Viral Tentang Ular Berbahaya Dan Susah Nak Mati

Kecoh dah tentang ular berbahaya dan susah nak mati ni difacebook sampai dah jadi viral jugaklah kes ni. Agak agak macamana rupa ular yang berbahaya dan susah nak mati tu. Ada macam rupa ular sawa berwarna pink ni ke?  Bila pink macam tak nampak bahaya pulak. 
http://www.azhafizah.com/
Sumber gambar dari facebook
Ikuti kisah ular berbahaya dan susah nak mati ni.
Semalam di Nat Geo Wild, telah diumumkan bahawa ular yang sangat berbahaya baru sahaja ditemui. Saintis mendakwa bahawa ular merupakan species baru : revolusi keluarga reptilia itu . Menurut Nat Geo Wild , ular tersebut akn brtmbah 0.5 cm panjang setiap kali ia makan dgn sekali suapan setiap 30 saat atau kurang. Ular ini tidak boleh dibunuh atau dicederakan oleh senjata malahan ianya mati hanya apabila ia menggigit dirinya sendiri. Huh mengejutkan?
Saintis mendakwa bahawa hanya ada satu-satunya cara ia boleh dibunuh tetapi kajian masih diteruskan untuk mencari cara-cara baru ular ini boleh dibunuh. Ini adalah ular yang paling beracun dan dahsyat pernah direkodkan dalam sejarah manusia.
Ular ini hanya boleh didapati dalam Nokia 3310 telefon mudah alih di bawah pilihan permainan , ular Xenzia . Terima kasih kerana berhati-hati dan sabar membaca ini!
Amboiii lawak dia. Bajet macam betul je maklumat tu sekali dia buat lawak pulak. #mudahterhibur

Pernah jugaklah merasa main game ular ni. Memang bahaya, sekali dah terjebak buat rasa nak main lagi sampai ular tu jadi panjang. kan! 
First handphone yang Fiza pakai Nokia 3315. Upgrade sikit dari 3310.

4 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.