Disember 2025 | Ya, saya masih tersekat lagi cerita tahun 2025. Balik Segamat untuk menghadiri Majlis khas untuk penyampaian geran hak milik peserta Felcra di UiTM Segamat. Biasanya setiap tahun ada mesyuarat agong, setahun sekali.

Cumanya tahun ni ada majlis extra dan istimewa sikit untuk penyampaian geran kepada peserta yang dah bertahun lamanya baru dapat. Sebelum ni geran sementara je. Saya ni kira generasi kedualah sebab arwah abah bagi saya tanah (tukar nama saya) semasa arwah masih hidup.
Kalau arwah abah masih hidup, mesti abah pun lega geran dah dapat dah. Alhamdulillah...Rasa sebak betul bila tengok geran tu. Of course teringat abah. Sama-sama uruskan untuk pertukaran tanah tu kesana-kesini. Pejabat tanah, Pejabat Felcra dan mahkamah.
Majlis kalini tak lama sebab hanya untuk penyampaian geran je. Tapi adalah acara sikit, bacaan doa, persembahan tarian zapin dan ucapan sikit. Macam biasalah typical majlis kan.
Kami peserta taklah semua kena naik pentas ambil geran tu macam naik pentas konvo. Tak! Cuma beberapa orang wakil je yang naik pentas. Buat cukup syarat majlis gitu. Kalau nak semua naik pentas, matilah nakkk..Pukul berapa nak habis majlis oiii. Peserta pula 1000 lebih orang. Mahu sampai sesi petang. Naya Pak Karim!
Sudahlah semua peserta kebanyakkannya mak bapak kita yang dah berusia. Yang berkerusi roda lagi. Bagus jugalah buat majlis yang tak lama sangat. Kesian juga orang orang tua menunggu lama kan. Macam kita ni tak apalah juga.
Majlis selesai kita pun senang hati. Tengok di bawah tu masih beratur untuk ambil geran di kaunter, kita perati dulu bergambar kat atas ni. Bagi ruang untuk mereka ambil hak mereka dulu. Kita lambat-lambat pun tak apa. Tak kejar masa.

Habis majlis terus balik rumah abah mak. Balik kali ni yang sangat berbeza tanpa mak abah. Sunyi, sepi tanpa ada sesiapa sambut dan tanpa ada sesiapa hantar balik sampai luar rumah macam selalu. Aaa..sedihnya!

![]() |
| selingan persembahan tarian zapin |
Kalau arwah abah masih hidup, mesti abah pun lega geran dah dapat dah. Alhamdulillah...Rasa sebak betul bila tengok geran tu. Of course teringat abah. Sama-sama uruskan untuk pertukaran tanah tu kesana-kesini. Pejabat tanah, Pejabat Felcra dan mahkamah.
Bukan mudah nak buat urusan tukar nama tanah ni walaupun pemiliknya masih hidup. Urusan tukar nama mohon tahun 2019 ke 2020 agaknya. Tahun 2022 baru selesai urusan tukar nama.
Majlis kalini tak lama sebab hanya untuk penyampaian geran je. Tapi adalah acara sikit, bacaan doa, persembahan tarian zapin dan ucapan sikit. Macam biasalah typical majlis kan.
Kami peserta taklah semua kena naik pentas ambil geran tu macam naik pentas konvo. Tak! Cuma beberapa orang wakil je yang naik pentas. Buat cukup syarat majlis gitu. Kalau nak semua naik pentas, matilah nakkk..Pukul berapa nak habis majlis oiii. Peserta pula 1000 lebih orang. Mahu sampai sesi petang. Naya Pak Karim!
Sudahlah semua peserta kebanyakkannya mak bapak kita yang dah berusia. Yang berkerusi roda lagi. Bagus jugalah buat majlis yang tak lama sangat. Kesian juga orang orang tua menunggu lama kan. Macam kita ni tak apalah juga.
Majlis selesai kita pun senang hati. Tengok di bawah tu masih beratur untuk ambil geran di kaunter, kita perati dulu bergambar kat atas ni. Bagi ruang untuk mereka ambil hak mereka dulu. Kita lambat-lambat pun tak apa. Tak kejar masa.

Terima geran macam baru lepas terima scroll konvokesyen eh. Teruja sebenarnya. Dalam pada masa dalam kepala ni, abah abah abah abah je lah. Rasa macam nak tunjuk je gambar ni kat abah. Tapi abah dah tak ada. Aduhhh taip ni pun meleleh air mata dah.

0 Comments