Februari 2026 | Stok deodorant dah menyusut. Jomlah kita ke Amway Shop di Seremban 2. Malas nak beli online, postage RM10. Baiklah kita beli terus di kedai. Mulanya saya beli 3 je buat stok sebab saya ahli biasa je bukan business.
Kalau ahli biasa boleh beli 3 items je dalam sehari. Tiba-tiba katanya boleh beli 6. Saya beli 4 je lah untuk kami berdua pakai setahun satu. So tahun lagi satu tak payah dah beli. Jimat banyak.

Kali terakhir beli bulan Jun 2025. Bulan Februari 2026 baru beli baru. Kira dalam bulan Mac tu baru pakai yang baru. Lebih kurang 9 bulan lah macam tu untuk sebotol. Tengok juga kekerapan penggunaan dia. Pernah je hampir setahun juga.
Nak beli sebotol tu macam mahal. Tapi kalau kira-kira beberapa bulan penggunaan lama tu sangatlah berbaloi. Berkesan pula tu kan untuk menyahkan bau badan yang tak best dan tak meninggalkan kesan pada baju. Tak cari lain dah.
Ada hikmahnya juga restock banyak sikit. Yang 2 lagi tu bagi hadiah pada anak-anak buah. Aktif bersukan dan boleh jimat duit student.
So kenalah restock lagi lepas ni. Kalau beli online silalah beli pada agent yang berdaftar ye. Risau terbeli yang fake. Kalau beli di Amway Shop kena daftar jadi ahli dulu baru boleh membeli dan kena tunjuk IC juga semasa bayar untuk sahkan keahlian.
Dah jadi ahli boleh beli online di website Amway. Cuma tak jimat untuk postage je lah. Alang-alang dah dekat, kita pergi kedai terus. Jimat postage dan tak perlu menunggu parcel sampai.
16 Comments
Deodorant Amway ni kalau sekali tengok harga dia macam mahal sikit, tapi bila fikir balik sebotol boleh tahan sampai 9 bulan ke setahun, memang jauh lebih jimat dan berbaloi!
ReplyDeleteBetul tu. Berbaloilah keluar modal lebih sikit untuk beberapa bulan kan.
DeleteBerbaloi tu dengan penggunaan yang lama. Kalau dah selesa dengan Amway, elok teruskan walau kena bayar lebih sikit. Tak semua deodorant sesuai dengan semua badan kan.
ReplyDeleteSangat berbaloi dan serasi dengan kita. The best deo so far. Betul tu, lain orang lain kesesuaian dia.
Deletedah lama teringin nak cuba tapi tak beli-beli pun lagi
ReplyDeleteNanti bolehlah beli dan cuba.
DeleteSelalu gitu lah..beli stok..Linda pun dah lama tak beli..hahaha..dok renew jaa tetiap tahun
ReplyDeleteRenew tu wajib. Kang tak boleh pulak membeli. hihi...
DeleteIni dipakai 3 hari sekali ya kak? Macam perspirant? Soalnya di sini ada perspirant yg lamaaa juga habisnya, Krn cara pakai cukup 3 hari sekali, oles malam saja. Tp saya belum coba yg metode seperti itu.
ReplyDeleteSaya biasa pakai dua kali je sehari selepas mandi. Ya, deodorant jenis roll on. Tahan lama berbulan-bulan kalau guna sehari 2 kali.
DeleteBerbaloi dengan harganya
ReplyDeleteSangat berbaloi.
Deletelama betul brand amway ni bertahan kan.memang ada loyal customer gitu
ReplyDeleteYa, masih ada lagi.
DeleteBest jugak beli terus dekat kedai. Tak perlu tunggu postage, lagi-lagi kalau caj RM10.
ReplyDeleteYa, lagi senang macam tu kan. Cuma kena pergi ke kedai je lah. Yang lain boleh jimat pos dan juga tak perlu tertunggu² parcel.
Delete