Resepi Kuew Teow Kung Fu Mudah Je Rupanya

Tuesday, December 22, 2015

Tertengok pulak resepi kuew teow  kung fu yang mudah, rasa macam nak masak sendiri je memandangkan menu ni favourite husband. Finally, misi memasak kuew teow Kung Fu berjaya. Rupanya memang mudah je pun. Rajin tak rajin je nak buat sebenarnya.

Bila buat sendiri, bahan bahan tambahan penyedap rasa dah tentu meriah sepinggan.
http://www.azhafizah.com/

Cadangan untuk 1 hidangan

Bahan Bahan Kuew Teow Kung Fu

kuew Teow dalam 1 genggam atau lebih ikut berapa banyak korang nak makan. 
Garam 
Gula
2 bij telur
Cili Api
2 ulas bawang putih
Sotong
Udang
Anak jagun
Kobis bunga
Carrot
Tepung Jagung
Air
Minyak masak

http://www.azhafizah.com/

Cara -Cara Masak Kuew Teow Kung Fu

1. Pecahkan 2 biji telur dan tambah garam sikit.
2. Pukul telur dan masukkan kuew teow
3. Kacau rata telur bersama kuew teow
http://www.azhafizah.com/

4. Panaskan minyak masak dan goreng kuew teow bersama telur tadi
http://www.azhafizah.com/

5. Setelah masak, toskan minyak dan asingkan ke dalam pinggan. Biarkan dulu.
http://www.azhafizah.com/

Cara untuk masak kuah Kuew Teow Kung Fu

1. Panaskan minyak masak dan tumis hirisan bawang putih dan hirisan cili api. (boleh dihiris atau ditumbuk kasar)
2. Setelah bahan tumisan naik bau, masukkan potongan sotong dan udang yang telah dibersihkan.
3. masukkan 2 cawan air, tambah garam dan gula secukup rasa.
4. Biarkan mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air terlebih dahulu.
5. Last sekali baru masukkan sayur carrot, anak jagung dan kobis bunga.
6. Setelah masak, curahkan kuah di atas kuew teow yang telah digoreng tadi.

http://www.azhafizah.com/
Note : Untuk jadikan kuah lebih pekat, boleh tambahkan bancuhan tepung jagung bersama air.
Nampak senang je kan. Kalau rajin, silalah mencuba! 

14 comments

  1. Assalammualaikum... hafizah,

    nampak sedap dan menyelerakan.

    mselim3

    ReplyDelete
  2. memang mudah.. tapi skill buat lain.. akak pernah try tapi tak menjadi.. hihi

    ReplyDelete
  3. nak try la nanti cuti ni masak dgn family

    ReplyDelete
  4. Dia sama dengan Kuew Teow Hong Kong eh sis ?

    ReplyDelete
  5. sedapnya kue tiaw kungfu.
    biasa makan mi kungfu je.
    nanti boleh try kue tiaw pulak.

    ReplyDelete
  6. sedapnya..mmg mudah cuma kene rajin je..hehe

    ReplyDelete
  7. ohhhh senang jeee ... boleh tiru ni ! tq fieza !

    ReplyDelete
  8. thehehehe...banyak lak typo u kali nih.... tapun jangung... hehehhehe

    ReplyDelete
  9. mcm snang...tp sya ni mls sikit. sayur pon x minat. hehe

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.