Tarikh Pembayaran BR1M 5.0 Tahun 2016

Saturday, December 05, 2015

Tarikh, jumlah dan cara Pembayaran BR1M 5.0 Tahun 2016 boleh rujuk jadual di bawah. Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 5.0 2016 akan mula dibayar secara ansuran/berperingkat bermula bulan Januari 2016.

Kali ni pembayaran BR1M 2016 dibuat secara berperingkat sebanyak 4 kali dalam setahun iaitu Bulan Januari, April, Jun dan September 2016 kepada penerima di bawah kategori isi rumah (ketua keluarga atau warga emas). Manakala pembayaran kepada penerima kategori individu/bujang akan dibuat sekaligus mulai Januari 2016.


Tarikh Pembayaran BR1M 2016

Tarikh pembayaran bermula
Pendapatan isi rumah bawah RM1,000 sebulan
(e-Kasih )
Pendapatan isi rumah bawah RM3,000 sebulanPendapatan isi rumah RM3,000 hingga RM4,000 sebulan
Individu Bujang 21 tahun keatas dan berpendapatan tak melebihi RM2,000 sebulan
28 Jan 2016RM250RM250RM200RM400
28 Apr 2016RM250RM250RM200---
23 Jun 2016RM300RM250RM200---

28 Sep 2016RM250RM250RM200---
JumlahRM1050RM1000RM800RM400

Cara Pembayaran BR1M 2016

Bagi penerima yang telah mengisi nombor akaun bank semasa memohon, pembayaran akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank penerima. Bagi penerima yang tiada akaun bank akan menerima baucar BR1M, yang boleh ditunaikan di Bank Simpanan Nasional (BSN), CIMB, Maybank atau Public Bank.

Untuk membuat semakan samada permohonan BR1M anda berjaya atau tidak (serta mengemukakan rayuan sekiranya anda gagal).

4 cara untuk mengetahui status permohonan BR1M 

1. Semakan status BR1M secara online

Ini cara paling senang. Semakan status permohonan BRIM secara online boleh dibuat di laman rasmi eBR1M Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) iaitu di pautan:


2. Semakan status BR1M melalui telefon

Pemohon juga boleh menyemak status BRIM dengan menelefon nombor hotline Kementerian Kewangan Malaysia 03-88824565 / 03-88824566atau nombor bebas tol Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 1-800-88-2716. Semakan boleh dibuat setiap hari bekerja dari pukul 9 pagi hingga 5 petang.

3. Semakan keputusan BR1M melalui email

Semakan BR1M dan pertanyaan juga boleh dibuat menerusi emel ke alamat br1m@treasury.gov.my. Sila nyatakan nama penuh dan nombor kad pengenalan anda di dalam emel tersebut.

4. Makluman keputusan permohonan BR1M melalui pos

Keputusan permohonan BR1M akan dimaklumkam melalui pos secara berperingkat-peringkat. Jika berjaya surat itu juga juga akan menyatakan tarikh dan juga tempat majlis penyerahan baucar BR1M (bagi yang tiada akaun bank).

Sebarang soalan mengenai tarikh dan cara pembayaran BRIM 2016 dengan menghubungi:

  • Nombor hotline Kementerian Kewangan Malaysia 03-88824565 atau 03-88824566
  • Nombor bebas tol Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 1-800-88-2716
  • Email kepada br1m@treasury.gov.my


Copy & Editing dari : malaysiatercinta.com

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.