Februari 2026 | Seperti yang disarankan oleh doktor, saya pun belilah extra virgin olive oil (EVOO). Beli jenama Olivie yang saya pernah nampak Alif Satar promote. Beli di shopee OliveHouse+Plus, harganya hampir seratus jugalah. Itupun beli lepas tolak voucher diskaun.
Selain dapat voucher, saya beli pakej yang ada percuma madu kyrgyzstan. Lebih berbaloi-baloi.

Kita punyalah teruja nak consume extra virgin olive oil demi menjaga kesihatan. Saya fikir macam "ala minyak je kan". Sekali bila nak telan buat pertama kali tu, tekak tak boleh nak terima.
Orang kata rasa ke bau tengik macam tu. Bukan setakat tengik, rasa kelat-kelat pahit pun ada. Aduh, macam mana ni? Sebab tu lah didatangkan dengan madu. Kena makan dengan madu sekali barulah boleh telan. Letak madu tu sikit je lah tapi.
Madu tu likat pekat. Biasanya saya ambil extra virgin olive oil kurang daripada satu camca dan tambah sikit madu baru penuh camca tu. Then barulah telan sekali. Makan sebelum sarapan sehari sekali je. Kalau makan dua kali, sekali lagi sebelum tidur.
Saya berjaya consume hampir sebulan juga. Ada juga kadang terlupa makan. Bila tak konsisten, results dia pun tak berapa nak berjaya lah. Terus saya berhenti. Rasa tak sanggup nak telan dah. Nak cuba yang jenis kapsul tu tapi dia punya khasiat tu kurang sikit daripada cecair.
Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik dan baik-baik sahaja untuk kita. InsyaAllah. Aamiin...
0 Comments