Drama Roxy

Drama Roxy, drama bersiri komedi ringan, kekeluargaan & futuristik lakonan Nadiyah Shahab, Azlee Khairi, Eira Syazira, Zizan Nin, Roy Azman, Amyza Aznan, Atu Zero, Chiwan Chilok dan ramai lagi.

Drama Roxy episod 1 mula bersiaran pada 25 Jun 2022, setiap Sabtu dan Ahad jam 7:00 malam di Slot Dahlia TV3. 



drama roxy tv3 full episode

DRAMA ROXY

Jumlah episod : 20
Mula siaran : 25 Jun 2022
Waktu siaran : Sabtu & Ahad, jam 7:00 malam
Siaran TV : Slot Dahlia TV3
Idea Asal : Syarizan Md Isa, Zizan Nin
Penulis skrip : Adza Emie, Intan Zarina Hassan, Azal Ezreen, Marini Mat Zain
Pengarah : M. Nazir Juhan (Jet Lee)
Produksi : Aquila Emas Sdn Bhd

PELAKON DAN WATAK

  • Nadiyah Shahab sebagai Roxy
  • Azlee Khairi sebagai Aqil
  • Eira Syazira sebagai Arissa
  • Zack Kool sebagai Profesor Melon
  • Aqeesh Aleeya sebagai Amira
  • Kween Keela sebagai Shushen
  • Zizan Nin sebagai Darma
  • Nik Adam Mika sebagai Amar
  • Zack Kool sebagai Profesor Melon
  • Roy Azman sebagai Murad
  • Atu Zero Atu Zero sebagai Domi
  • Chiwan Chilok sebagai Bidin
  • Amyza Aznan sebagai Norlela
  • Oktovia Manrose
  • Tony Eusoff
  • Aliff Zulkarnain
  • Ramli Long

SINOPSIS ROXY

Mengisahkan tentang seorang saintis yang membawa pulang robot humanoid ke rumah untuk dijadikan sebagai pembantu rumah. Pada mulanya humanoid robot Roxy sudah rosak dan kemudian dibawa pulang oleh Aqil untuk dibaik pulih disamping untuk dilatih juga sebagai pembantu rumah.

Oleh kerana Aqil dan isterinya Arissa selalu sibuk dengan kerja masing-masing sehingga mengabaikan tanggungjawab di rumah sehinggalah mereka bertemu Roxy yang boleh digunakan sebagai pembantu rumah bagi menguruskan pelbagai kerja di rumah.

LAGU TEMA (OST) DRAMA ROXY

Lagu : Layar Bersama
Penyanyi : Yuveena
Komposer : Mas Dewangga, Jova Devita, Aden King
Lirik : Mas Dewangga, Jova Devita, Aden King

10 comments:

  1. Waaa...macam lain dari yang lain cerita ni...
    Mesti cantik robot ni.Baru beberapa hari lepas baca seorang lelaki kat Australia nak kahwin dengan robot wanita yang cantik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lain sikit ceritanya. Nadiyah Shahab robotnya, cantiklah tu. Orang luar memang pelik pelik perkahwinan dorang.

      Delete
  2. Bukan main cantik lagi robotnya! Teringat akak dulu-dulu masa kecik ada satu sitcom omputeh Small Wonder, keluarga tu ada anak perempuan robot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Robot zaman moden :)
      Tak pernah tahu pulak sitcom tu. Robot betul ke manusia berlakon robot macam roxy ni kak farrah?

      Delete
  3. Ada versi lelaki tak? Nak jugak. Boleh tolong jadi driver. Haha

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Iye, banyak pilihan drama. Tengok mana yang best je lah :)

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.