Januari 2026 | Birthday anak buah (kakak) sebelah keluarga Encik suami pada 1 Februari. Ibunya kata, kakak request nak ajak kawan-kawan datang rumah sempena birthday dia nanti. Ibunya pun setuju lah, buat makan-makan sekali macam tu.

Biasanya kita-kita je sekeluarga. Ini kalilah kita tunaikan permintaan dia. Lepas tu dia ada request sekali goodies bag sebab kawan-kawan dia minta goodies katanya. Halah halah, macam-macam mintaknya. Dah besar, darjah 2 dan dah ramai kawan. Begitulah cerita dia.

Okaylah okaylah selaku Pak Ngah dan Mak Ngah yang baik hati menurut permintaan kakak. Eh, terpuji diri sendiri pula. Ambil tugas sediakan goodies bag dan juga beli belon ikut tema yang dia nak. 

Pening juga tak tahu nak bagi apa untuk budak-budak kan. Nak bagi makanan ke jajan je macam tak sesuai, nanti mak ayah dorang complaint pula bagi makanan bukan-bukan. Baiklah kita bagi alat tulis je. Senang cerita.

Kami berdua pergilah Eco-Shop survey apa yang patut kami beli. Kami beli set mewarna warna air dengan bag berzip tema capybara. Beli juga pensel warna tambah letak dalam beg berzip tu. Beli juga paper beg dengan tulisan happy birthday.

Mulanya beli untuk 10 beg goodies katanya jemput tak ramai. 

Goodies Bag Birthday Untuk Anak Buah

Lepas tu ibu dia whatsapp katanya dia ajak macam ramai kawan. Kawan tu bukanlah orang lain, adik beradik kepada kawan dia juga yang dia kenal. Ibunya tak risau sangat bab goodies ni, risau tak cukup makanan je.

Okay takpe, kita tambah lagi beberapa goodies. Pergi cari kat Eco-Shop yang sama tapi kecewa yang kami beli tu tak ada stock dah. Pergi cari kat Eco-Shop yang lain. Alhamdulillah ada sama dengan kami beli sebelum ni. Fuhh lega.

Tak kan nak beli yang lain kan. Nak semua dapat yang sama. Tambah beli sticker juga letak dalam goodies bag dan beli scarf happy birthday tu untuk birthday girl.

Goodies Bag Birthday Untuk Anak Buah

Okay selesai bab beli barang untuk goodies bag birthday kakak. Semua letak dalam satu beg ni. Tak rugi juga beli beg set mewarna ni. Dapatlah juga dorang gunakan nanti letak alat tulis. 

Goodies Bag Birthday Untuk Anak Buah

Dah siap masuk dalam beg zip, kita letak dalam paper bag happy birthday. Buat juga tag happy birthday kakak ikat riben di paper beg. Aaa siap!

Goodies Bag Birthday Untuk Anak Buah