Disember 2025 | Sudah 1 tahun 6 bulan saya pakai pendakap gigi (braces). Dulu masa mula-mula pakai rasa macam lambat lagi. Sekarang tahu-tahu dah setahun lebih dah.
Tapi kadang-kadang kalau kat luar tu lupa nak pakai semula. Maafkan saya doktor, mengelat sikit. Shhh..jangan bagitahu doktor!
Macam biasa appointment on weekend ramai orang. Jarang tak meriah klinik ni. Lepas register, sign consent dan pilih getah O-ring. Saya pilih warna hitam. Kalau tak hitam, blackcurrent. Kalau tak ada warna tu barulah pilih warna maroon ke purple ke atau biru. Itulah warna selamat kalau pakai braces.
Kalau pakai warna cerah tu cepat bertukar warna kalau makan makanan kunyit, berkari dan minum kopi. So kita elakkan benda tu berlaku, pilih warna gelap je.


Masih lagi kena pakai elastic band jenis medium sambung rutin dari bulan November 2025. Dengan tu bersambung lagilah struggle kita nak pakai dia. Mula-mula dulu agak susah lah nak buka pasang kalau nak makan tu. Lepas tu lama-lama okaylah dah biasa.
Tapi kadang-kadang kalau kat luar tu lupa nak pakai semula. Maafkan saya doktor, mengelat sikit. Shhh..jangan bagitahu doktor!
Rasa tekanan tu tak rasa sangatlah sebab elastic band level medium ni tak rasa sangat tarikan dia. Tujuannya dia nak betulkan gigitan gigi atas dan bawah. Nampak tu macam dah kena atas bawah kan. Gigi bawah masih lagi kena power chain, gigi depan 4 batang masih perlu masuk kedalam sikit.
Itu je lah cerita untuk monthly review bulan Disember 2025.
8 Comments
kita tengok orang pakai macam tak selesa je nak makan semua
ReplyDeleteGetah tu memang kena buka kalau nak makan. Kalau tidak susah nak makan. Tapi braces tu okay dan selesa je makan kalau dah biasa. Cuma lepas makan tu kena bersihkan sisa makanan yang terlekat dengan water flosser. Kalau tidak tak selesa makanan terselit.
DeleteBetul sangat Fiza, warna gelap macam hitam, blackcurrant atau maroon memang penyelamat! Kalau ambil warna cerah, baru lepas makan kari terus bertukar jadi warna lain pula getah tu haha. Pilihan warna selamat ni penting untuk mengekalkan keayuan.
ReplyDeleteKari tu takpe lagi kak sebab jarang sangat makan. Tapi kita ni kan orang Johor dan Nismilan. Suka nau masak berkunyit ni. Itu yang parah tu. Sebab tu kena pilih warna gelap je.
Deletemacam mana kalau doktor tu baca blog akak? hahh kantoi sudah :p
ReplyDeletestruggle betul perjalanan braces ni.. beauty is pain kan..
Tak bajet pun doktor akan ada masa nak baca. hihi..kalau kantoi kita hadap je lah. Ya, struggle macam-macam ujiannya. Takpe, dah tak lama dah. Tapi lepas ni dunia retainer pulak.
Deletemesti tak sabar nak habiskan tempoh ber braces tu kan...tp pakai braces kira mcm accessoory jugak esp teenager, nampak style lah utk diaorg
ReplyDeleteYa, semestinya tak sabar. Tapi lepas tu kena hadap dunia retainer pulak. huhu...
Delete