Februari 2026 | Balik dari Wetland Studios Putrajaya, makan dulu sebelum balik hotel. Sambutan ringkas makan malam sempena birthday. Tak ada yang fancy, sekadar makan malam macam biasa.

Kami pilih untuk makan di Secret Recipe Putrajaya Jalan Diplomatik sebab nak membeli Kenangan Coffee kat situ sekali sebelum balik hotel.

Ruang makan di sini agak kecil sedikit. Masa tu pula hujan lebat turun. Tak ada pilihan meja lain, duduklah di kerusi yang mejanya dekat dengan pintu. Agak kurang selesa sikit sebab pelanggan keluar masuk ikut pintu tu.

Bila dah duduk saya rasakan macam ada satu bau yang kurang enak dalam premis ni. Macam bau kain lembap. Bau kain yang dilap kat meja ke? Ke bau dari dapur? Air ventilation tak okay kot. Dia macam kejap bau kejap tak macam tu.

Mungkin juga bauan dari luar kalau orang buka pintu. Hmm..abaikan  je lah. 

Order dengan scan QR code di meja. Semasa menunggu, sampailah keropok ikan yang akan dimakan dengan nasi goreng. 

Makan Malam Sempena Birthday di Secret Recipe Putrajaya Jalan Diplomatik

Pesan air honey lemon kongsi berdua. Sebab lepas tu nak beli Kenangan Coffee. Jadi pesan satu cukuplah. Style gelas tinggi, agak susah nak minum. Kena angkat dan pegang baru selesa. Tak sama semua cawangan, ada yang gelas tinggi ada yang gelas rendah.

Makan Malam Sempena Birthday di Secret Recipe Putrajaya Jalan Diplomatik

Nasi goreng seafood dengan sate pilihan saya. Rasa lapar nak makan nasi, pesan nasi goreng je lah. Nasi gorengnya sedap cukup rasa. Cuma tang satenya failed. Tengok pun tahu kering dan tak juicy. Kalau dah kering gitu, susah jugalah kita nak gigit dan kunyah. Keras sikit.

Makan Malam Sempena Birthday di Secret Recipe Putrajaya Jalan Diplomatik

Minta bantuan Encik Suami lah habiskan sate tu. Tak move on eh Encik Suami dengan chicken buttermilk. Menu ni je lah yang dia akan order kalau makan di Secret Recipe. Okaylah kita layankan je favourite dia.

Makan Malam Sempena Birthday di Secret Recipe Putrajaya Jalan Diplomatik

Tak lama sangat makan malam. Kek kami bungkus je balik bawa makan di hotel. Beli sepotong kek birthday dan sepotong kek untuk anniversary kakak dan abang ipar. Sebelum terlupa, beli Kenangan Coffee bawa bekal balik hotel. Dah nak maghrib jomlah kita balik hotel. 

Malam tu kakak, abang ipar dan anak buah sampai. Kita jemput di lobby sebab kita dah check in kan masa balik dari makan tadi. Senang nanti terus masuk bilik je.

Check in Royal Park Hotel UNITEN Bangi

Okay dah jom kita berehat! Dah penat sampai lupa nak ambil gambar kek. Terus ngap je haritu. Terasa birthday celebrations yang agak kelam kabut. Yelah, semuanya macam tak dirancang kan. Tahu-tahu check in hotel, tahu-tahu pergi putrajaya, tahu-tahu mereka bagitahu nak ke banting. 

Begitulah ceritanya...