Februari 2026 | Dari Banting, kami ke Shah Alam pula melawat boss Encik Suami di Avisena Specialist Hospital. Nampaknya hari tu, hari untuk melawat mereka yang sakit. Semoga kehadiran kita dapat memberi semangat kepada mereka dan insyAllah kita juga akan dapat ganjarannya.

Boss Encik Suami baru lepas operate. Operate apa saya tak pasti tapi berkaitan dengan hidung. Tak pasti berkaitan dengan sinus atau tidak. 

Pertama kali kami jejak hospital ni. Masih baru kot? Sejak pencen jadi warganegra Shah Alam ni sekali sekala ni jejak sini. Itupun kalau ada urusan lah. Banyak dah pembangunan di sini.

Ziarah di Avisena Specialist Hospital Shah Alam

Sempat lagi bergambar dalam lif hospital. Suka tengok motif lantai dalam lif tu. Ala morrocan pun ada. Kami bawa buah oren sebagai buah tangan. 

Tak tahu nak bawa apa sebenarnya. Nak bawa buah pun kena pilih-pilih risau tak sesuai dengan keadaan pesakit. Nak bawa makanan risau juga pesakit tak boleh nak makan kan. Jadi bawa buah oren dan mudah juga nak makan. Kena kupas kulit je lah yang susahnya.

Ziarah di Avisena Specialist Hospital Shah Alam

Mujur tak sesat datang hospital baru ni. Dapatlah jumpa biliknya. Bilik single yang agak luas juga. Dapatlah berbual sekejap sebab lepas tu baru tahu dia dah boleh discharge. Tunggu kemas barang dan hantar sampai ke kereta.

Sebenarnya dah dua hari kot lepas operate. Jadi bolehlah memandu sendiri. Tak lama lah kami di sini. Lepas tu baru balik ke rumah.

Ziarah di Avisena Specialist Hospital Shah Alam

Ramai juga pakar-pakar di sini. Kita doakan mereka cepat sembuh dan sihat seperti biasa serta dipermudah segala urusan. Aamiin...

Doa melawat orang sakit


اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذْهِبِ الْبَأْسَ اشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لَا شَافِيَ إلَّا أَنْتَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقْمًا
Allahumma rabban nasi, adzhibil ba’sa. Isyfi. Antas syafi. La syafiya illa anta syifa’an la yughadiru saqaman

Maksud : Tuhanku, Tuhan manusia, hilangkanlah penyakit. Berikanlah kesembuhan kerana Kau adalah penyembuh. Tiada yang dapat menyembuhkan penyakit kecuali Kau dengan kesembuhan yang tidak meninggalkan rasa sakit.—Hadis Riwayat Bukhari