Mac 2026 | Koleksi sampul duit raya 2026 tak berapa nak banyak sangat. Ada 5 koleksi je untuk tahun ni iaitu PERTONAS, HABIS Jewels, Emas NUR JANNAH, Kenangan Coffee dan L'OREAL.

1. PETRONAS
Tahun ni sampul duit raya Pertonas bermotifkan songket. Motif songket yang berbeza dengan sampul duit raya tahun 2024. Tahun 2025 bertemakan ketupat. Ada dua warna dalam setiap sampul, 10 pcs.
Warna hijau PETRONAS dengan kemasan emboss silver macam hologram. Warna tembaga pula dengan kemasan emboss warna gold. Cantik dan exclusive cuma kertas dia tak setebal macam sebelum ni.
Dapat 5 pek macam biasa setiap tahun.

2. HABIB Jewels
Hasil pembelian barang kemas di HABIB Jewels masa bulan puasa haritu dapatlah 3 pek sampul duit raya. Sumpah cantik sampul duit raya HABIB tahun ni sebab motif songket kain sampin tu sangat menarik. Semua cantik!
Tambah lagi cantik dan exclusive bila kertas tebal dengan kemasan emboss/timbul. Suka sangat design tahun ni berbanding sampul duit raya HABIB tahun 2025.
Masa tukar gelang emas tu dapat juga sampul duit raya NUR JANNAH. Dapat juga kurma sekali masa tu. Sampul duit raya ikut tema warna kedai, ungu. Rekaan ringkas suasana hari raya. Kertas dia biasa je, tak tebal dan tak nipis.




4. Kenangan Coffee
Beli Kenangan Coffee masa bulan puasa haritu dapat sampul duit raya. Dapat 1 pek je lah tapi. Rekaan yang ringkas dengan motif songket juga rasanya. Ada kemasan emboss logo love Kenangan Coffee tapi dalam gambar tak nampak pula.

5. L'OREAL
Beli lipstick dan foundation cushion dapat percuma sampul duit raya. Saya beli secara online. Dapatlah 2 pek sampul duit raya. Tak ada tulisan hari raya mungkin dia buat sekali untuk Chinese New Year sebab tak jauh jarak pun perayaan dua-dua tu. Jadi, boleh guna untuk dua-dua perayaan gitu.
Tapi macam lebihan daripada Chinese New Year je ni. Ke?

Tak banyak koleksi sampul duit rayanya. Guna pun tak banyak mana. Tahun ni bagi mak mentua je lah. Selain tu anak-anak buah mana yang beraya bersama dan jumpa je. Lebihan sampul duit guna untuk bagi salam kaut atau sedekah. Tinggalkan sekeping dua buat simpanan.

0 Comments