Sarapan Pagi Nasi Goreng Cili Kering

Selamat berhujung minggu semua orang. Cuaca pagi ni nampak helok je terang walaupun pada mulanya macam mendung. Itu keadaan cuaca di Seremban. Tempat lain tak tahu lah. Sehari dua ni bukan main panas lagi cuaca. 

Kerja kuat sikit nampaknya air-cond. Confirm bil elektrik naik banyak bulan ni!

Tak ada idea nak masak apa untuk sarapan pagi  ni. Terasa nak makan nasi goreng cili kering lah pulak. Encik suami masakkan nasi dulu sementara saya siapkan kerja yang tertangguh. Lepas nasi dah masak, berkelentang kelentung lah kat dapur.

Nasi goreng cili kering nak lagi sedap kenalah menumbuk menggunakan lesung batu. Duduk berdua ni memang cemerlang perkhidmatan lesung batu ni. Jarang guna blender sebab portion sikit, bolehlah guna lesung batu lagi.

Tapi nak buat cili kisar homemade ke sambal gesek ke masak lemak cili api ke, kenalah guna blender jugak. Cuma kerja masak harian yang simple simple je lah guna lesung batu. 

Haritu masa mak mentua datang bermalam, saya buat sarapan nasi goreng cili kering juga. Bertambah mak makan. Senang hati bila masakan kita berjaya pikat perut orang lain. 

Kadang tak ada idea nak masak apa. Risau juga nak masak untuk orang lain yang tak biasa dengan masakan kita. Takut tak kena dengan selera. 

Saya : Nasi goreng kosong je mak.
Mak : Mak pun macam tu yo kalau masak nasi goreng. 

Lalu sambung makan...

Nasi goreng mak, kosong dan ringkas pun sedap dah. Air tangan mak mana boleh lawan, kannnn. Lain orang lain caranya, lain orang lain resipi dan rasanya.

Sarapan Pagi Nasi Goreng Cili Kering

Resipi nasi goreng cili kering tumbuk simple

5-6 tangkai cili kering
2-3 biji bawang kecil
2 ulas bawang putih
Setengah genggam ikan bilis
Garam secukupnya
Minyak untuk menumis
Nasi
Kacang panjang * Optional

Cara masak nasi goreng cili kering

  1. Gunting cili kering untuk buangkan biji dan rendamkan seketika bagi lembut. Ada orang rebus dulu. Ikutlah mana yang mudah nak buat.
  2. Kemudian tumbuk cili kering, ikan bilis, bawang putih dan bawang merah. Tumbuk kasar je tak perlu lumat sangat.
  3. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sampai naik bau dan garing.
  4. Masukkan garam secukupnya. Kalau nak tambah atau gantikan dengan serbuk pasti sedap pun boleh. Saya biasa masak kurangkan penggunaan garam. Kalau nak letak serbuk pasti sedap, tak perlu letak garam. Kalau nak letak dua dua, saya letak garam sikit je lah.
  5. Masukkan kacang panjang kalau nak.
  6. Kemudian baru masukkan nasi, kacau kacau. Biasa lepas kacau rata ni baru saya letak serbuk pasti sedap.
Yang tambah sedap tu sebab bahan ditumbuk. Tumbuk kasar kasar gitu je. Terasalah macam masakan mak kita dulu dulu. Rahsia nasi goreng sedap begitulah.

36 comments:

  1. sedap tu..btul tu bahan tumbuk tu penting bagi rasa pd nasi tu

    ReplyDelete
  2. Nampak menyelerakan sungguh nasi goreng tu. Akak tak pernah lagi baut nasi goreng cili kering yang tumbuk ni. Selalu guna cili blend yg dah siap, mesti lagi sedap rasanya sampai MIL makan bertambah tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap sesekali ubah selera guna cili kering. Guna cili api dah biasa sangat. Alhamdulillah kena dengan selera sedaplah cuma versi mak mentua haritu tak ada kacang panjang. Versi kosong je. Hehe..Nanti nanti boleh cuba versi tumbuk pulak kak :)

      Delete
  3. Sedap nih..suka nasi goreng perencah ikan bilis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikan bilis penambah perisa nasi goreng jadi lebih sedap :)

      Delete
  4. Replies
    1. Ada masa dan kerajinan bolehlah cuba buat nasi goreng cili kering pulak :)

      Delete
  5. Replies
    1. Pinggan legend mak punya tu. Bodek mak dapatlah jadikan props sekali :)

      Delete
  6. Ada kacang panjang tu memang bertambah sedaplah nasi goreng cili keringnya Fizah. Kak Amie suka tambah kacang panjang sebab keluar aroma yang sedap ketika digoreng bersama nasi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun suka letak kacang panjang. Bertambah sedap nasi gorengnya tu.

      Delete
  7. Betul la...nak sedap cili kering kena tumbuk.Guna cili blend jauh betul hasil kejadian ..Memang kena tumbuk & memang telioq la Fiza

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jauh beza rasa kedua duanya tu. Ternyata yang tumbuk lagi sedap. Pasni kalau rajin bolehlah menumbuk bahan buat nasi goreng cili kering mama cella. Taklah terlioq :)

      Delete
  8. Uishhh... ni memang wajib makan bertambah ni! Cili kering, ikan bilis dengan kacang panjang... yummehh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bahan dan rencahnya sesuai dan bergabung memang sedap.

      Delete
  9. Nasi goreng macam ini kalau tambah telur dadar,perthhhhhh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betulll..telur dadar ke telur mata ke kombinasi yang padu dengan nasi goreng.

      Delete
  10. Seronok kan bila kita masak orang makan sampai habis. Tak pernah makan nasi goreng macam ni. Boleh cuba nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, happy orang suka masakan kita. Nanti bolehlah cuba sal :)

      Delete
  11. Wahhhhh.. shedapnyaaaa.. Lapo memalam tengok

    ReplyDelete
  12. Bila nak rasa kesedapan dia, gigih tumbuk guna lesung. Pinggan lejen kak. 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, kene tumbuk bahan tu baru sedap hasilnya. A ah pinggan legend mak :)

      Delete
  13. Tengok nasi goreng cili kering ni . Teringat arwah tok selalu masakkan kami adik beradik nasi goreng ni time sarapan pagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang dulu dulu suka masak nasi goreng cili kering ni kan. Sedap!

      Delete
  14. Hehe tiada kosong sangat ada kacang panjang.
    Akak memang suka nasi goreng ada kacang panjang tapi akak tidak pernah buat letak cili kering. Boleh cuba buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasi goreng kosong tak ada stok kacang panjang masa mak mentua datang. Pastu buat lagi ada stok kacang panjang tu yang tambah tu. Sedap nasi goreng tambah kacang panjang kan. Nanti cubalah kak buat guna cili kering pulak.

      Delete
  15. nasi goreng bodo camni lah yg sodap..takyah nak ada accessories sgt

    ReplyDelete
  16. Nasi goreng macam ni memang sedap lepas tu ada telur goyang. Hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bertambah berselera makan nasi goreng ada telur kan :)

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.