Februari 2026 | Selagi belum habis bulan Februari, selagi tu lah kita akan sambut birthday. Bukan raya je sebulan, birthday pun sebulan juga ye.
Tak puas hati explore Wetland Studios Putrajaya haritu, kami ke Immersify Kuala Lumpur pula masih sempena birthday saya.

Immersify Kuala Lumpur
Sebuah tarikan immersive digital art / pengalaman multimedia di Kuala Lumpur yang menggunakan projektor 360°, visual interaktif, cahaya dan bunyi untuk mewujudkan pengalaman seolah-olah berada di dalam dunia animasi atau seni digital.- Ruang visual 360 darjah
- Animasi dan seni digital berskala besar
- Instalasi interaktif untuk bergambar dan video
- Kesan cahaya dan bunyi yang sinkron dengan visual
- Beberapa tema berubah mengikut musim atau pameran semasa
Masa kami sampai, tak ramai pun pengunjung sangat. Haritu perayaan Chinese New Year. Mungkin ramai yang masih berada di rumah kot tengah cuti sebab bukan weekend.
Kami masih blur tak tahu nak beli tiket di mana. Nak ke kaunter tapi nampak pula kiosk mesin tiket ni. Beli je lah di mesin tiket ni je.

Ada simpan tiketnya. Lepas tu lupa letak mana. Tiket untuk dewasa warganegara RM68 seorang. Kalau beli online di Klook mungkin murah sikit sebab biasanya ada promosi kan. Tapi kena beli awal lah.
Harga tiket Immersify Kuala Lumpur
MalaysiansDewasa (13-59 tahun) : RM68
Kanak-kanak (3-12 tahun) : RM35
Non-Malaysians
Dewasa (13-59 tahun) : RM88
Kanak-kanak (3-12 tahun) : RM55
Pelajar
Malaysians : RM58
Non-Malaysians : RM75
Pakej keluarga
Malaysians
1 dewasa + 1 kanak-kanak : RM99
2 dewasa + 1 kanak-kanak : RM166
Non- Malaysians
1 dewasa + 1 kanak-kanak : RM139
2 dewasa + 1 kanak-kanak : RM244
Warga emas
Malaysians : RM30
Non-Malaysians : RM50
OKU
Malaysians : RM20
Non-Malaysians : RM30
Untuk maklumat lanjut boleh tengok di website Immersify Kuala Lumpur.
Sebelum masuk sila hadam peraturan dalaman Immersify ni ye. Nanti tak pasal-pasal kena amaran atau dihalau keluar. Off flash dan silent phone siap-siap supaya tak mengganggu. Stroller tidak dibenarkan bawa masuk dan kawal anak-anak jangan berlari-lari.

Dah sedia? Jom kita masuk Immersify terokai dunia digital art. Saya terasangatlah teruja nak masuk sini. Dah lama tak berseronok di tempat macam ni. Art pula tu, kena dengan jiwa.
Zone 1 : Entrance

Masuk je, disajikan video 3D. Asyik melayan video depan mata. Tenggelam dalam dunia digital art terus. Dengan bunyinya yang jelas lagi nyata. Sekali hariamau muncul mengaum, bergema terus.

Dah habis di Zone 1, jomlah kita ke Zone seterusnya. Zone 1 Glowing garden.
Zone 2 : Glowing Garden

Teruja sangat masuk Zone 2 glowing garden ni. Bila kita sentuh dinding tu akan keluar bunga-bunga bergerak mengikut pergerakan tangan kita.

Ditengah-tengahnya ada juga cermin. Nak ambil gambar sendiri, ambil je daripada gambar. Lagi menarik kalau divideo kan. Cantik bunga-bungaan memenuhi seluruh ruang. Bukan dinding sahaja, lantai pun dipenuhi digital art bunga-bungaan.

Ambillah gambar dan video sepuas-puasnya sebab tak ada had masa pun. Ikut sukahati nak spend berapa lama di setiap zone.
![]() |
| One with husband |
Zone 3 : Moonlight memories

Disini ada satu ruang untuk bergambar di moonlight ni. Dia akan bertukar-tukar mood. Jadi kena pandai-pandailah posing mengikut mood bulan tersebut. Mujurlah masa kami datang tu tak ramai orang. Beratur sekejap je lah.
Nak bergambar di sini kena tebal muka je lah sebabnya semua orang akan tertumpu pada kita yang sedang bergambar masa dorang tunggu giliran tu. In case kalau dorang nak tengoklah. Mungkin boleh tiruvasi pose orang yang sebelum tu.

