Drama Sayang Tak Dikenang

Drama Sayang Tak Dikenang, sebuah drama siri melayu dibintangi pelakon utamanya Ruhainies,Fadlan Hazim dan Ezzanie Jasny. Sayang Tak Dikenang merupakan drama adaptasi novel karya Wazrul Shah. Drama Sayang Tak Dikenang episod 1 akan bersiaran pada 4 Mac 2022 di slot Akasia TV3.
 
sayang tak dikenang full episode tv3

DRAMA SAYANG TAK DIKENANG

Jumlah episod : 28
Mula siaran : 4 Mac 2022
Waktu Siaran : Isnin-Ahad, jam 7:00 malam
Siran TV : Akasia TV3
Penulis Skrip : Shida Zali, Amin Shakib, Mia Marziah
Pengarah : Feroz Kader
Produksi : FJ Pictures Sdn Bhd

PELAKON SAYANG TAK DIKENANG

  • Fadlan Hazim sebagai Raqib Tafzani
  • Ruhainies sebagai Ayu Izzhani
  • Ezzanie Jasny sebagai Hattin Isabella
  • Syafnida Shuhaimi sebagai Camelia
  • Andy Teh sebagai Erick
  • Riz Amin sebagai Omar
  • Meor Mohd sebagai Aakif
  • Mimie Amirah sebagai Nazneen
  • Jasmine Ashraff sebagai Asmidar
  • Kak Girl sebagai Roslaini

SINOPSIS SAYANG TAK DIKENANG

Pertemuan yang tidak disengajakan semasa pesta buku di PWTC telah menemukan Ayu Izzhani (Ruhainies) dan Raqib Tafzani (Fadlan Hazim). Tidak semena-mena Ayu menjadi tunang sementara Raqib ketika lelaki itu diserang oleh Camelia.

Namun pada saat Ayu berjumpa dengan tunangannya itu, sahabat sejatinya, Hattin (Ezzanie Jasny) juga bertemu dengan pilihan hati, Tafzani setelah hampir beberapa tahun hati Hattin tidak dihuni gara-gara peristiwa hitam yang membuatkan hatinya bernanah.

Musim bunga mula mekar dalam hati Hattin. Namun langit tidak selalunya cerah. Ada sesuatu yang berlaku sehingga membuatkan episod kebahagiaan dua sahabat ini berubah kepada suatu peristiwa yang penuh duka dan tragis.

Pada masa yang sama, Erick (Andy Teh) yang selama ini menyukai Ayu Izzhani datang menagih janji dan Raqib yang disayangi Ayu Izzhani mula membuat onar. Sementelah itu pula Tafzani seakan-akan mempunyai agenda yang tersembunyi sehingga menyebabkan renggangnya hubungan persahabatan di antara Ayu Izzhani dan Hattin.

Bertahankah hubungan persahabatan itu? Dan apakah sebenarnya yang disembunyikan oleh Tafzani?

6 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.