Mac 2026 | Hari raya orang pergi beraya. Tapi kami pergi derma darah di hari raya ketiga. Sudah sampai masanya untuk derma darah setelah bertangguh beberapa bulan. Sepatutnya saya tak layak untuk derma darah sebab sedang datang bulan.

Tapi disebabkan dah hari ketiga dan check Hb pun okay. Doktor benarkan. Lagipun sebelum ni kalau derma darah tak ada tanda-tanda yang memudaratkan. Doktor benarkan derma darah tapi cuma ambil 350ml je.

Kali ni bacaan blood pressure lepas selepas 2 kali check. Kita ni asal check BP kat hospital ke klinik ke memang mencanak naik. Kalau kat rumah normal je. Macam doktor cakap saya ada white collar syndrome. Cepat nau nervous!

Alhamdulillah kali ni lulus lah kita derma darah. Selagi boleh dan sihat yang mengizinkan, kita derma untuk membantu mereka yang memerlukan. Satu pek darah dapat selamatkan 3 nyawa tau!. Wah berkempen pula ye.

Derma Darah di Bulan Mac 2026
POV Encik Suami, isteri leka tengok TV

Kita derma darah sama-sama dengan Encik Suami. Kali terakhir saya derma darah Mac 2025 sama dengan Encik Suami juga. Lepas tu Encik Suami derma sorang je bulan November 2025.

Bulan Mac 2026 kita dapat derma darah sama-sama semula. Saya baru kali ketiga, Encik Suami kali ke-40. Terpelanting jauh kita wak nak mengejar. Memang tak dapatlah.

Derma Darah di Bulan Mac 2026
POV Puan Isteri

Pam bagi cepat siap. Seram tengok darah tapi derma darah. Itulah dia seorang Fiza. 

Derma Darah di Bulan Mac 2026

Masa tengah derma darah tu ada orang bagi sebungkus roti panjang ni. Dia letakkan tepi katil. Ada orang sedekah katanya. Kami sama-sama dapat sebungkus sorang. Umangaiii banyak bonar. Kami saling berpandangan dan senyum je lah. 

Dah selesai derma selepas beberapa minit rehat, dapatlah goodies bag sekali dengan roti tu. Banyaknya yang kami dapat haritu. Alhamdulillah.

Derma Darah di Bulan Mac 2026

Dapat juga sijil penghargaan derma darah. Kali ni special sikit ada sijil dan, dapat pin badge dan fridge magnet.

Derma Darah di Bulan Mac 2026

Dalam bag pun ada macam-macam jajan dan minuman. Mungkin kempen kali ni banyak yang sponsor kot. Tak kisah sangat pasal tu, yang penting saya dah berjaya derma darah kali ni. Saya selalu failed bab blood pressure tu lah. 

Macam mana entah nak hilangnya nervous tu. Dah guna macam-macam tips pun sama juga. Kadang lulus, kadang failed.

Derma Darah di Bulan Mac 2026

Muka ada senyum dapat derma darah. Derma darah pun jadi satu kebahagiaan buat saya. Semoga bermanfaat untuk mereka yang memerlukan dan semoga kita sihat-sihat sahaja. InsyaAllah..Aamiin...

Pastikan sebelum derma darah sihat tubuh badan, tidur yang cukup, makan makanan yang sihat. Prosedur derma darah pula dimulakan dengan isi borang, check hemoglobin darah, daftar dan kemudian jumpa doktor. Kalau lulus semua syarat, bolehlah derma darah.