Februari 2026 | Balik dari Immersify Kuala Lumpur, singgah di Uniqlo Farenheit 88 shopping kejap. Lepas tu barulah check in Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur. Kami sampai tepat pada masanya untuk check in. Cuma lewat beberapa minit je.

Check in Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur Sempena Birthday
hampir sampai, hujan renyai-renyai

Kami check in lebih kurang pukul 3.08pm. Agak ramai jugalah di lobby menunggu untuk check in. Tapi tak lama sangat urusan check in.

Check in Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur Sempena Birthday

Lif agak luas juga dan ada cermin. Dan bila ada cermin, Fiza pun bertindak untuk ambil gambar.

Check in Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur Sempena Birthday

Lorong menuju ke bilik. Luas dan bersih. Agak jauh juga bilik kami dari lif. Rupanya bilik sudut hujung sekali.

Check in Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur Sempena Birthday
Masuk bilik je sebelah kiri ada cermin besar merangkap pintu wardrobe. Haa cermin macam ni baru puas hati kita nak bersiap kan. Saya suka!

Check in Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur Sempena Birthday

Sebelahnya ada ruang untuk mengopi. Ada cermin juga. Berapa banyak cermin da. Cermin ni sah-sah lah tak digunakan. Lagi senang guna cermin besar tu kalau nak makeup.

Check in Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur Sempena Birthday

POV dari dalam, macam ni lah ruang dia. Bilik berbentuk L sebab tu dia duduk di sudut hujung sekali. Jenis bilik, junior suite. Kalau tengok dalam gambar dia ada dua side view menara ikonik Kuala Lumpur. Satu nampak Petronas Twin Tower, satu lagi KL Tower.

Check in Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur Sempena Birthday

Jalan lagi jumpa lorong lagi, ada meja dan kerusi. Siap tersedia sepotong kek birthday. Masa booking online, Encik Suami request simple decoration for birthday " Happy Birthday Wife". Dapatlah sepotong kek birthday untuk saya.

Selain tu macam biasa request high level dan best view. Tak sabar nak tengok view dia.

Check in Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur Sempena Birthday

Tadaaa..Inilah biliknya. Luas ya amat! Katil bersaiz raja, ada chaise lounge boleh lepak tengok TV, lounge chairs dan meja dan lain-lain. Lengkap semuanya ada.

Check in Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur Sempena Birthday

Dekorasi tuala berbentuk pasangan angsa yang comel. Tersedia juga sejadah berbentuk kipas di atas tilam.

Check in Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur Sempena Birthday

Check in Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur Sempena Birthday
terus jatuh cinta!

Eh, dah dah berangan tu. Jom tengok view luar pula. Dari sheer white curtains tu dah nampak KL Tower dah. Meja ni kalau menghadap view luar tu mesti lagi best.

Check in Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur Sempena Birthday

Inilah dia the best view yang saya dapat. Tak seperti macam dalam gambar dalam agoda tu. Agaknya bilik tu dah berpenghuni awal kot. Sebelah sana mungkin. Takpelah, kita dapat one side 2  menara ikonik sekali. Eh, bukan 2 tapi 3. Nampak TRX juga.

Check in Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur Sempena Birthday

Disebabkan sampai awal. Bukalah TV sambil-sambil tu boleh tengok sekali. Layan movie KungFu hustle. Movie legend. Kalau layan masih kelakar lagi.

Check in Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur Sempena Birthday

Sebelah kanan katil bilik air yang seluas-luasnya. Pintu kayu besar jenis sliding dan agak kedap bunyi.

Check in Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur Sempena Birthday

Ada bathtub juga. Tak rasa nak berendam. Kalau ada bath bomb syok jugalah memanjakan diri. Jadi, kita abaikan je lah. 

Check in Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur Sempena Birthday

Access card terselit dalamnya. Mintak 2 keping lebih senang in case salah seorang nak keluar. Lagipun Encik Suami plan nak beli makanan di sekitar bawah je. Nak cari makanan mudah je kawasan ni. Banyak kedai kat bawah tu.

Check in Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur Sempena Birthday

Dan sakan bergambar, barulah kita celebrate birthday. Makan kek sambil menikmati view luar. Kalau dapat view KL Tower atau Petronas Twin Tower lagi syok kan. Tak ada rezeki lah nak dapat bilik yang tu.

Check in Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur Sempena Birthday

Tersedia juga pinggan satu lagi dengan tisu, sudu dan garpu.

Check in Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur Sempena Birthday
 0.5 luuu

View dari meja ni nampaklah Hilton Garden Inn yang kami pernah menginap 4 hari 3 malam di situ. Nampak macam tak jauh. Tapi jalan kaki confirm jauh!

Check in Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur Sempena Birthday


Check in Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur Sempena Birthday

Terima kasih Encik Suami untuk sambutan birthday kali kedua di hotel. Kali ni barulah tak kecewa sebab request simple decoration birthday tapi dapat kek. Alhamdulillah.

Haritu masa check in Royal Park Hotel Uniten tak dapat. Mungkin sebab mereka tak sediakan service tu. It's ok, saya faham.

Check in Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur Sempena Birthday

Walaupun sekadar sepotong kek dan tulisan. Ringkas tapi bermakna dan mampu buat kita tersenyum. Kann..Terima kasih Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur.

Sesudah itu, solat zohor dan rehat. Lepas solat asar, Encik Suami turun bawah beli makanan. Mula tu nak beli makanan by Grabfood je tapi macam tak berbaloilah pula sebab bawah tu je pun banyak kedai makanan.

Saya lepak di bilik je lah berehat. Tak merancang nak kemana lagi. Cuma malam tu rancang nak keluar jalan-jalan. Entah jadi entah tidak. Dah duduk dalam bilik best ni rasa malas pula nak keluar.