Mei 2026 | Dari Double Tree Damai Laut, kami terus menuju ke Teluk Batik. Satu lagi Pantai menarik di Lumut ni. Mula haritu kami ke Teluk Senangin. Dari atas turun ke bawah. Pandai-pandai plan dari satu tempat ke satu tempat yang lain supaya tak buang masa nak ke sana ke sini.


Langkah terhenti seketika tengok orang naik banana boat. Sambil tu tengok-tengok kot ada port lepak kosong di situ.

Niat di hati nak jalan sampai hujung tu, Sea Healing Teluk Batik. Tapi sampai pertengahan jalan rasa tak sanggup dah. Panas. Kulit pun dah rasa terbakar. Confirm sunburn lah ni. Tapi ramai juga yang mandi manda kat sini. Syoklah berendam cuaca tengah panas ni. Tapi bersedialah kulit gelap lepas ni.

Singgah dibuaian ni nak ambil gambar. Tapi tak boleh pula nak duduk sini sebab tempat duduk tu kotor. Tak pastilah kotoran apa. Baru je nak ambil gambar acah-acah healing di sini. Buaian ni kalau depan lagi dekat pantai, lagi easthetic ambil gambar. Kannn!

Rupanya disini pun ada campsite. Macam best je camping tepi pantai. Of courselah kena bayar tapaknya kan.

Rasanya dah cukup terbakar dah kulit ni. Berpeluh pun ye. Jomlah kita balik. Ambil gambar sekeping dua tengah panas. Air laut cantik hijau biru. Pantai yang cantik untuk berkelah, beriadah dan mandi manda. Bersih jugalah air lautnya.

Tiba-tiba ada batang pokok pula tepi pantai ni ye. Mana datang entah. Sebelah sana tu ramai betul orang mandi manda. Kita seram tengok air laut ni, nampak macam landai tapi macam dalam sikit tepi tu.

Tak lama lepas tu kami pun beredarlah dari situ. Sini pun ada kemudahan lain, ada tandas awam. Banyak kemudahan lah di sini. Kedai-kedai pun banyak. Tempat pun banyak pokok untuk berteduh dan camping.


Di papan Teluk Batik bertemakan motif batik. Untuk masuk ke sini percuma tapi dikenakan caj parkir iaitu RM2 ke RM3 macam tu. Masa kami sampai pukul 1.30 petang. Masih ada lagi parkir kosong.
Kami terus menuju ke pantai. Nak tengok apa yang menarik disini. Panas terik sungguh lah hari tu. Sediakan topi atau payung.
Kami terus menuju ke pantai. Nak tengok apa yang menarik disini. Panas terik sungguh lah hari tu. Sediakan topi atau payung.

Langkah terhenti seketika tengok orang naik banana boat. Sambil tu tengok-tengok kot ada port lepak kosong di situ.
Ada disediakan tapak untuk berkelah. Boleh juga sewa kerusi di sini. Mungkin scan guna QR kot. Saya pun tak pasti.

Niat di hati nak jalan sampai hujung tu, Sea Healing Teluk Batik. Tapi sampai pertengahan jalan rasa tak sanggup dah. Panas. Kulit pun dah rasa terbakar. Confirm sunburn lah ni. Tapi ramai juga yang mandi manda kat sini. Syoklah berendam cuaca tengah panas ni. Tapi bersedialah kulit gelap lepas ni.

Singgah dibuaian ni nak ambil gambar. Tapi tak boleh pula nak duduk sini sebab tempat duduk tu kotor. Tak pastilah kotoran apa. Baru je nak ambil gambar acah-acah healing di sini. Buaian ni kalau depan lagi dekat pantai, lagi easthetic ambil gambar. Kannn!

Rupanya disini pun ada campsite. Macam best je camping tepi pantai. Of courselah kena bayar tapaknya kan.

Rasanya dah cukup terbakar dah kulit ni. Berpeluh pun ye. Jomlah kita balik. Ambil gambar sekeping dua tengah panas. Air laut cantik hijau biru. Pantai yang cantik untuk berkelah, beriadah dan mandi manda. Bersih jugalah air lautnya.

Tiba-tiba ada batang pokok pula tepi pantai ni ye. Mana datang entah. Sebelah sana tu ramai betul orang mandi manda. Kita seram tengok air laut ni, nampak macam landai tapi macam dalam sikit tepi tu.

Tak lama lepas tu kami pun beredarlah dari situ. Sini pun ada kemudahan lain, ada tandas awam. Banyak kemudahan lah di sini. Kedai-kedai pun banyak. Tempat pun banyak pokok untuk berteduh dan camping.

