Januari 2026 | Alhamdulillah, selesai majlis tahlil. Lepas solat asar terus gerak hantar anak buah balik asrama alang-alang sehaluan. Kemudian barulah kami berdua gerak terus check in Hotel Royal Park UNITEN Bangi.
Sebab esoknya Encik Suami nak hantar maknya janji temu di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pula. Jadi, lebih baik stay di hotel berdekatan tak perlu balik ke Seremban.
Dapat jugalah berehat, esok awal pagi nak pergi kerja pula kan. Pilihan yang tepat untuk berehat di sini je. Lagipun dekat dengan tempat kerja Encik Suami.





Wardrobe besar sambung dengan meja. Lengkap tersedia hanger, iron, iron board, peti besi dan macam-macam lagi lah.

Tersedia juga untuk mengopi. Tapi macam biasa, kami tak mengopi. Bawa bekal kopi siap-siap beli. Mirror bulat yang besar. Tapi macam susah juga kalau nak bermakeup. Kena kedepan sikit baru jelas. Selagi jumpa cermin, kita bergambar dulu.




Malam tu tidur lena. Sebab penat. Katil dan tilam pun berpakat sama gebu lenakan tidur kami. Selesa nau nau. Malam pun sunyi je dan rasa tenang je sebab jauh dari kesibukan bandar ataupun lalulintas jalan. Dalam Uni, malam-malam sunyi le.
Pilih hotel ni sebab baca dari blog kak SK reviews lah. Sebelum ni rasa was-was juga nak stay sini. Risau tak okay. Kalau tidak, stay Putrajaya je lah kita. Check in pukul 10.00 malam. Dah terlewat banyak.
Rugi kalau tak check in awal. Tapi apa nak buat, kita melalui perjalanan yang jauh walaupun senegeri je tempatnya. Kak SK confused Bangi ke Kajang. Kita pun ikut confused sama. Tak payahlah kita fikirkan lagi ek. Biarlah dia nak duduk Bangi ke Kajang. Hihi...

Pertama kali menginap hotel dalam universiti. Lobby dia luas betul. Terasa rasa jauh pula nak ke receiptionist tu.

Tak lama urusan check, jomlah kita naik ke bilik. Dalam lif ada cermin, apa tunggu lagi. Kepantangan seorang Fiza bila nampak cermin. Nak ambil gambar.

Laluan ke bilik-bilik. Senyap sunyi. Orang lain dah berehat santai agaknya. Tadi parkir pun macam penuh. Kita pun parkir jauh sikit.

Serba putih bilik ni. Saya suka bilik serba putih ni. Rasa luas dan selesa. Tenang je. Masuk-masuk je sebelah kiri ada tempat letak barang dan rak kasut.

Wardrobe besar sambung dengan meja. Lengkap tersedia hanger, iron, iron board, peti besi dan macam-macam lagi lah.


Kami booking jenis bilik deluxe double dengan lake view included breakfast. Macam biasa request high level and the best lake view.

![]() |
| POV dari dalam bilik |
Sebelah kanan pintu masuk, bilik air dan tandas berasingan. Tersedia kelengkapan untuk bersihkan diri. Bilik air luas dan bersih.

![]() |
| toiletries |
Permandangan luar pula nampak Masjid Uniten tepi tasik tu. Tasik tak nampaklah sebab gelap. Esok pagi je lah kita tengok permandangan tasik.

Malam tu tidur lena. Sebab penat. Katil dan tilam pun berpakat sama gebu lenakan tidur kami. Selesa nau nau. Malam pun sunyi je dan rasa tenang je sebab jauh dari kesibukan bandar ataupun lalulintas jalan. Dalam Uni, malam-malam sunyi le.
Harga 1 malam pun berpatutan. Rasa sangat berbaloi-baloi harga dengan biliknya. Tak menyesal pilih Royal Park Hotel ni.




12 Comments
Kita selalu macam nak ikut tips Fiza setiap kali check in request bilik yg terbaik (tingkat paling atas dan view) tapi tu la.. selalunya lupa. Bila sampai tu macam nak cepat² dapat bilik jer. Berbaloi kan duduk sini, murah dan selesa. Penat² tu memang cepat la lelapnya.
ReplyDeleteBiasanya request masa booking online tu, letak kat note. Senang request awal so nanti dorang alert lah dengan booking kita. Jadi, kita pun tak lupa nak request kat front desk. Sangat berbaloi². Terima kasih reviews haritu. hihi..Kita dah suka duduk sini.
DeleteCantik biliknya tema putih. Rasa luas lapang.
ReplyDeleteTak pernah tahu tempat ni, bolehlah jadikan pilihan kalau nak menginap area Bangi/Putrajaya.
Cantik, bersih, kemas, luas dan selesa. Pendek kata, puas hati. Pernah nampak di agoda tapi tak rasa teringin pula nak stay sini. Lepas baca reviews kak SK, barulah kita cuba stay sini. Nice sangat! Boleh try nanti kak Ujie singgah bermalam di sini.
DeleteBetul nampak luas dengan warna putih.
ReplyDeleteTerbaik dapat sunyi sepi, tidur lena.
Kann..nice sangat serba putih ni. Tulah, dapat bertenang santai kat sini.
DeletePuas hati dapat bermalam di hotel yang selesa. Memang lenalah tidurnya, check in pun dah lewat malam. Terus beradu sajalah kan.
ReplyDeleteYa, sangat puas hati. Selesa dan lena tidurnya. Dah penat, tak fikir apa dah kan.
DeleteSaya suka sebenernya lihat hotel ini. Terlihat besar, luas dan kamar pun baguuuus juga nyaman 😍😍😍. Fasilitas pastilah lengkap. Tp memang mirror bulat itu saya susah nak make up. Krn mata saya minus 4. Susah untuk memakai eyeliner kalau jarak mirror agak jauh begitu. Memang hrs mendekat sangat ke mirror.
ReplyDeleteJD saya lebih suka mirror yg tidak ada halangan meja di depannya
Bilik yang selesa, service bagus, harga berpatutan. Betul, susah nak tengok dekat-dekat kan. Struggle jugak nak kedapan betul betul depan cermin. Kita dah lah tak cukup tinggi.. huhu...
DeleteSuka tengok bilik tema serba putih macam ni, nampak sangat bersih, kemas dan tenang je nak berehat. Sangat setuju bab cermin bulat tu, kadang-kadang memang struggle sikit nak bersiap kalau kedudukan meja menghalang! Tapi yang penting bilik selesa, katil empuk dan dapat tidur lena malam tu sebelum urusan esoknya..ada inhouse breakfast tak?
ReplyDeleteCantik dan rasa tenang gitu kan. Itulah tu, leceh bab cermin bulat tu. Alhamdulillah lena tidur. Bilik included brakfast sekali.
Delete