Pencapaian Blog Sepanjang 2015

Thursday, December 31, 2015

Untuk penutup 2015, Nak kongsi sedikit secara ringkas pencapaian blog sepanjang 2015. Alhamdulillah tahun 2015, blog makin baik. Dimurahkan rezeki melalui blog banyak dapat tempahan design, job review, menang contest, pendapatan dari pengiklanan dan lain lain.

Berblog bukanlah sesuatu yang merugikan. Sesambil berblog boleh tambah pendapatan sikit² dari tak buat apa pun kan. 

Entry Blog 2015

Berjaya membuat entry seperti yang dijadualkan dan buat autopublish hampir setiap hari. Entry untuk tahun 2015 je sebanyak 13++ entry. Tahun lepas cuma 8++ je. Tak kisah orang lain nak kata kualiti entry lagi penting dari kuantiti atau syok sendiri. Yang penting kita sendiri enjoy dengan blogging. Macam masa mula mula blogging tu. Tak stress dan enjoy je walau tiada pembaca atau pengomen. tapi silent readers baca kot :p

Nuffnang 

Alhamdulillah, tahun ni berjaya cashout setiap bulan, cuma bulan June tak dapat cashout sebab had pengeluaran sipi je nak cukup.

Innity

Sejak register innity hujung bulan September, bulan 10 cuma sekali je dapat cashout. Pencapaian earnings tak berapa memberansangkan untuk blog ni. Rezeki di tempat lain.

Ashadee 

Program affiliate e-book yang sedikit berikan pendapatan sampingan untuk Fiza. Paling tinggi rekod penjualan satu e-book RM1++.00. Anggaran pendapatan dari ashadee tahun 2015 lebih kurang dalam RM3++.00

Contest

Dimurahkan rezeki dengan menang contest cash, anggaran cash melebihi RM1+++.00 serta barangan baju, tshirt, produk, fridge magnet, keychain, make up stuff dan sebagainya.

Advertorial/Produk review

Advertorial banyak juga tahun ni. Seronok dapat bekerjasama dengan peniaga² yang senang bekerja sama. Begitu juga dengan produk review, dapat mencuba pelbagai jenis produk. Selain dapat mencuba, dapat membantu peniaga lain tingkatkan jualan mereka di masa akan datang kerana ianya adalah long term marketing.

Design 

Banyak juga tempahan design setiap bulan. Terima kasih buat mereka yang mempercayai dan menggunakan perkhidmatan design dari Fiza.

Alexa

Ranking Alexa tahun ni tak berapa bagus, tiap tiap bulan turun naik. Tak dapat nak maintain kekal naik. Angka pun kejap besar kejap kecik je tengok.

Jemputan Media/ Food Review


Menerima jemputan media yang tak putus² dan juga food review melalui email yang terpaksa ditolak atas sebab komitmen lain. Rasanya belum bersedia lagi untuk yang ni. Mungkin juga sebab jauh dari lokasi. Bukan menolak rezeki tapi biarlah rezeki tu untuk orang lain.

Alhamdulillah dengan rezeki yang Fiza dapat, dapat dikongsikan bersama dengan blogger lain melalui pemberian hadiah untuk top 3  komentator sebagai penghargaan. Kenapa sampai top3 je? Sebab setakat itu sahaja kemampuan Fiza berikan. InshaAllah ada rezeki lebih, lebihlah Fiza beri. Blogger juga perlukan sokongan antara satu sama lain jugak kan.


Harapnya tahun depan kena usaha lebih lagi untuk pencapaian yang lebih bagus. Jom sama sama kita berusaha. Jadikan pencapaian tahun ni sebagai satu suntikan semangat untuk berblog secara lebih bagus lagi tahun 2016. Good Luck bloggerians! Cuma satu je nak pesan, jangan dengki dengan blogger lain. Masing masing mempunyai cara sendiri berblogging. Ada rezeki lebih, ada popular lebih, dan sebagainya. Jangan disebabkan orang lebih, kita jadi dengki melihat kelebihan orang lain. Nak lebih, kenalah usaha lebih. Serta kurangkan kontroversi dalam dunia blogger. Ehe.


8 comments

  1. banyak juga pencapaian blog ini..jadi semangat nak blogging lagi dan lagi..tapi apa yang penting kita enjoy dengan apa yang kita buat..happy blogging yer.

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..moga tahun 2016 fiza bertambah success ya..

    ReplyDelete
  3. tahniah semoga terus berjaya dalam berblogging....

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah, tahniah. happy tgok rmai blogger berjaya. bolej jd sumber smgt gitu.

    ReplyDelete
  5. wahhh. semoga terus maju kak. saye kadg2 jadi silent reader jugak. x mnyempat nak komen. sempat bace2 jaa

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillahhh.. tahniah kak fiza... all the best! BTW akk camne nak buat part bhgian Travelicious akk tu ye?? berkenan pula, rasa nak buat part foodhunting ena

    ReplyDelete
  7. Terbaik blog fiza time ni..shida masa ni udah start bz xfokus dah kat blog ^_^

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.