Masih lagi cerita bulan Disember 2025. Banyak betul cerita tertangguh. Maafkan saya menyepi terlalu lama. Sedang mengumpul semangat untuk kembali aktif.

Dalam perjalanan balik rumah dari janji temu di KPJ, singgah membeli kek lapis Kak Ell pula. Sebelum ni pernah membeli online. Rasa macam malas pula nak beli online sebab tak jauh pun dari rumah. Jadi, kita walk in je. Boleh makan terus.

Cumanya kalau beli online tu kadang ada diskaun atau dapat free gift. Masa beli kek lapis online saya sepatutnya saya dapat free gift kek lapis juga tapi sebab dah habis stok kek lapis, dapatlah sambal sebekas.

Disebabkan kek lapis tu sedap, kita pun ulanglah membeli. Alang-alang dah keluar rumah tu, jomlah kita walk in je. 

Kek Lapis by Kak Ell menggunakan butter premium

  • Kek lapis loaf cheese (RM13.90)
  • Kek lapis lapis premium cheese loaf x2 (RM25/each)
  • Kek lapis cempedak klasik (RM45)
Harga dia yang cempedak dan premium tu agak pricey sikit tapi berbaloilah dengan rasa dia. Menggunakan butter premium, harga premium dan harganya pun premium. Bau butter dan cheese tu sedap betul ye. 

Kek Lapis by Kak Ell menggunakan butter premium

Yang jenis loaf ni sekali hadap pun boleh habis. Tapi saya potong kecil-kecil dan berjimat-jimat makan. Punyalah tak nak habiskan cepat. Dia punya lapisan kek tu tebal. Lembut dan gebu. Yang premium cheese tu macam muak sikit kalau makan banyak-banyak sekali. Kena makan sikit-sikit.

Kek lapis cempedak ni paling mahal lah. Ini baru klasik tau, yang paling murah. Belum lagi yang lain, lagi mahal harganya. Sangat premium gitu. Yelah, kek lapis mana ada yang murah. Nak buat pun payah. Tengok je lah lapisan dia tu berapa lapisan pula kan.

Kek Lapis by Kak Ell menggunakan butter premium

Isi cempedak dia pun banyak dan sedap manis. Pendek kata, memang sedaplah dan tak menyesal beli. Nak buat rasa-rasa bolehlah. Nak membeli selalu tu tidaklah. Kalau teringin tu bolehlah. Tapi tengok sekarang dah tak ada dah Kak Ell juga di TikTok. 

Tak pasti sekarang ada jual lagi ke tidak. Dia macam bermusim pula. Haritu macam viral juga kek lapis Kak Ell ni.