolah dulu, kena cari batu bersurat.
ReplyDeletebatu bersurat tersimpannya sejarah.
Batu bersurat banyak kisah sejarahnya. Tapi dulu rasanya belajar pasal Batu Bersurat Terengganu kan. Yang ni macam tak ada je. Ke ada? huhu...
DeleteSenang nak pusing pulau dgn motor ni Fiza kan, sementelah Pulau Pangkor ni tak besar sangat. Akk pernah melawat Batu Bersurar ni tapi tak sempat baca segala info pun. Time tu sibuk kejar si Abang yg masih toddler hehe
ReplyDeleteBetul! Senang nak ronda naik motor sebab tak besar sangat sampai 2x kami ronda. hihi...Ooh..takpe, boleh baca kat atas je ambil dari info yang ada di situ.
DeleteSama macam Kak Seri cakap, masa mula sampai sini, baru tau Pangkor pun ada batu bersurat juga hehehehe Sis dulu naik van pink ronda pulau tu Fiza
ReplyDeleteSaya pun baru tahu. Geng lah kita baru tahu. hihi...Ooo kalau pergi ramai-ramai memang okay sangat naik van tu. Plus, tak kena hadap panas. hee...
DeleteFirst time dengar ada batu bersurat di Pulau Pangkor ni jugak
ReplyDeleteSamalah kita. hihi...
Deletepernah dengar, tapi tak pernah sampai lagi..
ReplyDeletelaju2 nak pegi mana tu incikSuami nya?? hihihi
Kot ke Pangkor lagi boleh singgah sini. haha..dah biasa naik motor bawa laju agaknya. Mana reti perlahan.
DeleteAkak dulu x pi yang batu bersurat ni...kejar masa plak masa tu...tp akak pi Kota Belanda
ReplyDeleteDah dekat dah tu kak. Takpelah kan, kadang kejar masa tak sempat nak explore semua tempat. Sempat mana yang pergi je lah.
DeleteTd saya pikir semacam prasasti, yg ditulis di batu. Tp yg ini lebih ke gambar ya kak. Menariiik. Saya sukaaa sejarah begini. Malah tak dengar ada batu bersurat begini yg Belanda tinggalkan di Indonesia, padahal dia lama di sana. Atau bisa jadi saya yg tak banyak eksplor.
ReplyDelete.
Seram juga ada anak yg dimakan harimau . Itu jadi trigger mereka membuat tanda peringatan di batu
Ya, dari lukisan macam isyarat gitu mungkinlah. Banyak juga kisahnya tentang batu bersurat Pangkor ni.
Deletedah ada platform lantai dia.. dulu saya datang tanah berpasir jer
ReplyDeleteOhh dulu pasir je ek. Baguslah mereka jaga tempat ni dengan sebaiknya. Much better ada platform tu.
DeleteKalau lalu waktu senja/malam terasa seram juga huhu
ReplyDeleteUishhh tengok tempat pun dah seram, inikan nak lalu waktu tersebut. Memang taklah kak. huhu...
DeleteDah pernah sampai juga di sini.
ReplyDeleteYeay, boleh geng lah kita.
Delete