Februari 2026 | Lena diulit mimpi tidur malam tu. Tilam dan bantal empuk sekali. Bantal apalah hotel ni guna ek. Kadang kalau check tak ada pun label dia. Kita ni dok tercari-cari bantal macam bantal hotel gebu gebas.
Bangun solat subuh, macam biasa lepas tu buat timelapse sekejap nampak cuaca agak baik. Sambil tu kita duduklah sekejap melihat apa yang menarik kat luar tu.

View side lagi satu pun menunjukkan cuaca yang baik, cerah. Kami booking bilik tak termasuk sarapan. Jadi, tak ada turun ke bawah untuk sarapan. Sarapan je di bilik sambil menikmati view yang cantik. Makan roti je sudah.

Rasa macam sekejap je masa berlalu. Tak puas nak berehat santai di sini. Tak puas nak menikmati view luar. Tahu-tahu dah sampai masa untuk check out. Terpaksalah kita melangkah keluar. Sumpah best duduk bilik Junior suite ni.
Dahlah bilik luas, selesa dan tenang je. Plus, view dia cantik. Tak salah kami pilih hotel ni. Yang tak bestnya, sekitar hotel ni tempat jalan jem. Keluar dari hotel terus dah kena menghadap jem. huhu...
![]() |
| tema hitam dan terracotta |
Lepas check out terus balik rumah. Tak merancang kemana-mana dah sekitar KL. Malas nak hadap jem lagi. Hmm majuk!
Sebenarnya nak balik awal. Risau pula ahad jem nak ke selatan nun. Balik awal dapat rehat awal kat rumah pula.

4 Comments
Selalunya bantal hotel ni kalau bawa balik (beli) dah tak best. Dia best kat hotel je.
ReplyDeleteOhh macam tu ye. Maksudnya kena tidur hotel je lah baru best gitu. hihi..
DeleteMZ singgah BW jap..salam hari jumaat utk fiza
ReplyDeleteTerima kasih singgah sini.
DeleteSalam Jumaat madame.