Mei 2026 | Okay dah masuk cerita bulan Mei, sikit lagi nak kejar sampai Julai. Fuhh..jenuh! Bulan Mei ada jemputan majlis kahwin kawan Encik Suami di Sri Manjung Perak. Dr. S kawan study masa Encik Suami buat PhD.
Saya pun kenal dengan kawan Encik Suami. Jadi, sama-samalah pergi. Jemputan pun suami isteri. Kami booking hotel siap-siap beberapa minggu awal sebab masa tu cuti sekolah baru bermula. Risau pula tak ada tempat bermalam. Takkan nak balik hari. Jauh tu dari selatan ke utara.
Majlisnya malam, jadi kami bertolak awal pagi dari Seremban ke Perak. Sebelum sampai masa untuk check in hotel, kami singgah di Teluk Senangin sebentar. Jalan-jalan tengok apa yang menarik di sini. Kami pun tak pernah sampai sini.

Kami sampai pukul 1 lebih. Tengah panas terik uiii..Nak cari sekali tempat makan tengah hari. Tempat yang kami nak pergi tu dah tutup pula. Dia buka sampai jam pukul 12.00 tengah hari. Tak ada rezeki kami lah. Lupa apa nama entah. Betul-betul tepi pantai.
Berdekatan pintu masuk tadi ada banyak gerai dan lokasi tumpuan orang berkelah, mandi manda, beriadah. Banyak aktiviti kat situ kot. Malas nak ke tempat orang ramai. Kami nak tempat yang tenang-tenang je. Jasi, kami singgah di dataran Senangin 2 ni je. Saja nak lepak kejap tepi pantai.
Ada cart tu tapi tak ada orang jual-jual pun. Tutup! Orang pun tak ada kat kawasan ni sebab ramai lepak di gerai-gerai bawah pokok sana kot. Di kawasan ni banyak homestay dan chalet.



Daun kering yang gugur agak mencacatkan permandangan pula. Kalau bersih tanpa daun kering mesti lagi cantik. Mujur jugalah ada pokok ni tempat berteduh. Kalau tidak, panas betul. Kita dah lah puteri lilin. Macam membakar diri sendiri kalau tak ada pokok ni.

Pasirnya halus cuma air tak jernih sangat. Ada kotoran hitam. Tapi ada chalet tepi pantai ni dan ada budak-budak mandi manda. Di kejauhan banyak boat nelayan.

Dah sampai mestilah kena bergambar. Tanda hadir. Tak kan tidakkk.. Selfie satu sekali. Jarang seorang Fiza ni nak selfie. Lebih suka orang ambilkan gambar kita.


The sea is calling...I'm coming! Bermulalah cuti jalan-jalan di sekitar Lumut, Perak. Cantiknya warna air laut ni. Sejuk mata memandang. Tenang is good.

Jam pun dah pukul 2 lebih. Jomlah beli makanan dan ke hotel. Rancang nak check in awal kalau boleh. Terus solat zohor dan dapat rehat awal.
bersambung...