Sampai juga akhirnya saya di Teluk Batik, Lumut, Perak. Kita teruskan perjalanan ke destinasi seterusnya. Jalan-jalan cari makan pula.
Bersambung...
30 Comments
Nampak tak berapa ramai orang di Teluk Batik. Akak pernah pergi ramai betul. Tapi sempatlah naik boat dengan anak dan anak² buah pusing² teluk.
ReplyDeleteRamai kak. Saya pergi hujung sikit tu baru tak ramai sangat. Mungkin dorang malas jalan ke sini sebab jauh kot. Yang dekat-dekat semua bawah pokok tu penuh dan padat. Oohh ada biat jugak ye kat sini. Tak perasan pulak saya. Takpelah, ada rezeki boleh datang lagi naik boat.
DeletePada uncle pantai ni yang paling penting ialah bersih...
ReplyDeleteYang foto2 ni nampak terjaga rapi... harap berkekalan
Betul tu uncle. Paling penting pantai tu bersih. Kalau ada plastik tu terus rasa tak best dah. Semak mata memandang. Harapnya mana-mana pantai terjaga kebersihannya.
DeleteCantik pemandangan Teluk Batik. Pernah sampai sini tapi enrah tahun bila. Waktu tu jengok Fuad dan Fairuz yang sedang ikut jamboree pengakap kebangsaan.
ReplyDeletePermandangan laut di sini cantik. Oo dapatlah mereka balik semenanjung kejap ye.
DeleteKecik² dulu Abang Akk selalu bawa ke Teluk Batik ni. Dah besar ada la sekali sekala ke sana.
ReplyDeleteOh ye ke..Kalau datang kembali bolehlah mengimbas kenangan lama. Macam sentiasa meriah je Teluk Batik ni.
DeleteDah lama tak sampai teluk batik .. last dua tahun lepas CCL pergi ..suasana pun dah makin cantik
ReplyDeleteAda kesempatan nanti bolehlah datang lagi kat sini Lyana. Dari utara turun bawah sikit.
DeleteSaya pun tak kuat lah, kalau panas begini, mending cari cafe pinggi laut atau warung makan , supaya bisa enjoy jajan 😄. Kuat sangat mereka yg berenang tuh yaaaa 😅
ReplyDeletePanas sangat memang tak sanggup lah Fanny. Kann, kalau ada cafe tepi pantai syok je makan with view. Mereka dah biasa atau tak kisah kot. Tu yang seronok sangat mandi pantai dan buat aktiviti pantai tengah hari panas.
DeleteSubahanallah, cantik indah sekali..
ReplyDeleteYa, cantik sekali.
DeleteTopi tu halus sangat, dia kene pakai topi pantai yang besar tu baru la ok hehehhe...
ReplyDeleteHahaha..tulah kan. Topi besar ada dalam kereta. Dah jauh jalan malas nak patah balik dah. Hadap je lah. huhu...
Deletesignagenya cantik sungguh! part cuaca panas tu...i memang surrender! rela dok dlm keta jer hahahha
ReplyDeleteKann..ikut tema gitu. Faham. Tapi macam rugi kalau tak turun sekejap kan. hihi...
DeleteI miss teluk batik =)
ReplyDeleteKalau dah rindu, kenalah datang macam tu.
Deleteteluk batik sekarang tak macma dulu dah..tapi boleh la nak lepas gian buat mandi pantai
ReplyDeleteDulu lagi cantik ye? Ramai orang picnik lepak tepi pantai dan mandi manda. Ada banana boat juga. Banyak aktiviti kat sini.
Deletedulu lawa sikit.. hihihi...sekarang bila air surut, pasir2 hitam dah ada.. dulu takde...
DeleteOoo..dulu mesti lagi terjaga gitu kan. Sekarang ni pun dah macam-macam aktiviti yang ada. Kalau tak terus dijaga makin kurang cantiknya nanti.
DeleteCantik dan nampak terjaga juga pantai Teluk Batik ni! Walaupun panas sampai berpeluh, janji sempat singgah ambil gambar buat kenangan. Selamat meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya Fiza, tak sabar nak tunggu entry jalan-jalan cari makan pulak
ReplyDeleteYa, terjaga. Mungkin sebab kawasan tumpuan orang ramai dan ada majlis buat kerja maintainance kot. Tulah tu, janji dapat ambil gambar tanda pernah sampai.
DeleteHui, datang Teluk Batik tengahari, panas ler..
ReplyDeleteKerusi tu, ada orang jaga. Kadang kita tak perasan. Boleh bayar cash saja pada orang jaga kerusi tu. Kadang akak tak berapa gemor, sebab dia letak kerusi tu di tempat teduh bawah pokok. Chop tempat la, pagi-pagi. Jadi kita yang bawa tikar nak piknik ni, sudah kehabisan tempat teduh, sebab orang kerusi dah chop dulu.
Itu je masa yang saya ada Kak Nur. Saya pun nak singgah kejap je. Malas pula nak pergi patah balik patah balik. Jadilah dapat singgah kejap. hihi...
DeleteOhh tulah nampak dorang rantaikan kerusi tu tak bagi duduk. Kena bayar dulu pun tak tahu. Tapi situ macam tak best sebab crowded.
Kalau pergi Lumut wajib singgah Teluk Batik. Destinasi WAJIB.
ReplyDeleteOh ye? Mujurlah saya sempat singgah sini. Kalau tidak, tak lengkap percutian di Lumut kan. hee...
Delete