Januari 2026 | Selesai monthly braces checkup, terus gerak ke Sabak Bernam untuk majlis tahlil esoknya. Menginap di The Canal Villa sekejap untuk merehatkan badan. Pagi esok baru gerak ke rumah kakak di Sabak Bernam. Padahal tak jauh pun. Sajalah nak menginap di Sungai Besar.
Malas nak susahkan tuan rumah sebab kita ni sampai tengah malam. Gerak dari Seremban pun dekat pukul 6 petang juga selepas appointment braces tu. Sampai di Sungai Besar dah lewat dalam pukul 11 malam macam tu.
Malas nak susahkan tuan rumah sebab kita ni sampai tengah malam. Gerak dari Seremban pun dekat pukul 6 petang juga selepas appointment braces tu. Sampai di Sungai Besar dah lewat dalam pukul 11 malam macam tu.
Kami booking bilik di The Canal Villa ni melalui agoda. Bila sampai lambat tu, kami tak tahu macam mana nak check in sebab pemiliknya tak bagi arahan apa-apa selepas booking. The Canal Villa ni homestay. Mungkin masih baru dalam agoda. Sebelum ni macam tak pernah nampak.
Encik Suami whatsapp tak berbalas. Call tak berjawap. Banyak kali kami cuba hubungi. Sudahnya kami book hotel lain terus melalui agoda juga. Book je lah hotel apa yang available. Asalkan dapat rehat dan tidur. Dalam perjalanan ke hotel tu, pemilik call tanya di mana.
Pekerjanya baru sampai situ. Kami pun patah baliklah untuk check in sebab belum masih jauh lagi. Alahaiiii susahnya nak check in macam ni. Kan bagus kalau bagi arahan awal macam mana nak check in semua. Kesian kami datang dari jauh. Hmmm...
Dah masuk bilik, tak lama tu pihak hotel call dia cakap terpaksa cancel order kami sebab ada masalah sistem. Sistem boleh book tapi bilik dah full katanya. Nanti akan refund. Kami dah reda dah terpaksa burn je tadi.
Alhamdulillah...ada hikmahnya disebalik kejadian. Jadi dapatlah balik duit tu cuma lambat sikitlah kena tunggu 14 hari waktu bekerja kalau tak silap lah.
Okay, jomlah kita tengok bilik. Kami booking Queen room. Bilik dengan view sawah padi. Di bawah kelengkapan yang disediakan.

Bilik agak luas juga untuk kami berdua. Luaslah untuk duduk bawah dan solat. Kami tak membelek sangat. Sebab dah penat kan. Fikir nak bersihkan badan, solat isya' dan rehat.
Jadi, saya pun ambil gambar ala kadar je. Lagipun malam kan, lighting tak berapa nak on point sangat. Janji ada gambar modal buat masuk cerita dalam blog. Jadilah kan.

Tilam dan bantalnya nak kata empuk sangat tu tidaklah. Tapi selesa jugalah untuk tidur dengan badan yang penat jalan jauh ni. Kalau dah penat tak fikir apa dah kan.

Bilik air luas dan boleh tahan bersih jugalah. Air pun kuat sebab menggunakan pump. Setiap kali buka air bunyi pumpnya.

Lepas solat subuh menikmati suasana diluar. Macam biasa, kalau bercuti saya suka buat video timelapse dari gelap subuh sehingga terang. Dapatlah menyaksikan peralihan suasana tu.
Segar mata melihat keindahan waktu pagi permandangan sawah padi ni. Biasanya saya akan buat 30minit sehingga 1 jam. Bergantung pada cuaca juga. Kalau gelap, sekejap je. Kalau cuaca elok lama sikit lah.

Sawah pagi dah menguning sikit. Bangun subuh awal, siap awal sebab nak gerak awal juga. Bayangkan check in pukul 11, jam 6.15am dah bangun pagi dan bersiap. Tidur pun pukul 12 lebih macam tu. Rasa tak cukup rehat.
Mujurlah letak kepala je tengok lena. Kadang tempat baru kita susah nak lelap juga kan. Alhamdulillah.. senang tidur. Jadi dapatlah juga tidur yang berkualiti. Pagi pun kita masih boleh ceria.

Selfie dulu sebelum check out jam 9 lebih macam tu. Tak awal sangatlah sebab ambil masa rehat kejap, sarapan, kemas dan bersiap. Makan roti je beli siap-siap sebelum check in malam tadi.

Syok betul bilik menghadap permandangan yang indah ni. Melihat kehijauan waktu pagi. Sedap mata memandang. Tapi sayangnya kejap je kita dapat menikmatinya. Lepas tu kena gerak dah. Kena datang lagi ke macam mana?
Nak datang sini kena check in awal ikut masa yang ditetapkan. Risau jadi lagi hal yang lama. Kalau hotel tu mudah sikit lah. Tapi macam homestay ni kenalah pemilik bagi arahan yang jelas dan alert dengan tempahan.

Tak sempat nak lepak luar, kita ambil gambar je lah. Sewaktu serahkan kunci, pekerja pelik kami check out awal. Awal lagi katanya. Eh, suka hati kitalah nak gerak. Cakap dalam hati je lah. Ada urusan, Encik Suami balas.
Mesti dia ingat kami tak selesa duduk situ sebab check out awal. Kann...

The canal villa ni juga ada kolam mandi. Tak sempatlah nak ke situ. Perasan tak ada shieldtox tepi pintu tu. Mereka sediakan kalau ada semut atau lipas ke, sembur je. Dalam bilik kami ada lipas seekor. Nasib baik kami bukan penakut lipas. Kiok dah.


Bilik kami. Diluarnya ada kerusi juga untuk lepak di luar. Tak sempatlah kami nak melepak di luar pun. Nak explore pun tak sempat haihh. Kami ada misi yang lagi penting.

2 Comments
best juga kalau dapat check in awal sikit dan check out macam biasa...
ReplyDeleteItulah tu. Kalau dapat check in awal dapatlah betul-betul rasa bercuti tu. Apa nak buat, appointment waktu petang dan gerak pun lewat. Dapatlah kita rehat sebentar merasa duduk sini kejap.
Delete