Senarai Lagu Finalis AJL 36

Bila AJL 36 Final? AJL (Anugerah Juara Lagu ke-36)  AJL36 akan dikemaskini bila tarikhnya nanti. Anugerah Juara Lagu ke-36 dijangkan akan berlangsung tanpa penonton berikutan penularan COVID-19 di Malaysia.

Kemuncak final Anugerah Juara Lagu 36 (AJL36) menampilkan 12 buah lagu terbaik yang telah terpilih di pentas Separuh Akhir Muzik Muzik 36 (SFMM36).

Senarai Lagu Finalis AJL 36 Tahun 2022

12 buah lagu telah diumumkan layak ke pentas Anugerah Juara Lagu 36 (AJL36). Berikut  senarai penyanyi dan kumpulan yang berjaya mara ke pentas berprestij Anugerah Juara Lagu Ke-36 yang bakal berlangsung pada awal tahun 2022. Tarikhnya akan dikemaskini.

senarai lagu finalis ajl 36

12 Finalis Anugerah Juara Lagu 36

1. Lagu : Mimpi
Penyanyi : Haqiem Rusli
Komposer : Haqiem Rusli & Datuk A. Aida
Lirik : Haqiem Rusli & Datuk A. Aida

2. Lagu : Sepi
Penyanyi : Aina Abdul
Komposer : Aina Abdul
Lirik : Aina Abdul & Wan Zakaria

3. Lagu : Nafas Cinta
Penyanyi : Aina Abdul & Khai Bahar
Komposer : Aina Abdul & Khai Bahar
Lirik : Aina Abdul & Wan Zakaria

4. Lagu : Boneka
Penyanyi : Ernie Zakri
Komposer : Omar K, Iqie Hugh & Firdaus Rahmat
Lirik : Omar K, Iqie Hugh & Firdaus Rahmat

5. Lagu : Salahku
Penyanyi : Yonnyboii
Komposer : Yonnyboii
Lirik : Yonnyboii

6. Lagu : Purnama
Penyanyi : Naim Daniel
Komposer : Amzar Razqa & Naim Daniel
Lirik : Amzar Razqa

7. Lagu : Intan Payung
Penyanyi : Bunga & Amsyar Lee (Pengganti Noraniza Idris)
Komposer : Luca Sickta, Bunga & Amzar Razqa
Lirik : Bunga & Siqma  

8. Lagu : Pelukan Angkasa
Penyanyi : SOG & Shila Amzah
Komposer : Raja Nazrin Shah
Lirik : Fazleena Hishamuddin

9. Lagu : Angkara
Penyanyi : Siti Nordiana
Komposer : Sharon Paul
Lirik : Fedtri Yahya & Nana Alias

10. Lagu : Cinta
Penyanyi : Marsha Milan
Komposer : Bunga Cantik & Hang Nadim
Lirik : Hang Nadim

11. Lagu : AEWO
Penyanyi : Shiha Zikir & Noki
Komposer : Ezra Kong
Lirik : Ezra Kong & Noki

12. Lagu : Lara
Penyanyi : Hael Husaini, Naim Daniel & Haqiem Rusli
Komposer : Hael Husaini & MFMF
Lirik : Hael Husaini, Naim Daniel & Haqiem Rusli

Kesemua lagu yang layak dan terpilih dinilai oleh barisan juri profesional iaitu Datuk Syafinaz Selamat, Datuk Acis, Helen Yap, LY, Chaan, Altimet dan Datuk Mokhzani Ismail sebagai ketua juri.

20 comments:

  1. Replies
    1. Wahh peminat SOG. Memang gila betul dorang perform haritu.

      Delete
  2. Wah .Aina abdul dlm senarai..lau Boneka pun best...x sabar nak thok AJL nanti

    ReplyDelete
  3. Lagu manalah yang akan jadi juara nanti ek

    ReplyDelete
  4. siapa la menang agak-agaknya kan? Naim daniel kah? Atau Aina Abdul? Atau Ernie Zakri? orang power semua ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua hebat hebat. Susah nak jangka. Kadang lagu biasa biasa pun boleh menang jugak. Kita tunggu nanti.

      Delete
  5. lama dah tak layan juara lagu, tapi dari senarai, semua berpontensi tuk menang sebab majority saya suka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang macam kurang meriahnya macam dulu kan. Betul tu kak, semua berpontensi jadi juaranya.

      Delete
  6. tk sempat tgk separuh akhir aritu...tup2 tgk dh keluar senarai final

    ReplyDelete
  7. Harap harap ernie zakri menang hehehe, tapi nanti masa bukan dia yang nyanyi kannn sebab dah nak bersalinn dahhh kannn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Peminat Ernie Zakri ni. Ala tak best lah kalau ganti orang lain kan. Mana tahu ada rezeki anak menang nanti.

      Delete
  8. dh lama bebienor wak x follow ajl nih.. 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..layan final je wak. Itu pun sipi sipi tengok mana lagu best.

      Delete
  9. hebat hebat semua finalis ni. Lagu semua best. Tak tahu mana satu yang akan jadi juara nanti.

    ReplyDelete
  10. Replies
    1. Semua yang hebat hebat dapat masuk AJL final. Tahniah juga untuk mereka.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.