Mei 2026 | Seperti yang kami rancang, kami nak ke Pulau Pangkor untuk hari kedua menginap di Lumuda Hotel ni. Pilih Lumuda Hotel ni sebab dekat dengan Jeti Lumut, 5 minit je jalan nak ke jeti. Tak risaulah nak cari parkir sebab parkir dekat depan hotel je.
Hotel ni tak menyediakan sarapan pagi. Kami pun dah biasa tak sarapan pagi. Jadi, tak ada masalah untuk kami. Ada kedai makan di hotel berhampiran, boleh jalan kaki je.
Kami dah siap-siap beli tiket feri awal malam tadi secara online. Beli tiket pergi dan balik sekali. Tiket dari Jeti Lumut pukul 9.15 pagi. Tiket balik dari Jeti Pulau Pangkor pukul 2.45 petang. Harga tiket pergi balik RM10 seorang.
Kalau dari Jeti Marina Island mahal sikit tapi dekat. Dari Jeti Lumut murah tapi jauh dan lama sikit perjalanannya.

Gambar di ambil pada pukul 8.41 pagi sebelum gerak ke Jeti Lumut. Jeti Lumut jalan sikit depan tu je. Jalan kaki je lah.


Dalam perjalanan menuju ke Jeti Lumut, singgah kejap bergambar di sini. Tanda hadir. Sampai sini pukul 8.52 pagi.

Jalan sikit lagi sampailah di Jeti Lumut pukul 8.55 pagi. Tak jauh sangat pun kan dari Hotel Lumuda. Kita singgah-singgah bergambar lagi, jadi lambat sikitlah sampainya.


Ramai juga orang nak ke Pulau Pangkor ni sebab baru mula cuti sekolah kan. Tak lama menunggu, kami diarahkan untuk naik feri. Jarak nak ke feri tu tak jauh sangat.

Feri mula bergerak dekat nak pukul 9.30 pagi dan sampai Jeti Pulau Pangkor pukul 10.02 pagi. Kurang lebih 30 minit tempoh perjalanannya.

Sampai di Pulau Pangkor terus menuju ke tempat sewa motor. Malam sebelum ke sini Encik Suami dah contact Caien Transport awal-awal untuk sewa motor. Sampai je jeti Pulau Pangkor, terus inform dah sampai. Dia dah ready motor dah. Tak jauh dari jeti.
Kalau nak datang sewa motor tu better inform siap-siap takut tak ada motor terutamanya bila musim cuti sekolah atau cuti umum. Ada banyak juga perkhidmatan sewa motor kat sini. Selain tu boleh juga sewa van. Biasanya orang datang sini sewa motor je sebab tak besar mana pun Pulau Pangkor ni.

Motor yang kami sewa haritu, skuter Yamaha Ego Avantiz 125. Motor tiptop. Owner pun peramah dan layan bagus.
![]() |
| kredit gambar : caein transport |


20 Comments
mcm teringin la plak nak repeat pangkor...MZ pernah sekali jer ke sini...zmn my zharfan kecik2..umur 2 or 3 tahun...now zharfan dh 21 thn
ReplyDeleteSaya pun barufirst time sampai sini. Bolehlah repeat nanti mengimbas kembali kenangan dulu.
DeleteLama dah tak pergi ke Pulau Pangkor... Cantik pemandangan Fiza ambil
ReplyDeleteNanti bolehlah plan bercuti ke Pangkor lagi.
DeleteTerima kasih Kak Leya
thank you fiza tuk entri ni. boleh la nak g holiday sini.
ReplyDeletekita tak pernah sampai lagi.
Silakan pergi nanti tau Sya. Saya pun baru first time sampai.
Deletebestnya...linda dah pernah pergi 2x, tapi bukan jalan2.. buat kerja.. hahaha...
ReplyDeletenak bawa anak jalan2 pangkor lah nanti...tapi tula, musim cuti sekolah ramai orang..
Pasni bolehlah bawa anak-anak jalan. On weekend ke, kurang sikit kot orang berbanding cuti sekolah.
DeleteBestnya ke Pulak Pangkor, moga kami sampai nanti.
ReplyDeleteOne day mesti sampai punya nanti. InsyaAllah...Aamiin...
Deletemasa ammi ke sini 3-4 tahun lepas kami sewa kereta Iswara. Tapi alahai keretanya pun, meter minyak pun tak funciton tp bolehlah nak jalan pusing pulau tu
ReplyDeleteAlahaii tak syoknya kalau kereta problem. Nak jalan-jalan pun spoil mood. Tapi ye lah, ronda-ronda je lah selagi boleh.
DeleteAkak dah pernah pergi Pangkor..bawak PZ dan arwah Mak masa Mak sihat dulu..rasanya 2013 ke 2012 x ingat plak..malas nak korek entry lama..Wah first time Fiza sampai Pangkor ye! Mesti teruja sangat dapat tour pulau naik motor. Bertuah dapat cuaca cerah elok lepas Subuh, siap dapat buat video timelapse seaview lagi. Seronok ikuti perjalanan Fiza, tak sabar nak tunggu sambungan entri pusing Pangkor nanti!
ReplyDeleteA'ah kak. First time sampai Pangkor. Alhamdulillah cuaca baik dan Allah permudah perjalanan kami.
DeleteMemang serah kalau bisa sewa motor sekalian. Bisalah keliling pulau kan 😍😍. Banyak kedai duty free ya kak? Aiiish, memang sesuai untuk saya yg suka belanja barang nih 😄😄.
ReplyDeleteYa. Disini memang duty free tapi untuk yang menginap sehari di sini. Kalau daytrip tak dapatlah. Kena bayar tax jugak. huhu..Fanny kena menginap di sini lah sehari macam tu.
Deletepergi pangkor mmg lebih senang naik motor. jalan2 senang nak parkir pon senang
ReplyDeleteBetul. Sebab pulau dia pun kecik je kan. Pusing-pusing dah habis se round. hihi...Nak parkir tu paling menyenangkan. Tak kalut cari parkir.
DeleteBestnya dapat pusing2 kat Pulau Pangkor
ReplyDeleteAlhamdulillah..Rezeki dapat pusing-pusing Pangkor.
Delete