Zone 4 : Mystic Falls

Masuk je Zone 4 Mystic Falls ni teruja tengok air terjun dan gajah besar keluar daripada air terjun tu. Lantai pun dipenuhi air yang jernih seolah-olah macam kita berada di dalam air.

Gajah dan anak gajah yang comel keluar daripada air terjun. Dua kali ambil video di sini tunggu gajah keluar. Tak ramai orang bolehlah kita ambil video dan gambar tanpa gangguan lain.

Zone 5 : Starlight Garden

Wow! Masuk sini teruja dengan lampu-lampug gantung bertukar-tukar warna mengikut music. Punya leka ambil video sampai lupa ambil gambar. Gambar ni pun kita screen shot dari video je. Ada orang lalu

Zone 6 : Turning Moment

Disini bilik gelap yang akan memaparkan video illustration beberapa moment. Hayati saja di sini. Tapi saya sempatlah ambil video seminit lebih. Sekali ambil je lah sebab ada yang sedang menunggu giliran.

Seperti yang diterangkan di atas. Silalah ambil video dan gambar wide angle supaya gambarnya dapat sebegini rupa mempamerkan illusion road tu.


Zone 8 : Neon Jungle

Masuk ruangan Zone 8 ni kita jalan santai menikmati hutan neon. Berada di dalam hutan tropika bersama haiwan liar dalam cahaya neon. Amazing!

Zone 9 : Canvas Jungle

Info canvas jungle seperti di dalam gambar di bawah ni.

Kertas lukisan boleh diambil di rak yang disediakan. Ada pelbagai jenis haiwan. Lukisan yang telah kemudian scan dan akan terpapar di screen besar tu. Tak lama menunggu. Lepas scan beberapa saat dah keluar di screen. Kena standby camera siap-siap takut terlepas. hihi...


Guna warna crayon, susah sikit nak bagi pekatkan warna tu. Kena ambil masa lamalah kalau nak input dan outputnya cantik. Hasil kerja saya asal boleh je.

Zone 10 : The Genie's Pedestals

Dah pijak lampu tu keluarlah lampu ajaib. Disebabkan saya malas nak jawab soalan, jomlah beredar. Begitu je saya tinggalkan dia. Maafkan saya.

Zone 11 : Canvas Ocean

Kalau tadi canvas jungle, sekarang berada di canvas ocean pula. Haiwan dalam laut pula kita warnakan. Seringkas yang mungkin saya buat. Letak tulisan je. Malas nak mewarna cerita dia. Output didinsing pun tak seberapa. Tipsnya kena tekan habis warna bagi pekat kat kertas tu.

Zone 12 : Prism Shine

Menariknya ruang ni sebab ada pergerakan berpusing. Katanya bayang-bayang dan cahaya menari dengan harmoni ek. Sekali...Eh eh kita rasa macam pening jugalah. Tak berlamaan untuk ambil video dan gambar.

Zone 13 : Surreal World

Ruang di surreal world ni tersangatlah luas menyaksikan pelbagai illustrasi yang dihamparkan 360 darjah untuk penonton.
Kejap rasa macam dalam laut, kejap rasa macam dalam taman, kejap rasa macam berada diawan. Seronok! Puas hati dapat tengok full 360. Siap ada bean bag macam boleh bersantai di rumah.

Kami hanya bersantai duduk perati dari tepi. Kat sini ramai orang sikit. Kena ambil port kosong untuk menikmati digital art secara 360 darjah. Dapat port duduk tengah lagi syok.

Zone 14 : Art Gallery

Galeri Seni ni macam biasalah pameran karya agung Klimt, Monet dan Van Gough dengan teknoloogi immersif. Dapatlah melihat dari sisi lain berbanding seni statik.

Terpersona dengan segenap ruang yang memaparkan digital art. Dah boleh jadi tempat healing juga ni. Kami berlamaan sikit di zone terakhir ni. Ambil gambar di cermin sajalah.

Exit

Tahu-tahu dah jumpa exit. Kalau tak puas lagi, boleh je patah semula sebelum terus keluar ke pintu exit tu.

Kami habiskan masa lebih kurang 1 jam lebih juga kat dalam ni tanpa skip mana-mana zone. Memang seronok sangat. Berakhir sudah berada di alam fantasy, door to reality.



0 Comments