Tahu-tahu dah masuk bulan Julai dah. Cepatnya bulan Jun berlalu pergi. Bulan Julai lni laju sikit update awal. Awal tak kalut orang kata.

11 Julai – Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang (Pulau Pinang)
21 Julai – Hari Hol Almarhum Sultan Johor
22 Julai – Hari Kemerdekaan Sarawak (Sarawak)
31 Julai – Hari Keputeraan Sultan Pahang
Terima kasih kawan-kawan blogging yang sentiasa bagi semangat pada saya. Terharunya! Itu yang lebih semangat nak update. Harapnya bulan Julai ni betul-betul come back lah ye Fiza.
Julai
Sibuk!
Bulan Julai yang penuh dengan kesibukan. 3 minggu berturut-turut ada janji temu dengan doktor dan doktor gigi. Paling teruja nak jumpa doktor gigi sebab dah sampai masanya untuk tanggal braces. Yeay! Diam tak diam 2 tahun dah ye. Kejap je! Lepas tu kena pakai retainer lah tapi.
Berita Gembira
So far keadaan mata selepas operation baik-baik saja. Alhamdulillah. Dah boleh adapt dengan penglihatan yang jelas untuk pandangan jauh. Tak adalah sampai HD. Jadi normal lah tak ada rabun jauh dah. Bebas rabun jauh yang dah bertahun-tahun lamanya.
Kehilangan lagi
Cerita sedihnya pula. Penghujung Jun, semalam kakak ipar saya meninggal dunia. Sedih baru nak surut kehilangan mak hujung tahun lepas, tahun ni diuji lagi kehilangan ahli keluarga. Allahuakbar. Siapalah kita untuk melawan takdir Allah. Kelak, kita juga akan menyusul. Al fatihah kakak ipar, Faridah binti Sidik.
PRN Johor Ke-16
Orang Johor akan keluar mengundi pada hari Sabtu, 11 Julai 2026. Selamat mengundi Johorean. Undilah calon yang terbaik.Follow the light that shines within, even if it means walking against the crowd.

Guided light
And He found you lost and guided you —Ad-dhuha 93:7
Cuti umum/ Public holidays Julai 2026
7 Julai – Hari Bandar Warisan Dunia Georgetown/ Hari Ulangtahun pengisytiharan Tapak Warisan Dunia (Pulau Pinang)11 Julai – Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang (Pulau Pinang)
21 Julai – Hari Hol Almarhum Sultan Johor
22 Julai – Hari Kemerdekaan Sarawak (Sarawak)
31 Julai – Hari Keputeraan Sultan Pahang
Sambutan pada bulan Julai
2 Julai – Sambutan Hari UFO Sedunia (World UFO Day)
3 Julai – Hari Tanpa Beg Plastik Sedunia (International Plastic Bag Free Day)
7 Julai – Hari Coklat Sedunia (World Chocolate Day)
10 Julai – Hari Kesedaran Penyakit Kronik (Chronic Disease Day)
10 Julai – Hari Kesedaran Serangan Panik (Panic Attack Awareness Day)
7 Julai – Hari Coklat Sedunia (World Chocolate Day)
10 Julai – Hari Kesedaran Penyakit Kronik (Chronic Disease Day)
10 Julai – Hari Kesedaran Serangan Panik (Panic Attack Awareness Day)
11 Julai – Sambutan Hari Populasi Sedunia (World Population Day)
12 Julai – Hari Malala (Malala Day)
13 Julai – Hari Kesedaran GIST (GIST Awareness Day)
15 Julai – Hari Leiomyosarcoma Kebangsaan (National Leiomyosarcoma Day)
16 Julai – Hari Ular Sedunia (World Snake Day)
17 Julai – Hari Keadilan Antarabangsa (World Day for International Justice)
21 Julai – Hari Sifar Stigma HIV (Zero HIV Stigma Day)
23 Julai – Hari Sjogren Sedunia (World Sjogren’s Day)
24 Julai – Hari Penjagaan Diri Antarabangsa (International Self-Care Day)
28 Julai – Hari Hepatitis Sedunia (World Hepatitis Day)
13 Julai – Hari Kesedaran GIST (GIST Awareness Day)
15 Julai – Hari Leiomyosarcoma Kebangsaan (National Leiomyosarcoma Day)
16 Julai – Hari Ular Sedunia (World Snake Day)
17 Julai – Hari Keadilan Antarabangsa (World Day for International Justice)
21 Julai – Hari Sifar Stigma HIV (Zero HIV Stigma Day)
23 Julai – Hari Sjogren Sedunia (World Sjogren’s Day)
24 Julai – Hari Penjagaan Diri Antarabangsa (International Self-Care Day)
28 Julai – Hari Hepatitis Sedunia (World Hepatitis Day)
29 Julai – Sambutan Hari Harimau Antarabangsa (International Tiger Day)
30 Julai – Hari Persahabatan Antarabangsa (International Day of Friendship)
22 Comments
Tidak sangka sudah habis tempoh guna pendakap gigi.
