Mei 2026 | Seperti yang kami rancang, kami nak ke Pulau Pangkor untuk hari kedua menginap di Lumuda Hotel ni. Pilih Lumuda Hotel ni sebab dekat dengan Jeti Lumut, 5 minit je jalan nak ke jeti. Tak risaulah nak cari parkir sebab parkir dekat depan hotel je.

Hotel ni tak menyediakan sarapan pagi. Kami pun dah biasa tak sarapan pagi. Jadi, tak ada masalah untuk kami. Ada kedai makan di hotel berhampiran, boleh jalan kaki je.

Kami dah siap-siap beli tiket feri awal malam tadi secara online. Beli tiket pergi dan balik sekali. Tiket dari Jeti Lumut pukul 9.15 pagi. Tiket balik dari Jeti Pulau Pangkor pukul 2.45 petang. Harga tiket pergi balik RM10 seorang.

Kalau dari Jeti Marina Island mahal sikit tapi dekat. Dari Jeti Lumut murah tapi jauh dan lama sikit perjalanannya.

Daytrip ke Pulau Pangkor Sewa Motor

MasyaAllah, hari kedua di Lumut cuaca cerah cantik elok. Bangun subuh pagi tadi dapatlah buat video timelapse dengan panorama seaview yang cantik.
 
Gambar di ambil pada pukul 8.41 pagi sebelum gerak ke Jeti Lumut. Jeti Lumut jalan sikit depan tu je. Jalan kaki je lah.

Daytrip ke Pulau Pangkor Sewa Motor

Harini tema pink, maroon dan hitam. Bukan blackpink in your area. Cantiknya permandangan belakang tu. Sedap mata memandang.

Daytrip ke Pulau Pangkor Sewa Motor

Dalam perjalanan menuju ke Jeti Lumut, singgah kejap bergambar di sini. Tanda hadir. Sampai sini pukul 8.52 pagi. 

Daytrip ke Pulau Pangkor Sewa Motor

Jalan sikit lagi sampailah di Jeti Lumut pukul 8.55 pagi. Tak jauh sangat pun kan dari Hotel Lumuda. Kita singgah-singgah bergambar lagi, jadi lambat sikitlah sampainya.

Daytrip ke Pulau Pangkor Sewa Motor

Terus beratur je dan tunjukkan QR tiket yang dah kami beli secara online malam tadi. Senang beli awal tak kalut. Risau juga kalau walk in tiket habis kan.

Daytrip ke Pulau Pangkor Sewa Motor

Ramai juga orang nak ke Pulau Pangkor ni sebab baru mula cuti sekolah kan. Tak lama menunggu, kami diarahkan untuk naik feri. Jarak nak ke feri tu tak jauh sangat.

Daytrip ke Pulau Pangkor Sewa Motor

Feri mula bergerak dekat nak pukul 9.30 pagi dan sampai Jeti Pulau Pangkor pukul 10.02 pagi. Kurang lebih 30 minit tempoh perjalanannya.

Alhamdulillah dah sampai Pulau Pangkor. Pertama kali sampai di Pulau Pangkor. Itu yang beria nak datang sini. Encik Suami dah pernah datang sekali.

Daytrip ke Pulau Pangkor Sewa Motor

Sampai di Pulau Pangkor terus menuju ke tempat sewa motor. Malam sebelum ke sini Encik Suami dah contact Caien Transport awal-awal untuk sewa motor. Sampai je jeti Pulau Pangkor, terus inform dah sampai. Dia dah ready motor dah. Tak jauh dari jeti.

Kalau nak datang sewa motor tu better inform siap-siap takut tak ada motor terutamanya bila musim cuti sekolah atau cuti umum. Ada banyak juga perkhidmatan sewa motor kat sini. Selain tu boleh juga sewa van. Biasanya orang datang sini sewa motor je sebab tak besar mana pun Pulau Pangkor ni.

Daytrip ke Pulau Pangkor Sewa Motor

Motor yang kami sewa haritu, skuter Yamaha Ego Avantiz 125. Motor tiptop. Owner pun peramah dan layan bagus. 

Daytrip ke Pulau Pangkor Sewa Motor
kredit gambar : caein transport

Harga sewa haritu RM25. Dapat diskaun RM5 daripada RM30 sebab kami hanya ada kurang lebih 4 jam je kat sini untuk tour Pulau Pangkor. 

Daytrip ke Pulau Pangkor Sewa Motor

Dah dapat motor, jomlah kita jalan-jalan di Pulau Pangkor. Kemana dulu?

Bersambung...