Mei 2026 | Usai solat subuh, nak buat video timelapse tapi tak kesampaian sebab di luar hujan. Kelam suram je. Jadi tak cantiklah kalau buat video timelapse. Tak ada perubahan gelap ke cerah, dia statik je nanti.
Okay takpelah, tak ada rezeki nak melihat keindahan perubahan waktu pagi di sini. Rezeki hujan rahmat. Ambil gambar je lah.

Kemudian bersiap-siap nak turun sarapan kat bawah. Kami ambil bilik included sarapan sekali. Pagi ni kita bertemakan shades of blue.

Lepas letak baju dalam kereta, kami pun pergi makan kitchen. Masa ni baru pukul 8.02 am tapi makan kitchen full house ye.

Ramai stay sini sempena cuti sekolah agaknya. Bila dah ramai, tak bolehlah terus terjah masuk cari meja kosong. Kena beratur diluar dulu dan staff akan check dulu ada meja kosong ke tak. Tak lama menunggu dapatlah kami meja kosong.
Ambil makanan berat dulu. Nasi goreng, mi goreng, rendang kerang, sosej, telur rebus, timun, hashbrown, hirisan ayam dan kacang panggang. Tak lupa juga kopi latte panas.

Makan perlahan-perlahan sambil menikmati suasana. Agak sesak sikit sebab ramai orang. Terserempak juga dengan kawan Encik Suami turun makan waktu yang sama. Meja jauh-jauh tak dapatlah nak menyembang sama.
Dah habis makan berat, tak ambil kuih muih dan makanan lain. Ambil buah untuk penutup makan pagi kami. Tak rasa nak makan lagi dan kami nak morning walk pulak tepi pantai lepas makan.

Mi goreng dan nasi goreng sedap. Rendang kerang tu ngam pedas dia. Sedap! Banyak menu pilihan sarapan di sini. Kalau stay sini silalah ambil sarapan sekali. Nak sarapan di luar jauh, buang masa nak ulang alik. Better makan di sini saja.
Kalau tidak, cari makan lepas check out je lah. Okay dah siap makan, kita ke aktiviti yang seterusnya.
Bersambung...
28 Comments
Alang² cuti kan
ReplyDelete.bermusafir lama sikit
Ye, alang-alang dah utara sikit tu kan. Biar lama sikit, kita bukan senang nak lepas sampai sana. hihi...
Deletememang pack jer kat mana2 kalau time cuti sekolah...tak dpt nak tenang2 time staycation hahahah
ReplyDeleteBetul, mana-mana pun crowded. Hihi...
DeleteBanyak pililhan buffet sarapan dia ye, Fizah. Sikit Fizah makan. Kalau hotel ada sediakan sarapan, memang akak pun akan ambil sekali, senang tak perlu keluar.
ReplyDeleteYe, banyak. Saya memang makan sikit je. Tak boleh nak masuk makan banyak-banyak ni. Kadang bergantung juga. Kalau review kata sarapan tak okay atau tak sempat ada hal lain memang tak ambil included breakfast. Kalau nak bercuti tenang-tenang je baru ambil sekali breakfast. Betul tu, tak perlu nak cari sarapan dah.
DeleteAmbil makanan berat terus kenyang kan. Oooo...jauh dari tempat makan di luar rupanya. Ya, eloklah sarapan di situ sekali.
ReplyDeleteBetul. Rasa kenyang pun lama sikit. Ya, jauh dari jalan luar, bandar tu. Lebih baik ambil sekali sarapan. Tak kalut nak cari sarapan dan buang masa ulang alik.
DeleteBanyak juga pilihan makanan buffet breakfast kat situ.
ReplyDeleteYe, banyak pilihan yang ada.
DeleteCantik view tu Fiza
ReplyDeleteDamai Laut ni tersorok sikit tempatnya kan, mmg elok breakfast di hotel je.
Ya, viewnya sangat cantik. Betul, tempat dia tersorok sikit ke dalam. Memang lebih baik sarapan di hotel je.
DeletePuas sarapan macam2 pilihan ada
ReplyDeleteYe wak, banyak pilihan dan dapat makan macam-macam sarapan pagi.
DeleteMakanan di hotel ini memang sedaaaap. Kalau menginap di DT saya pun selalu usahakan pakai sarapan. Supaya bisa puas menikmati menu2 😍👍.
ReplyDeleteSo far DT Damai Laut ni breakfast dia sedap. Yang di Penang kurang sikit pada saya. Seronok dapat makanan menu yang sedap kalau kena dengan selera.
Deletesuka breakfast hotel sebab banyak pilihan!
ReplyDeleteSetuju! Banyak pilihan, kita pun rambang mata nak pilih makan. hihi...
DeleteWahh... betul² bercuti tu 6H5M
ReplyDeleteKalau tak ambil breakfast lebih baik lepas check out baru cari makan. Takde buang masa ulang alik hotel, unless ada kedai makan seberang hotel😅
Ya, tapi lokasi dan hotel berbeza-beza. Senang macam tu, lepas check out baru cari makan. Hotel jauh buang masa nanti nak keluar masuk.
DeleteKalau pilihan sarapan banyak macam ni, memang berbaloi ambil sekali dengan bilik. Tak perlu pening nak keluar cari makan pagi-pagi
ReplyDeleteMemang kena ambil sarapan juga sebab hotel ni jauh ke dalam sikit. Nak keluar tu macam buang masa je nanti. huhu...
DeleteCantik tema shades of blue korang berdua! Suka tengok idea letak baju kotor terus dalam kereta sebelum breakfast tu, bijak sangat untuk percutian 6 hari 5 malam, tak ada lah sarat nak mengusung beg. Walaupun hujan tak dapat buat video timelapse, rezeki dapat breakfast sedap & layan morning walk kat pantai lepas makan
ReplyDeleteTerima kasih kak. Alhamdulillah dapat makan breakfast sedap, bakar kalori dan buat video timelapse kejap.
Deleteammi kalau makan di hotel entahlah kenapa tiba2 jadi tak kenal dengan nasi goreng, nasi lemak, mi goreng semua. tiba-tiba tekak tu jadi berlagak
ReplyDeleteHihi..berlagak pulak ek. Tak salah pun. Masa ni lah kita nak cuba makanan lain kan.
DeleteKalau saya makan buffet breakfast ambil buah dulu, kemudian salad, lepas tu roti kemudian bubur, yang sup2, baru yg berat2 mcm nasi lemak/mee/bihun. Akhir baru kuih muih. Tapi paling suka kalau ada roti canai.
ReplyDeleteWahh untung sangat tu kalau buffet breakfast hotel ada roti canai. Yang tu mesti ramai ambil dulu takut habis.
Delete