Header Ads Widget

New Stories!

6/recent/ticker-posts

Tanaman Bunga Orkid

Hari ni lambat bersiaran gara gara cuti hujung minggu yang panjang. Sudahnya petang tadi baru berjaya update blog dan jadualkan untuk autopublish. Senang kerja boleh buat kerja lain lepas tu. Kalau tak buat macam tu, jenuh juga nak tatap PC setiap masa.

Ok, lupakan soal tu. Fiza nak share sikit tanaman Bunga Orkid dari mak Fiza kat kampung. Sebelum ni Fiza ada kongsi Bunga Rose Jepun/Bunga Kembang Pukul10 pagi dan sekarang giliran Bunga Orkid Pulak.

Untuk tanaman bunga orkid ni abah Fiza buatkan rumah orkid macam ni atas permintaan mak. Dah uzur sikit rupa rumah orkid ni dan agak tak terurus. Mak fokus sangat kat bunga rose jepun tu kot. Bunga Orkid pun dah tumbuh meliar dah cuma bunganya kurang. Bawah bawah tu mak Fiza letakkan bunga lain sebagai hiasan. Takdelah nampak kosong sangat kan.

http://www.azhafizah.com/

Yang tu sebelah kanan rumah. Sebelah kiri pun ada buat rumah orkid bawah pokok mangga. Kat sini banyak sikit bunganya. Cuma Fiza tak snap dekat².
http://www.azhafizah.com/

Rumah kat kampung memang meriah dengan macam macam jenis bunga. Kalau orang datang mesti mintak benih bunga. Mak pun kalau pergi rumah orang mesti ada je yang bunga dia berkenan. Belakang rumah pulak tanaman sayur. Seberang jalan pokok kelapa pandan. Kekadang tu nak balik rumah macam macam mak bekalkan. Penuh bonet kereta!

Okay berbalik kepada tanaman bunga Orkid tu, kalau takde idea nak tanam macamana boleh buat cara macam ni kalau kawasan rumah luas. Gantung² banyak pun cantik kan. Cara lain tak pasti, sebab selalu memang nampak orang gantung je..hihi

Post a Comment

5 Comments

  1. Mmg teringin sgt nak buat taman bunga orkid.....

    ReplyDelete
  2. Rumah nani tak dek ruang nak tanam bunga

    ReplyDelete
  3. wahh bestnya.. kak alycia pun minat orkid jugakk..

    ReplyDelete
  4. mak2 kita rajin bercucuk tanam..:)

    ReplyDelete
  5. Mak kita pun fav bnga dia orkid. Ada sikit kt umh yng masih hidup. Gntung kt pokok mngga.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.