Mei 2026 | Dari Masjid 1000 doa, kami menuju ke Pantai Pasir Bogak pula. Kami pusing 1 kali lagi Pulau Pangkor sebab masih ada masa lagi. Lepas tu nak cari tempat makan sekitarnya. Nak makan ikan bakar.
Kami sampai sini pukul 12.00 tengah hari tepat. Ada masa lagi 1 jam lebih lagi. Kami nak pulangkan motor awal sikit sebab nak shopping sikit lepas tu.
Cantik ye laluan ke Pantai Pasir Bogak. ada stall di tepi laluan tu tapi banyak tutup. Mungkin sebab hari yang kami pergi tu hari Isnin, jadi tak ramai orang dan banyak kedai tutup. Weekend meriah lah kot.

Ada tugu Pasir Bogak berdekatan dengan pantai. Eh, ada burung enggang juga. Kalau nak tahu burung enggang juga merupakan haiwan popular yang menjadi tarikan di Pulau Pangkor.
Tapi kami tak berkesempatan nak pergi Pangkor Hornbill Feeding Spot tu. Bagi makan dan bergambar dengan burung enggang.

Pantai Pasir Bogak ni pantai yang popular di Pulau Pangkor. Ramai pengunjung datang ke sini. Mana tidaknya. melihat dari kejauhan pun dah jatuh cinta dengan air laut yang cantik tu.

Di pulau sana nampak macam ada resort. Mesti best kalau menginap di situ kan. Boleh layan permandangan cantik sepanjang menginap di situ. Tak pernah jemu tengok laut. Rasa tenang gitu.

Kami sampai sini pukul 12.00 tengah hari tepat. Ada masa lagi 1 jam lebih lagi. Kami nak pulangkan motor awal sikit sebab nak shopping sikit lepas tu.
Cantik ye laluan ke Pantai Pasir Bogak. ada stall di tepi laluan tu tapi banyak tutup. Mungkin sebab hari yang kami pergi tu hari Isnin, jadi tak ramai orang dan banyak kedai tutup. Weekend meriah lah kot.

Ada tugu Pasir Bogak berdekatan dengan pantai. Eh, ada burung enggang juga. Kalau nak tahu burung enggang juga merupakan haiwan popular yang menjadi tarikan di Pulau Pangkor.

Pantai Pasir Bogak ni pantai yang popular di Pulau Pangkor. Ramai pengunjung datang ke sini. Mana tidaknya. melihat dari kejauhan pun dah jatuh cinta dengan air laut yang cantik tu.

Di pulau sana nampak macam ada resort. Mesti best kalau menginap di situ kan. Boleh layan permandangan cantik sepanjang menginap di situ. Tak pernah jemu tengok laut. Rasa tenang gitu.

Di tepi pantai Pasir Bogak ni ada kanopi juga. Tak pastilah tempat apa. Kami tak turun ke pantai pun. Hanya melihat dari tepi jalan. Malas nak turun dari motor pun ye. Makanya, ambil gambar sajalah dari kejauhan.
Di tepi pantai ni redup je sebab ada pokok ketapang. Sesuai sangatlah kalau berkelah ke bersantai di tepi pantai ni. Taklah rentung kena panahan cahaya matahari. Tapi saya rasa saya dah macam nak rentung dah sebab dah beberapa jam ni naik motor di tengah panas.
Tak lama disini, kami pun berlalu pergi.
Bersambung
22 Comments
Cantik menarikk Pangkor skrg ni
ReplyDeleteTgk fiza tunjukk bestt la pula
Dulu byk kali pegi zaman bujang dan
Ciknur last ke pngkor family day belah suami ishh ank bungsu baru 2 bulan time tu ha haaa lamaa sudah thn 2007
Pastu x penah jejak lg dah situ
Lama dah tu. Dah banyak yang menarik. Kena repeat datang lagi tu Kak Nur.
DeleteCantiklah Pulau Pangkor sekarang. Dulu biasa-biasa je.
ReplyDeleteOh ye? Saya pun baru pertama kali sampai. Maknanya kena datang lagi tu AI
DeleteFiza ambil gambar punyalah lawa...boleh bayangkan kalau kita pergi tempat yang sama, hari yang sama tapi confirm hasil gambar kita tak sama. hahhah...
ReplyDeleteBiasa je Ammi. Kena ambil gambar guna camera yang sama kot Ammi kan.
Deletemesti banyak enggang cantik dekat kawasan tu. tak tahu pulak ada feeding spot dekat situ
ReplyDeleteSadly saya tak nampak seekor enggang pun sepanjang berada kat sini. Mungkin kena pergi ke feeding spot tu jugak kot.
DeleteSeronok Fiza pergi jalan hari Isnin. Tengok gambar memang cantik laut Pantai Pasir Bogak.
ReplyDeleteYa, tak sesak sangat masa tu. Cantik sangat permandangan laut Pantai Pasir Bogak.
DeleteWalaupun duduk bawah pokok, dah nama nya berkelah di pantai, cnfrm rentung juga
ReplyDeleteYaa semestinya! Bertabahlah kalau ke pantai tu. Confirm sunburn balik tu. huhu...
Deletebest if dpt lepak2 bwh teduhan pokok ketapang tu
ReplyDeleteYe, setuju! Tapi tulah tak cukup masa nak lepak kat situ.
DeleteTerbayang panasnya kak 🤣😄. Saya pun suka kalau melihat pantai begini, tp kalau panas sangat, memang pening kepala.
ReplyDeleteBtw, jalanan yg di buat dengan motif di atas serius bikin saya macam nak jatuh jika lewat di atas jalan itu. Efek 3D nya buat pening 🤣
Memang panas cuacanya. Tapi kalau duduk bawah pokok redup sikit kurang rasa panasnya tu.
DeleteKalau macam tu tak boleh tengok bawah. Kena tengok depan je tapi tak boleh jugak kan. Motif menarik tapi buat pening juga.
cantikkk pemandangan kat siniiiiii
ReplyDeletebest nyaaaa kalau dpt mandi laut
rasa mcm dah lamaaaaa x mandi laut ;-)
Cantik sangat pemandangan kat sini. Dapat mandi lagi bestlah kan. Tu lah dah besar-besar ni macam xde dah nak mandi laut. huhu...
DeletePengunjung Pantai Pasir Bogak tak seramai di Teluk Nipah. Kalau nak santai² dari hiruk pikuk datang Pasir Bogak.
ReplyDeleteYa, sini kurang sikit. Teluk Nipah senang nak pergi. Nak ke Pangkor ni susah sikit kena naik feri.
DeleteRindunya nak pergi pantai dan tengok sunset. Saat yang paling best.
ReplyDeleteIndeed! Tenang dan mendamaikan.
Delete