Tanam Pokok Sirih Gading Guna Air

Monday, December 14, 2015

Sebelum ni tanam pokok sirih gading menggunakan tanah. Disebabkan tanah kena beli, so macam lebih mudah guna air pulak je kali ni. Nampak lebih cantik letak dalam balang kaca bulat macam ni. Selain dapat tumbuhan segar dalam rumah, boleh di jadikan perhiasan.

http://www.azhafizah.com/

Tapi awas...kena hati hati dengan air yang bertakung dalam rumah ni takut jadi tempat nyamuk bertelur dan membiak pulak. Buat sementara ni guna air dulu, kemudian rasa macam nak guna hidrogel pulak lepas ni. Tengok dulu perkembangan dia macamana.

http://www.azhafizah.com/

Pokok sirih gading yang sebelum ni dah membesar dan banyak daun baru tumbuh. Dah makin panjang nak menjalar. Seronok kot tengok pokok tanaman sendiri membesar dengan sihat. Suka tanam pokok sirih gading ni sebab senang nak jaga dan senang nak tumbuh.

2 comments

  1. pernah tgk pokok ni. tp xtau pulak namanya sirih gading hehe...

    ReplyDelete
  2. Seronok tgk hasil tnman elok cntik je kn.sejuk mata memandang.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.