Mac 2026 | Balik dari beraya di Banting, singgah Kenangan Coffee Cottage Walk Cyberjaya. Malas nak masuk IOI City Mall, kita singgah Kenangan Coffee yang stand alone. Senang nak pick up order. Tak perlu masuk mall.

Kalau masuk mall nanti dah jadi cerita lain pula. Kena shopping benda lain pula kan. Dalam perjalanan ke sini order siap-siap guna apps Kenangan Coffee Encik Suami. Sampai-sampai je dah siap dan pick up je.

Kenangan Coffee Cottage Walk Cyberjaya

Gambar airnya takde. Nak cerita kedai je sebenarnya. Boleh? Suka tengok Kenangan Coffee yang stand alone macam ni. Dia macam exclusive sikit berbanding di shop lot biasa tu. Eh, ni tak adalah stand alone. Dia berkembar dengan kedai lain. Tak ingatlah kedai apa.

Kenangan Coffee Cottage Walk Cyberjaya

Dua tingkat dan lebih menarik. Suka juga tengok signboard bentuk bulat tepi jalan tu. Kalau beli Kenangan Coffee, saya suka order Kenangan latte. Sebelum ni hazelnut latte, lepas tu latte, sekarang paling favourite signature Kenangan latte. Selera berubah-ubah kadang.

Kenangan Coffee Cottage Walk Cyberjaya

Kalau nak beli kopi, mesti cari Kenangan Coffee dulu. Lepas tu CBTL dan Zus Coffee kalau tak ada pilihan lain.