Sekarang tengah musim durian kan. Waktu yang tepat untuk cerita pasal durian. Tapi cerita durian ni bulan Disember yang lepas. Tak pastilah masa tu musim durian ke tak. Musim durian agaknya kot kan. Kalau balik Segamat masa musim durian memang syok.
Kakak saya beli dengan orang kampung yang ada dusunnya sendiri. Dapatlah kami merasa buah durian segar dari dusun. Nak harapkan dusun sendiri memang tak ada. Dulu adalah dusun durian, memang puas makan. Tapi pokok durian dah ditebang dan digantikan pokok getah.
Takpelah, kita lupakan cerita dulu. Petang tu dapatlah kami beli durian untuk kendurian sekeluarga. Harganya saya tak tahu sebab bukan saya yang beli. Saya makan sikit buat rasa-rasa je. Silalah percaya ye.


Saya tak pasti durian apa ni. Yang penting sedap ya amat! Masih segar baru lepas gugur. Dalam banyak-banyak jenis durian, durian udang merah paling saya suka. Selain tu durian IOI, durian kahwin dan durian kampung pun sedap.
Musang king dan black thorn kurang gemar. Mujur juga tak suka durian mahal-mahal ni kan. Jimat duit. hihi...
Sekarang tengah musim durian tapi saya belum sempat merasa lagi. Mungkin rasa teringin makan durian tu belum sampai. Harga durian pun katanya dah murah-murah. Entah betul entah tidak. Kadang ada je yang masih jual mahal.
18 Comments
Tu la kan sana sini durian berlambak²... nak makan tp tkut sbb lagi 2 minggu nak jumpa doktor hahaha.. tkut tiba² bacaan gula naik mencanak 😅😅 kita menahan je ni haha
ReplyDeleteTahan KakRet, tahannn...Lepas jumpa doktor, agak-agak result okay bolehlah mencari durian lepas tu. hihi...
DeleteAlhamdulillah kalau harga durian jatuh. Dapatlah belu murah dan rasa durian kayangan. Di LD belum ada bau durian hihihiii.
ReplyDeleteCuma tulah, harga jatuh tapi kita pulak tak rasa teringin nak makan. Takpe, tak lama lagi sampailah bau durian ke LD. Dapatlah kak Amie juga merasa.
DeleteJika saya makan duyan, saya makan saja tanpa ketahui daripada ia datang dan apa namanya.
ReplyDeleteKalau macam tu senanglah. Tak perlu nak mencari jenis durian yang disukai.
DeleteYa Allah nampak derian lagi.. rumah ni amsih ada bau derian lagi ni haaaa
ReplyDeleteNak kena beli lagi ke camne ni sis? hihi..Untung orang Johor durian sedap-sedap banyak. Kita belum balik Segamat musim durian ni. huhu...
Deletesaya pula lidah mengada2..sejak dapat makan blackthorn udang merah MK,durian kg macam dah tak mau..lupa daratan sungguh perangai
ReplyDeleteHihi..dia bila dah jumpa yang paling sedap tu memang lupa dah dah bawahnya kann..tapi kalau tak ada pilihan, makan jugalah buat lepas teringin makan durian.
DeleteUntung la sebab tak suka durian mahal :)
ReplyDeleteBoleh jimat gitu kan. hihi...
DeleteSaya nih kalau durian, tak peduli jenis kak. Semua sukaaaa 🤣🤣🤣. Tp bagusnya jangan makan durian premium bersamaan dengan durian kampung akan terasa bedanya 😄.jadi kalau saya makan durian kampung, durian kampung saja. Kemarin di Johor makan durian kampung dan musang king. Jelas jauuuuuh rasa manisnya 🤣🤣.
ReplyDeleteBaguslah macam tu Fanny. Makan je apa jenis durian tak cerewet. Yang tu memang pasti. Kalau dah jumpa yang premium, lupa yang dibawahnya. Alhamdulillah rezeki Fanny dapat merasa dua jenis durian. Durian Johor pasti sedap. Sampai Johor dah Fanny ye.
DeleteAduhai, sebut pasal durian kucing tidur terus menggamit memori zaman kanak-kanak dulu! Memang sejenis hobi rebut isi yang tu dengan adik-beradik, siap cop awal-awal lagi haha. Untunglah dapat merasa durian segar yang baru gugur dari dusun kampung, mesti rasa dia lain macam pusingan manisnya..akak hari tu 2-3 hari berturut2 beli yang kat Petronas Jalan Jelebu tu...berbaloi..siap boleh buat tempoyak dah 3 botol besar
ReplyDeleteYa, kucing tidur ni lah jadi rebutan. Kecewa betul kalau tak dapat kan. Rezeki dapat buah durian segar dari dusun. Saya pun baru beli kat situ kak. Ramai orang betulkan. Kalini murah dapatlah merasa. Cuma tak ambil gambar. Tak adalah entrynya nanti. huhu...
Deleteammi ni tak kisahlah kucing tidur ke, kucing nakal ke...asalkan dia durian pahit manis, lembik keras semua ammi telan. Tapi bila dia jadi tempoyak yang itu ammi auto tolak
ReplyDeleteSenang macam tu Ammi. Ehh tak makan tempoyak eh. Ada juga kes makan tempoyak tapi tak makan durian. Selera kita berbeza. Dulu saya suka durian, lepas tu tak suka. Sekarang dah suka balik. Macam-macam peel manusia ni ek.
Delete