Laluan Baru Mendaki Gunung Kinabalu, Sabah

Saturday, December 05, 2015

Selepas berlaku gempa bumi di Ranau Sabah bulan Jun yang lepas, Gunung Kinabalu antara tempat yang mengalami gempa bumi yang paling teruk dan disebabkan kejadian itu, aktiviti mendaki gunung dihentikan sehingga keadaan kembali pulih.

Setelah beberapa bulan, kini sudah ada laluan baru untuk mendaki Gunung Kinabalu, Sabah. Walaupun belum berkesempatan mendaki Gunung Kinabalu ni tapi Fiza tengok laluan dia makin memudahkan para pendaki untuk mendaki sampai ke puncak. Alhamdulillah...

http://www.azhafizah.com/

Subhanallah..cantiknya permandangan puncak Gunung Kinabalu ni. Harap ada rezeki dan peluang untuk jejak kat puncak ni. Asyik daki bukit je kan, nak juga daki gunung tinggi ni. Semput pun semputlah asalkan dapat pengalaman mahal melihat keindahan ni secara live depan mata.

http://www.azhafizah.com/

Bila dah ada laluan baru ni, Siapa siapa nak pergi tu bolehlah rancang waktu untuk mendaki. Pastikan kelengkapan keselematan cukup dan pastikan sebelum mendaki, keadaan cuaca baik.

http://www.azhafizah.com/

http://www.azhafizah.com/

Kalau takde tangga ni, lebih adventure panjat batu ni sampai ke puncak dengan gunakan tali ni. Fiza perasan sekarang kat bukit Broga pun dah ada kemudahan tangga di bahagian yang agak curam untuk memudahkan pendakian. Bagus juga kan buat macam ni. Cuma kurang lasak sikit lah. Apapun keselamatan lebih penting.
http://www.azhafizah.com/
Sumber gambar dari facebook

3 comments

  1. Allhamdulillah... dah siap jalan baru, pelancong boleh la mula mendaki.... siapa la yg membuat jalan2 tu...

    ReplyDelete
  2. team sha hjg bln ni naik gunung..excited n takut pun ada..hihih

    ReplyDelete
  3. Menarik lah fiza..shida naik gunung blm cuba lg..salu naik bukit je..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.