Disember 2025 | Rasanya masa ni tengah hype capybara. Sana sini kedai kopi buat merchandise capybara. Kecomelan seekor capybara tu buat orang rasa nak membeli. Bijak dorang punya markerting. Yang tak minum kopi boleh jadi beli kopi.

Saya pun terjebak sekali dengan capybara ni. Bukanlah beria membeli tapi tak tahulah kenapa masa tu macam nak membeli je. Bukan mengumpul tu. Rasa macam nak ada untuk buat kegunaan kalau minum air panas. Biasakan pemegang cawan kan kertas.

Masa tu kalau beli air dalam series musim tu, dapatlah straw yang ada capybara ni. Comel nau nau. 

Blind Box Capybara Cup Holder Kopi Kenangan

Lahhh..blind box ni dah vol.2 dah. Nampak sangat tak ambil tahu ye. Tak kisah dapat yang mana pun sebab kita bukan pengumpul koleksi capybara ni.

Blind Box Capybara Cup Holder Kopi Kenangan


Blind Box Capybara Cup Holder Kopi Kenangan
time nak reveal ni lah teruja

Biasanya blind box akan dibungkus dalam pek macam ni. Surprise gitu. Jeng jeng jeng..jom unboxing!

Blind Box Capybara Cup Holder Kopi Kenangan

Tudiaa capybara tengah tidur. Awat comel nau!

Blind Box Capybara Cup Holder Kopi Kenangan

So beginilah rupa dia. Dia punya pelekat jenis velcro. Kalau tak buka pelekat pun tak apa, terus sarung. Tapi tu lah saiz dia kena betul-betul ngam, baru okay. Kalau saiz cawan kecil nanti melorot, loose gitu.

Blind Box Capybara Cup Holder Kopi Kenangan

Ini je lah satu-satunya blind box yang dibeli. Sekadar ada gitu untuk kegunaan. Harga tu saya tak ingat dah sebab dah lama kan. Yang beli pula tu Encik Suami. Malas pula nak check dalam apps dia. Ini pun kempen dulu-dulu bukan sekarang. Nak beli pun tak ada dah.

Capybara ni in real pun comel. Mudah mesra. Cumanya bulu dia mak aihhh kasar bukan main. Kalah sabut kelapa. 

Capybara di 99 Wonderland