Mei 2026 | Rasa macam baru je lagi cerita pasal, tahu-tahu ada cerita braces lagi. Itu maknanya bulan April tak ada aktiviti menarik selain jumpa doktor dan dapat hadiah dari blogger Mulan. Selain tu kurang sihat sebab demam beberapa hari. Lepas tu tak ada mood dan tak kemana-mana.
Baiklah, kita cerita braces review untuk setahun 10 bulan edisi bulan April/ Mei. Bulan April tak ada slot kosong pada tarikh yang saya nak. Jadi kita book appointment awal bulan Mei. Okay takpe, janji tak skip appointment.
Lepas daftar, sign consent dan tunggu giliran macam biasalah. Saya pilih getah O-ring warna terpaling favourite, blackcurrent.


Bila pakai warna nampak cerah sikit kan. Bayangkan kalau pilih warna cerah, lagi cerah nampak getah dia. Itu takpe lagi. Kalau makan kari, berkunyit ke, kopi ke terus bertukar warna lain. Baiklah kita pilih warna selamat, warna gelap. Makan apa pun tak berubah sangat warnanya.
Tak ada apa sangat doktor nak komen sebab lagi sebulan dua nak buka braces dah. Saya masih fikir nak bukan bulan depan atau lagi satu. Hmmm..fikir dulu. So far saya puas hati dengan hasilnya. Nanti dah buka buat sekali retainer, scaling dan whitening. Yeay, tak sabarnya!
0 Comments