Disember 2025 | Giliran Encik Suami pula menghantar maknya untuk janji temu di Institut Perubatan Respiratori (IPR) KL. Ambil mak di rumah adik ipar dan anak buah ikut sekali. Nak ikut katanya. Haa jomlah kita teman uwan sekali.

Encik Suami dan anak buah pesan nasi lemak sepinggan seorang. Porsi nasi lemak tu banyak ye. Kalau saya makan sepinggan tu lambat sikit nak habiskan.

Tapi anak buah sorang ni, dia punya suka nasi lemak boleh habis sepinggan dengan cepat. Peminat nasi lemak no.1! Kalau makan nasi lemak dialah juara dengan adiknya. Tak rugi bawa makan, tak membazir gitu.

Usai makan, terus balik semula ke IPR. Belikan mak kuih untuk alas perut semasa menunggu. Urusan hospital macam biasalah kadang cepat kadang lambat. Kalau tak sampai tengahari tu tak sah. Urusan hospital ni kita dah lali dah.
Mak kata lepas turunkan mak pergilah sarapan dulu bawa anak buah makan. Belum makan lagi sebab kami gerak awal. Mak kena puasa sebab ambil darah kalau tak silap. Kalau dah ke IPR KL ni, nak makan mesti akan ke Richiamo Coffee dalam KPJ Tawakkal.
Orang datang hospital ziarah pesakit, kita datang hospital sebab nak makan. Tak jauh dari IPR. Jalan kaki pun boleh sebenarnya. Tapi malaslah pula nak jalan kaki kan. Nanti ketibas (ketiak basah) pulak.
Macam biasa saya pesan kopi latte.

Tak rasa nak makan nasi lemak, pesan mushroom soup dan garlic bread je. Itupun makan kongsi-kongsi sebab saya pasti saya tak habis makan. Kurang selera juga masa tu. Mushroom soup sedap dah cuma roti dia kurang rangup sikit. Kalau rangup sikit mesti sedap. Bakar tak lama kot.
Macam biasa saya pesan kopi latte.

Tak rasa nak makan nasi lemak, pesan mushroom soup dan garlic bread je. Itupun makan kongsi-kongsi sebab saya pasti saya tak habis makan. Kurang selera juga masa tu. Mushroom soup sedap dah cuma roti dia kurang rangup sikit. Kalau rangup sikit mesti sedap. Bakar tak lama kot.

Encik Suami dan anak buah pesan nasi lemak sepinggan seorang. Porsi nasi lemak tu banyak ye. Kalau saya makan sepinggan tu lambat sikit nak habiskan.

Tapi anak buah sorang ni, dia punya suka nasi lemak boleh habis sepinggan dengan cepat. Peminat nasi lemak no.1! Kalau makan nasi lemak dialah juara dengan adiknya. Tak rugi bawa makan, tak membazir gitu.

Usai makan, terus balik semula ke IPR. Belikan mak kuih untuk alas perut semasa menunggu. Urusan hospital macam biasalah kadang cepat kadang lambat. Kalau tak sampai tengahari tu tak sah. Urusan hospital ni kita dah lali dah.
Nak buat macam mana kan. Mana-mana hospital pun, kerajaan ke swasta ke kena menunggu dengan sabar. Semuanya kena ikut prosedur. Doa semoga Allah permudah segala urusan kita.
0 Comments