ReplyDeleteAl-Fatihah untuk arwah kakak Aphizha.
Sekejap je rasanya kan. Kalau mula² pakai rasa lambat lagi nak bukak. hihi...
DeleteTerima kasih kak Wina. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan. Aamiin...
Nampak sangat Johornya bila “tapi” duduk dibelakang ayat hahah
ReplyDeletehihi..Trademark orang Johor gitu.
DeleteCepatnya dah nak buka braces tu. Mesti makin cantik Fiza nanti. Takziah ya Fiza atas pemergian kakak ipar, semoga rohnya dicucuri rahmat.
ReplyDeleteTak sabar nak tunggu cuti Hari Hol.
Kann..sekejap je 2 tahun dah. Tang gigi je lah cantik sikit. Alhamdulillah.
DeleteTerima kasih kak, Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan. Aamiinn...
Untunglah orang Johor ada cuti bulan ni.
Wah…tumpang seronok dengan berita rawatan gigi dan mata Fiza. Gigi tambah cantik, mata bebas cermin mata. Tentu lain rasanya.
ReplyDeleteTakziah atas pemergian kak ipar Fiza.
Akak dah tukar alamat NS, dah tak payah balik mengundi di Johor.
Alhamdulillah syukur. Dengan izin Allah dapatlah rasa merasainya.
DeleteTerima kasih kak Ujie. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan. Aamiin...
Nanti PRN Negeri Sembilan bulan Ogos pulak kan kak. Rasa macam nak tukar juga alamat NS.
Terasa sekejap je kak pakai braces tu.. kawan sek men dulu, dari tingkatan 1-5 rasanya..
ReplyDeleteSalam takziah buat keluarga.
Itulah tu. Rasa kejaplah pulak. Tempoh tu bergantung pada keadaan gigi masing-masing. Macam saya tak complicated sangat. Jadi, cepat sikit progressnya. Alhamdulillah.
Deletesalam takziah Fiza...
ReplyDeletesekejap je masa berlalu ye dah 2tahun..rasa macam baru lagi baca Fiza start pakai braces
Terima kasih kak Afzan. Itulah kan, sekejap je berlalu pergi. Hihi...
DeleteAl-Fatihah untuk arwah kakak ipar Fiza. Semoga Fiza sekeluarga tabah menghadapi dugaan kehilangan ni, rehat yang baik-baik buat arwah. Dalam masa yang sama, Alhamdulillah berita gembira pasal pembedahan mata tu! Mesti rasa seronok bila pandangan dah jelas semula. Selamat menyambut bulan Julai, Fiza! Semoga urusan buka braces nanti pun berjalan lancar. Selamat mengundi juga buat semua warga Johor 11 Julai nanti
ReplyDeleteTerima kasih kak. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan. Aamiin...
DeleteAlhamdulillah bebas cermin mata dah.
Orang Nismilan pun selamat mengundi juga kak bulan Ogos nanti. hihi..
bestnya dah tak payah pakai spek.. lepasni terus nampak view ultra HD 4k!
ReplyDeletesemoga arwah kakak ipar kak fiza ditempatkan dalam kalangan org beriman..
Alhamdulillah....Tapi tak sampailah begitu HD. Janji jelas nampak tu dah kira bersyukur dah. hihi...
DeleteTerima kasih mazni. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan. Aamiin...
salam takziah, innallillah waiina ilaihi rajiun
ReplyDeleteTerima kasih madam.
DeleteLaa baru perasan, George Town World Heritage Day 7 Julai ni.
ReplyDeleteYa, untunglah orang Penang ada 2 hari cuti istimewa.
DeleteTak terasa memang dah bulan July 🎉🎉. Saya antara senang tapi juga sedih. Senang Krn sebentar lagi semakin dekat dengan waktu traveling... Tp sedih karena waktu macam lari... Artinya usia pun akan semakin berkurang 😔.
ReplyDeleteIkut berdukacita dengan meninggalnya kakak ipar ya kak. Semoga almarhumah dilapangkan kuburnya, diterima semua amal kebaikan beliau semasa hidup
ye, benar! Cepat je dah masuk Julai. Saya baru terkedek-kedek kembali menulis dan berblogwalking. Seronoknya dapat travel sana sini.
DeleteAamiin..Terima kasih Fanny. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan buat Fanny dan keluarga.