Header Ads

DIY Penyerap Bau Busuk Dalam Kereta/ Cara Kekalkan Bau Wangi Dalam Kereta

Pernah terbaca satu artikel yang mengatakan sifat kopi mampu menghilangkan bau. Dan ada yang telah mencuba menggunakan kopi untuk kekalkan bau wangi dalam kereta. Memang berkesan! So Fiza baru nak mencuba dan kongsikan di blog memandangkan kadang² wangian dalam kereta tak dapat nak buatkan bau dalam kereta betul² bau wangi.

Lagipun menggunakan pewangi sintetik kimia boleh mengundang kerosakan paru². Wallahu a'lam. Jom kita DIY ( Do It Yourself) penyerap bau busuk dalam kereta dan dalam masa yang sama dapat kekalkan bau wangi dalam kereta macam bau kereta baru beli.

Sediakan bahan bahan dahulu
1. Sebarang jenis kopi.
2. Bekas, Fiza guna bekas tupperware kecil
3. Getah gelung
4. Jarum
5. Tisu
6. Sudu
http://www.azhafizah.com/

Langkah pertama : Masukkan kopi ke dalam bekas
http://www.azhafizah.com/

Langkah kedua : Tutupkan bekas dengan tisu dan ikatkan dengan getah gelung
http://www.azhafizah.com/

3.Langkah ketiga : Cucuk permukaan tisu dengan jarum supaya ada pengudaraan serapan bau tu.
http://www.azhafizah.com/

Dah siap!Mudah je kan. Selain kopi, boleh gunakan daun pandan dan  arang untuk serapan bau dan kekalkan bau wangi dalam kereta. Letakkan di tempat yang sesuai. Cadangan,boleh letakkan di bawah seat kereta. Mesti teruja nak tengok hasilnya.

9 comments:

  1. Guna arang seketul letak bawah seat pun boleh..hehe..tp kereta just tak busuk je,

    ReplyDelete
  2. mmg berkesan ye? pernah terbaca tp tak pernah cuba..

    kena cuba ni!

    ReplyDelete
  3. viral haritu kat fb.. tapi guna kopi..
    boleh je lah nescafe ke kopi ke.. janji bau yang original dari kopi dalam kereta boleh buat kita tercegir bijik mata sebab aroma kopi.. gak2 nak minum bancuh je.. hahaha

    ReplyDelete
  4. yes. kalau nak test perfume, pastu tu dia bagi kita kopi kan utk hilangkan bau.
    senang nak test bau beza-beza.
    good idea ni, fiza.

    ReplyDelete
  5. Wangian dalam keta pon akn hilang ke??sapa penah cuba??tolong comment..

    ReplyDelete
  6. Klau lipas tu ade kunci spare nnti dia dtg la

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.