Selepas tiga minggu operation mata kiri which is second operation, janji temu dengan doktor lagi. Sehari selepas mak meninggal, gerak balik ke rumah sebab esoknya ada janji temu. Punyalah kita dok tahan menangis masa mak meninggal. Air mata yang bertakung tu gugur juga. Mana boleh tahan!
Risau radang ke apa. Orang nampak kita kuat tapi sebenarnya kita lemah. Jomlah jumpa doktor kita tengok keadaan mata. Harapnya tak apa-apalah.
Datang awal sikit sebab nak siap cepat nak balik cepat. Nak rehat sebenarnya.

Tenang-tenang menunggu giliran dalam klinik. Tak ramai orang lagi. Biasanya tak ramai dan tak menunggu lama pun.

Lepas jumpa doktor, kena masuk bilik laser room untuk check lagi details mata macam masa pre-assesment sebelum ni.

Alhamdulillah keadaan mata saya baik-baik sahaja kedua-dua belah. Luka pun dah pulih. Bolehlah melihat dengan penglihatan yang lebih baik. Tak perlu cermin mata untuk jarak jauh. Cuma masa tu pandangan jarak dekat kena adjust jarak yang betul.

Terima kasih yang mendoakan. Saya baik-baik sahaja.

Tenang-tenang menunggu giliran dalam klinik. Tak ramai orang lagi. Biasanya tak ramai dan tak menunggu lama pun.

Lepas jumpa doktor, kena masuk bilik laser room untuk check lagi details mata macam masa pre-assesment sebelum ni.

Alhamdulillah keadaan mata saya baik-baik sahaja kedua-dua belah. Luka pun dah pulih. Bolehlah melihat dengan penglihatan yang lebih baik. Tak perlu cermin mata untuk jarak jauh. Cuma masa tu pandangan jarak dekat kena adjust jarak yang betul.

Terima kasih yang mendoakan. Saya baik-baik sahaja.
23 Comments
Alhamdulillah mata Fiza baik-baik aje walaupun dah menangis. Yelah, mana la boleh ditahan bila dah terlalu sedih.
ReplyDeleteAlhamdulillah..Betul tu, dalam keadaan kehilangan dan keadaan diri yang tak berapa okay.
Deleterindunyaaa ngn awak. semoga awak sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang ALLAH.
ReplyDeleteRindu jugak dengan awak. Belum sempat menyinggah lagi. Maaf ye.
DeleteDoa yang sama juga untuk Cha. Aamiinn...
Terima kasih Cha mendoakan saya.
DeleteAlhamdulillah selesai sudah.
ReplyDeleteSemoga baik² semuanya fiza ye 🤲🏻
Alhamdulillah...
DeleteInshaAllah. Aamiin...
Terima kasih kak.
Baru terbaca Fiza operate mata ea.. moga di beri kesembuhan buat Fiza.. nampak susut dah badan tu..
ReplyDeleteYe SisLin. Mungkin masa tu agak kurang berselera makan. Sekarang terlebih selera. Risauuu...
DeleteAlhamdulilah makin pulih ye mata tu... kita bab mata ni mmg seriau gak.. pernah tiba² ngadap.laptop terus jadi blur.. gosok² risau tiba² buta hahaa...
ReplyDeleteNow kita pakai spek .. rabun dekat.. x pernah refer doktor sbb tiap kali check tahunan, mata ok je 😅😅
Alhamdulillah..Syukur. Bab mata ni memang merisaukan kita. Harapnya tak ada apa-apalah dimasa akan datang. Rabun dekat tu biasa kalau umur makin bertambah ni. Takpe, ada cermin mata tak jadi masalah dah.
Deletealhamdulillah dah tak perlu pakai spek ye fiza...kadang pakai spek pun penat juga
ReplyDeleteAlhamdulillah. Ye, betul. Tak perlu pakai spek dah. Pakai spek kadang mata jadi letih juga.
DeleteSaya semenjak masuk 40 ni baru tahu apa itu rabun...mendapat rabun dekat...
ReplyDeleteBiasa begitulah orang kata. Kalau dah masuk 40 tu dah mula rabun dekat. Kena pakai spek rabun dekat lah gitu.
Deleteoperation mata, ngerinya.
ReplyDeleteYa, bila sebut tu memang ngeri. Bila dibedah tu lagi ngeri. huhu...
DeleteTak terbayang memang harus menahan air mata di saat mata sedang tidak boleh menangis. Memang tak bisa.
ReplyDeleteAlhamdulillah tp hasilnya baik2 saja ya kak.
Ya, berat sungguh rasa tu. Alhamdulillah semuanya dalam keadaan baik-baik je.
DeleteBila baca part Fiza tahan menangis tu, terus rasa sebak sama. Kehilangan mak ni memang satu ujian yang sangat berat, mana mampu kita nak tahan air mata daripada gugur kan... Kuatnya Fiza luar biasa. Alhamdulillah, walaupun air mata bertakung hari tu, mata tak ada apa-apa radang dan keputusan check-up semuanya okay. Peluk rapat untuk Fiza, moga terus tabah ya
ReplyDeleteSusah nak ditahan kak. Kadang melepaskan juga kalau tidak berat rasa. Semoga Allah berikan kekuatan dan permudah segala urusan, berikan kesihatan yang baik. InshaAllah..Aamiin..
DeleteTerima kasih kak.
lepas ni kuman seberang laut pun dia dah boleh nampak...kalau nampak ammi yang besar berganda dari kuman silalah tegur tau. hahahha
ReplyDeleteEhhh takdelah sampai macam tu nau Ammi. Melampau nau kantanya tu. Hihi..pandangan seperti biasa je Ammi. Nampak Ammi dari jauh, saya tunggu dekat dulu. Kang salah orang termalu sendiri nanti. hihi...
Delete