Terpaksa Buang Produk Skincare Dan Makeup

Semalam encik suami bersihkan aircond dalam bilik. Bunyi dah menderu kuat tu tandanya habuk dah menebal dan kena servis lah tu. Buat sendiri jimatlah sikit duitnya. Alang alang dah lapang bilik alihkan katil semua. Saya pun kemaskan workspace dan dressing table.

Belek-belek produk skincare dan makeup, banyak dah expired rupanya. Walaupun pek dan isinya nampak macam elok tapi bahaya kalau kita gunakan juga. 

Kesan pakai produk skincare expired boleh jadi produk expired tu akan menyebabkan muka break out, kurang berkesan, menyebabkan jangkitan kuman dan sebagainya. Nak tak nak terpaksa buang produk skincare dan makeup mana-mana yang dah expired tu.

Sayang tak sayang, kena lah buang juga. Paling sayang Mary Kay tu lah sebab membeli guna duit sendiri masa tu. Masa COVID-19 ni sejak tak keluar rumah jarang makeup dan produk skincare pun ada yang terabai, makanya terbiar begitu je. Tengok tengok dah expired.


Terpaksa Buang Produk Skincare Dan Makeup

Dahlah produk skincare dan makeup ni kalau dah buka kena guna dalam tempoh 12 bulan je kebanyakkannya. Kena check label bekas terbuka tu samada tulis 12M ke tidak. Biasanya 12M lah. Kalau mascara tu dalam tempoh 6M je.

Produk skincare ada jugak beli baru topup mana yang pakai untuk kegunaan harian. Cuma barang makeup ni nampaknya kena beli baru semuanya. Dalam gambar produk skincare je. Satu bekas lagi barang makeup. 

Lipstick ada yang tak pakai lagi pun ada. Dah habis covid baru membeli lah kot. Sekarang ni nak keluar tepek moisturiser dan sunscreen je. Malas nak pakai foundation bila pakai mask. Nanti melekat pada face mask.

Sebahagiannya ada produk review dan sebahagiannya beli sendiri. Sayang betul nak buang kan bila dikumpul banyak banyak. Kena bersihkan isinya dulu. 

Bekas-bekas akan diasingkan untuk kitar semula. Dah biasa asingkan bekas untuk kitar semula sebab kat sini dah mula asingkan bahan-bahan kitar semula. Lori kitar semula akan datang setiap hari selasa. 

34 comments:

  1. Sebelum pandemik, tahun 2019/2020 dikatakan tahun untuk kecantikan. Masa tu, drug store selalu bagi diskaun hujung minggu, menggila beli kosmetik. Akhirnya, 2020, tak boleh keluar rumah, siapa yg kuasa nak mekap2 kat rumah, masa tu ingatnya makan tido jer, memang terpaksa buang semua bila masuk tahun 2021.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila COVID ni lupa terus semua makeup. Memang tak kuasa lah nak makeup. Terpaksalah buang tengok semua dah expired 2021. huhu...

      Delete
  2. Memang akan ada rasa sayang. Tapi atas faktor keselamatan, ada baik buang. Bahaya pakai produk skincare yang dah expired.

    ReplyDelete
  3. Kalau ikutkan memang sayang tapi daripada bahaya dan beri kesan negatif pada kulit, adalah lebih baik buangkan Fiza.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak, ikutkan hati memang sayang. Apa nak buat, terpaksa merelakan buang jugak demi keselamatan :)

      Delete
  4. Kesan PKP bukan sahaja kepada manusia .Rupanya skin care & alat make up juga terkesan🤭

    ReplyDelete
  5. betul tu kalau pakai juga tu yang skin kadang break out balik

    ReplyDelete
  6. Akak pun baru sudah menyaring produk-produk yang ada. Sayang tu memang sayang, tapi kalau guna juga nanti beri kesan pada kulit kita lagi susah. Akak dahlah cepat gatal-gatal :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun kulit sensitif gak. Kang tak pasal masalah lain pulak muncul.

      Delete
  7. Jenama Mary Kay tu boleh tahan harganya kan Fizah. Nak buat macamana kan, terpaksalah buang daripada dapat kesan buruk kalau pakai benda dah expired.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye Kak Amie. Harga dia yang lebih tu yang sayang jugak tu. Nak tak nak terpaksa merelakan buang jugak.

      Delete
  8. Sayang tapi apap pun utamakan keselamatan diri dan kulit kita

    ReplyDelete
  9. Samalah kena buang banyak jugak makeup. Kulit saya dahlah memang bermasaalah. Kalau pakai dengan facemask lagilah teruk. Nanti keadaan dah reda kita tenyeh lipstik lagi ye. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun sama, kulit bermasalah. Pakai facemask lagilah kena jaga. Lepas bebas facemask baru lah kita berlipstick :)

      Delete
  10. Sy pun ada buang barang haritu.. Expired.. Terpaksa.. ni tengah nak pindah rumah, lagi banyak kena buang.. hehe

    ReplyDelete
  11. Agaknya Aien pun kena buat pembersihan skincare ngaan mekap tak semenggah tu la. hehe risau terpakai. Hancus muka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena belek belek gak tu, takut terpakai yang expired.

      Delete
  12. Sayang juga kalau dibuang , tapi lagi sayang kalau muka dh start breakout ambil masa lama juga tu untuk pulihkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye, sayang memang sayang tapi apa nak buat kena buang jugak. Sayang kulit dari sayang produk :)

      Delete
  13. Banyak juga produk kena buang.
    Bagus itu kitar semula. Akak tidak pernah lagi kitar semula botol produk penjagaan. Kena buat juga macam Fiza.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye kak. Kalau bekas kitar semula memang saya bersihkan dan kumpulkan.

      Delete
  14. sayangkan bila fikir nak buang tapi nak dibuat camna.
    dulu ammi jenis yg senang terpengaruh..org kata A bagus ammi beli, B best ammi beli sudahnya tak pakai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terpaksa gak buang. Jangan macam tu lagi Ammi, nanti bertimbun produk tak guna :)

      Delete
  15. byknya dah expired tu.
    tu lah, skang pkai basic skincare je. lipstick pon xguna sbb pkai mask kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyee Syu. Sayang betul kan. Samalah kita, makeup tak pakai dah. Pakai moisturiser dan sunscreen je senang bila kena pakai face mask.

      Delete
  16. Kita samaaa kak. Tapi kalo skincare saya selalu rutin pakai walau tak kluar rumah sekalipun. Hanya saja makeup nih yg tak pakai langsung 🤣. Jadi yang paling banyak kena buang Krn exp, make up lah kayak lipstik terbanyak dibuang 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Skincare masih dipakai hari hari. Cuma makeup tak dipakai bila keluar. Yaa, lipstick paling banyak kena buang banyak dan expired. huhu...

      Delete
  17. Naniey punya pun banyak kena lupuskan. Sayang yang beli masa hantaran kahwin tak boleh guna. Guna tak sampai 5 kali pun.. Pejam mata buang. Bahaya kalau nak pakai juga sebab tarikh dah expired.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu takpe naniey. Ikutkan hati memang sayang. Tapi apa nak buat, nak guna pun tak boleh dah nanti masalah kulit lain pulak yang muncul.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.