Mei 2026 | Gerak dari Teluk Batik pukul 2.03pm. Tak jumpa kedai berdekatan dengan hotel yang kami nak check in. Sudahnya beli subway buat bekalan makanan tengah hari di hotel seterusnya. Kami check in Lumuda Hotel Lumut pula untuk 3 hari 2 malam.
Dari hotel berbintang-bintang, kita kurangkan bintang sikit. Kami sampai di sini pukul 2.55pm. Waktu yang tepat sampai sini. Jadi, bolehlah check in tepat pada masanya. Percutian di Lumut ni sebenarnya pertama kali saya sampai sini. Jarang nak explore negeri Perak ni.

Hotel ni dekat je dengan Lumut Waterfront dan 5 minit je menuju ke Jeti Lumut. Kami pilih hotel ni sebab dekat dengan Jeti Lumut dan seaview dia cantik dari balkoni bilik. Saya jumpa hotel ni di TikTok dan booking melalui whatsapp dengan full payment.

Ada jualan baju-baju juga di sebelah tu. Disediakan juga sofa di ruang lobby hotel. Saya tak duduk pun. Sibuk ambil gambar. Tak lama tu, kami pun naiklah ke bilik. Nak makan, bersihkan diri, solat dan berehat.
Laluan ke tangga untuk ke bilik atas. Kalau tak larat naik tangga, ada je bilik-bilik level bawah ni. Tapi tak adalah seaview.


Bila masuk bilik, hilang segala penat tengok seaview dari balkoni bilik. Tak payah duduk balkoni, tengok dari dalam bilik pun dah best dah.

Tak ada bilik yang hanya ada katil king sahaja atau queen sahaja untuk 2 orang. Terpaksalah kami ambil bilik untuk 3 orang ada extra katil single ni. Ruang bilik yang luas juga. Yang penting ruang solat luas dan selesa.
![]() |
| POV dari dalam bilik |

Perabot bilik yang ringkas dan agak old skol sikit. Ruang mengopi dan juga tempat bersiap di tempat yang sama.

Bilik air pula luas dan disediakan sabun mandi dan shampoo. Ada kekurangan sikit di bilik airnya, paip agak uzur dan ada rak yang senget. Tak boleh nak letak toiletries kita. Bilik air pun kurang bersih sikit. Faham hotel lama. So buat-buat tak nampak. Kita dah penat, tak nak fikir lain dah.


Bila tengok keindahan pantai ni rasa berbaloi lah juga menginap di sini. Sekali imbas gambar ni nampak macam laut oversea pula dengan adanya kincir angin tu. Laut pun warna biru laut dalam tu. Cantiknya lah.


22 Comments
Syokk kan kalu stay hotel view laut ni. Palinggg menarikkk
ReplyDeleteRasaa Lamaa dah x jejak lumut.
Ikutkan bln 9 ni group sek
Buat percutian lumut tp x dpt join la pula
Hati memang teringin oneday
Ciknur save la hotel ni ye
Fiza dah review ok ni
Betul, paling best kalau dapat view laut. Nanti bolehlah stay kat hotel ni. Saya rasa okay je hotel ni. Tapi tak tahulah kot pengalaman orang lain berbeza.
DeleteWahhh..Nice lah bilik ni sis =D
ReplyDeleteNice sebab view dia sangat nice kannn.
Deletecantik view...berbaloi naik tangga ke tkt 2...
ReplyDeleteView dia sangat cantik. Memang berbaloilah pilih tingkat atas ni.
DeleteDua kali dah nampak angsa dalam bilik, hihi. Aaa.. haruslah bijak asingkan baju kotor awal² dari luggage. Mujurlah naik tingkat 2 aje tu, Pizzah, kalau tingkat 5 surrender. Cantik pemandangan dari tingkat atas, nampak baru hotelnya.
ReplyDeleteHihi..sweet kan kalau dapat bilik ada angsa 2 ekor. Kann..asing siap-siap biar ringan sikit beban. Kalau 5 tingkat, memang taklah naik tangga. Rela cari hotel lain. Permandangan memang superb. Hotel baru beroperasi semula katanya. Mungkin orang lain ambil alih dan rebrand nama lain. Tak pasti infonya sangat.
DeleteBestnya dari dalam bilik dah boleh nampak air laut!
ReplyDeleteAgaknya Fiza silap tulis ya - tengok dari dalam bilik pun tak best.
Luas selesa biliknya. Bab bilik air ada kekurangan tu, memang selalu kena bila ke mana-mana hotel pun kecuali ambil hotel bintang banyak, barulah puas hati.
Ya, itu yang best tu kan. A'ah kak, typo pulak. Dah betulkan. Terima kasih Kak Ujie.
DeleteLuas juga kalau bertiga pun sebab extra katil tu kan. Betul, saya setuju. Susah nak jumpa bilik air yang betul-betul bersih. Pejam mata jelah tengok kadang. Kadang hotel banyak bintang pun ada juga kekurangan bab bilik air tu.
viewnya cantik sgt! sbb byr rate gitu so kira ok dh berbaloi dgn rege --tak leh nak compare dgn double tree sbb berganda2 beza daily rate tuuu
ReplyDeleteMemang cantik. Ya, kira okaylah dengan harga tu. Memang berbeza.
Deleteada renovate sikit kot hotel ni. sebab dulu nama lain.. pernah la menginap di sini, waktu PJJ dulu2.. hahaha...kita dok rumah bujang, suami datang kena la sewa hotel...tapi ok je, sebab suami pun jarang datang...
ReplyDeleteSebab dah tukar owner kot kan. Rupa pun dah berubah. Ooh macam tu. Best kan dok sini view laut cantik.
DeleteBetul Pizzah. Kadang-kadang kuta buat-buat tak nampak kekurangan dalam bilik hotel sebab malas nak fikir. Yang penting bilik selesa, ada ruang untuk solat dan berehat. Apalagi kalau dah letih, tak sabar nak luruskan pinggang.
ReplyDeleteBetul, nak berehat je lah. Malas nak fikir dah sebab mana-mana hotel pun lebih kurang je tak betul-betul bersih.
DeleteKak SA sukalah kalau stay view laut ni...tenang je rasa kan...
ReplyDeleteKetenangan tu yang kita cari. hihi..memang best kalau dapat seaview.
DeletePerak saya cuma pernah ke Ipoh saja. Lumut belum lagi. Kalau ada rezeki nak juga kesini.
ReplyDeleteHotel nya macam rumah 😍😍😍. Saya sukaaa. Tak apalah ada beberapa minus, di foto pun tetap terlihat bersih.
Baguuus kakak dah pisahkan baju kotor, jadi tak berat sangat luggage 😄
Ipoh sebab senang nak access. Tempat lain susah sikit lagi lagi ke lumut dan pangkor ni. Ya, macam homestay jugalah. Asalkan bilik dan lokasi okay, kami pun okay je lah.
DeleteYe siap-siap asingkan supaya tak terasa bebannya tu.
Teringat dulu ada company trip. sewa bilik bajet area pekan Lumut. Berhimpit ramai2 dalam satu bilik sesama jantina.
ReplyDeleteAlamak, kesiannya macam tu. Dahlah hotel bajet, kena berhimpit pula tu. Tak patutnya kan.
Delete