28 Comments
Best ni..Dh lama x pegi teluk senangin =D
ReplyDeleteBoleh lah pergi lagi nanti kalau ada masa. Hihi...
Deletedgn cuaca mcm ni sedap tuuu kalau pekena cendol kat situ
ReplyDeleteTulah tu, tapi tak ada pulak cendol yang dekat sikit. Jauh sikit tu adalah kot.
DeleteBestnya jenjalan dating berdua tepi pantai...akak x pernah sampai sini lagi...tapi macam menarik...cantik- cantik gambar Fiza...guna hp ke guna DSLR?
ReplyDeleteHihi..sesekali kak. Nanti bolehlah plan ke sini jalan-jalan bercuti. Saya pun first time sampai.
DeleteSaya guna handphone je kak.
bulan 8 nanti linda ke Teluk Senangin juga..ada family Day babyRuz kita
ReplyDeleteWah best tu. Nanti bolehlah review apa yang best lagi kat sini. Saya singgah kejap je.
DeleteCuaca panas mmg cantik gmbr dgn kantin biru.. Bj plak matching ngan dedaun luruh tu
ReplyDeleteCuaca panas gambar cantik lighting banyak. Kantin biru? Hihi..sepadan pula dengan suasananya kan.
DeleteFiza buat back-date ke atau published je? Tak perasan pulak date..
ReplyDeleteTeluk Senangin ni ramai kata best kalau nak makan angin.. ada kawan Sis pernah singgah lepak sini..
Saya buat entry throwback je ni sebab banyak cerita tak update dari awal tahun tu. Baru nak aktif semula. Saya buat entry macam biasa dan schedule ikut date yang saya nak publish.
DeleteOhh best ye Teluk Senangin ni. Mungkin kena menginap kat sini baru best kot kan. Lepak-lepak pun syok juga.
Lawa gambar selfie berdua tu. Biru betul langit. Tiada awan.
ReplyDeleteTerima kasih kak Nur. Ada jugalah sikit awan putih kepul-kepul. hihi... Cantik langit membiru waktu tengah panas.
Deletesaya suka pantai sbb berangin so rasa nyaman tp bila panas terik, saya surrender sgt! puteri lilin versi extreme gitu
ReplyDeleteYa, pantai berangin tu bestlah dok lepak. Kalau panas sangat, tak sanggup rasanya nak duduk lama-lama sebab kita puteri lilin. Versi extreme tu lagilah tak boleh kan.
DeleteBaru tahu tempat ini. Pantainya baguuuus, Krn sepi. Saya suka pantai sepi begini. Rasa tenang. Kalau dah terlalu banyak turis, malah rimas, dan pengin cepat balik saja 😅.
ReplyDeleteMemang sesuai baju, tudung kakak dengan suasana di tepi pantainya 👍
Disini banyak chalet. Mungkin petang-petang baru ramai kot. Saya sampai pun waktu tengah hari orang tak main di pantai.
Deletehihi..boleh pulak kan macam sepadan dengan view kat situ.
nampak bersihnya laut tu.. boleh mandi ke?
ReplyDeletepantai ni memang cantik bergambar time uaca cerah gini, cuma kena tahan terik jela. kito pulak puteri lilin kanss
Bersih juga pantainya tak ada sampah plastik. Cuma daun kering dan ranting-ranting tu je lah. Cuaca cerah memang elok bergambar. Cuma tahan panas ke tidak tu je. Itulah tu, kita ni puteri lilin. Mana boleh lama-lama.
DeleteBestnya dapat lepak bawah pokok ketapang sambil menikmati angin laut dan bunyi ombak. .Memang suasana macam ni buat rasa tenang dan hilang penat. Kalau dah duduk situ, memang susah nak ajak balik.
ReplyDeleteWalaupun panas tapi ada angin sikit tu kira okaylah ada tempat berteduh juga. Bunyi ombak dan bau laut menenangkan. Itulah tu, ikutkan hati nak je duduk lama tapi kena pergi ke tempat lain juga.
Deleteakk orang Perak pun belum sampai lg Teluk Senangin..hehe...seronok tengok laut biru..
ReplyDeleteHihi..One day kena pergi nanti kak. Best tengok view laut membiru macam ni kan.
DeleteAmmi pernah ke Teluk Senangin ni back in 2015 sebab ada family day dengan jiran-jiran di kejiranan lama (ingat sebab Alip baru belajar bertatih masa ni). Tapi memang ammi serik ke sana sebab kitorang kena serang dengan lalat. Lalat yang sangat banyak sampaikan bila nak suap makanan dalam mulut pun kita seriau kalau-kalau lalat tu masuk sekali. Memang kedai-kedai makan kat situ (masa itu) setiap meja makan dia letak perangkap lalat yang bergetah tu. Entahlah musim ke apa
ReplyDeleteAgaknya musim lalat kot Ammi sebab kat Double Tree pun orang kata ada lalat dan siap sediakan pemukul lalat tu. Mujurlah masa kami menginap tu tak ada seekor lalat pun. Seriau juga kalau dah banyak-banyak tu. Memang jadi trauma lah kita.
DeleteTak ingat Teluk Senangin ini area mana. Dah lama tak pergi area sana.
ReplyDeleteTeluk Senangin atas sikit dari Double Tree Damai Laut tu. Kalau ke Lumut bolehlah singgah sini pulak.
Delete