Header Ads

Pirate Coffee Segamat

Sekarang dah makin famous minuman air gelas besar macam starbucks. Salah satunya yang dah famous serata negeri adalah Pirate Coffee. Kebetulan Pirate Coffee baru dibuka kat segamat. So bila balik kampung tu haruslah pergi terjah nak rasa kesedapannya bagai di kata orang tu.

Sesampai je kat sana tengok dah ramai yang beratur. Nak tak nak, tunggu jugaklah. Nak rasa punya pasal.
http://www.azhafizah.com/

Ingat nak rasa hazelnut atau cappucino. Out of stock lah pulak favourite flava dua tu. So order je Kopi Mocha.

http://www.azhafizah.com/

Dan Green Tea yang agak famous jugak dan ramai yang suka green tea ni.
http://www.azhafizah.com/

Memang puas hati minum satu gelas besar ni. Cuma pada Fiza kurang kaw sikit kot. Harga RM4 satu gelas. Okaylah tu. Minum pulak tu masa cuaca tengah panas kan. Lagilah berbaloi.

Orang Segamat silalah terjah Pirate Coffee stall berdekatan dengan Petronas Jalan Genuang Segamat selepas sekolah Menengah Bentara Dalam dan Sekolah Menengah Paduka Tuan. Stall Pirate Coffee sebelah kanan petronas depan sikit akan nampak stall ni.

http://www.azhafizah.com/

Kalau tak tahu jugak. Ini petanya.

4 comments:

  1. akak belum try lagi pirate coffee ni,tapi coffee legend ada lah merasa dua kali

    ReplyDelete
  2. Sally tetap dengan Starbucks buat masa ni...sbb yg kopi hipster lain takde yg berdekatan :(

    ReplyDelete
  3. ramai gak yg dah rasa kopi ni..tp segamt jauhhh..huhu

    ReplyDelete
  4. Tempat shida pernah ada sebelum ni tp lately penjual air mcm ni dah makin xde xtau kpe..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.