Drama Bunga Hati

Bunga Hati, drama terbaru lakonan Intan Najuwa, Redza Rosli, Erwin Dawson, Fauziah Ahmad Daud dan ramai lagi. Drama Bunga Hati adalah drama adaptasi novel karya Liza Ali.

Drama Bunga Hati episod 1 mula bersiaran pada 10 Januari 2022, setiap Isnin hingga Khamis jam 10:00 malam di slot MegaDrama Astro Ria.

drama bunga hati astro ria full episode

DRAMA BUNGA HATI

Jumlah episod : 20
Mula siaran : 10 Januari 2022
Waktu Siaran : Isnin-Khamis, jam 10:00 malam
Siaran TV : Slot Megadrama Astro Ria 
Penulis Skrip : Liza Ali
Pengarah : Jamal Khan
Produksi : Zeel Production Sdn Bhd

PELAKON DAN WATAK

  • Intan Najuwa sebagai Dilaila
  • Redza Rosli sebagai Amer
  • Erwin Dawson sebagai Joshua
  • Fauziah Ahmad Daud sebagai Salimah
  • Zulkifli Ismail sebagai Razak
  • Lydiawati sebagai Noraini
  • Fazziq Muqris sebagai Farizan
  • Nafiez Zaidi sebagai Luqman
  • Fify Azmi sebagai Jessila
  • Halmey Hamdah sebagai sebagai Dato Sulaiman

SINOPSIS BUNGA HATI

Mengisahkan tentang kisah cinta 3 hati. Dilaila (Intan Najuwa) yang memendam rasa, Amer (Redza Rosli) yang menderita bipolar kerana cinta, Joshua (Erwin Dawson) yang tulus ikhlas dalam cinta.

Manakala Salimah (Fauziah Ahmad Daud) yang berdendam dan membenci anaknya, Noraini (Lydiawati) yang penuh hasad durjana, Razak (Zulkifli Ismail) yang menyimpan rasa bersalah terhadap kisah silamnya, Luqman (Nafiez Zaidi) yang cacat tapi suci hatinya, Jessila ( sebagai Jessila) yang mengejar cinta Amer dengan seribu daya dan Farizan (Fazziq Muqris) yang penuh agenda.

Cinta pertama membawa Dilaila dalam dilema. Janji yang terpatri bersama Amer kecundang di tengah jalan, lantaran dendam semalam yang tidak terlerai. Dilaila pasrah menghadapi dugaan. 

Perkenalan dengan seorang doktor, Joshua memberi sinar baharu buat Dilaila. Tatkala bersua, hatinya bahagia. Namun, hubungan mereka tergantung kerana Joshua terpaksa kembali ke pangkuan keluarga nun jauh di Filipina. 

Berbekalkan keazaman ingin menjadi usahawan berjaya, gadis itu meneruskan perjuangan hidup walaupun hatinya sepi. Saat itu muncul lelaki yang tidak disangka-sangka meluahkan kata cinta. 

Antara mencintai dan dicintai, Dilaila perlu membuat pilihan terbaik demi kebahagiaan dirinya. Dia hanya mahu mencari cinta suci yang tidak pernah dikhianati.

4 comments:

  1. Suka tengok intan najwa berlakon . Muka nanpak manis

    ReplyDelete
  2. Ni yang Ogy berlakon real siap sepak terajang tu kan...mana nak tgok erk citer ni ..kena carik ni

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.