Awak Macam Segumpal Kain Buruk

Tuesday, December 22, 2015

Awak macam segumpal kain buruk tapi comel! Amboiii ayat kemain lagi macam hina sangat je disamakan dengan kain buruk kan. Statement ditujukan buat anak² bulus Fiza ni. Sekali tengok macam rupa warna kain buruk yang dah kepam warna kelabu berhabuk tu.

Tak percaya? Cuba tengok ni, korang mungkin sependapat dengan Fiza kan. 

Anak bulus yang baru sebulan lebih ni masih baru nak belajar kenal dunia. Masih comot. dah besar sikit baru mandikan dia. Tapi kalau mandikan pun, warna tetap tak berubah..hehe tetap nampak buruk..Hehe tapi comel, of course!

Tu yang warna kelabu, yang warna oren pun sama. Kain buruk versi baru lagi. 

Alhamdulillah diberi rezeki dapat batch anak bulus yang lebih gebu gebas dari sebelum ni. Sebab baka kali ni memang dari mak bapak yang bulu gebu gebas jugak. 3 ekor oren jantan dan sekor kelabu betina. Muka pun lebih penyek sikit.

Habit terbaru dorang suka duduk bergumpal macam gambar atas ni dan kalau sekor² tu suka jadi seketul macam gambar bawah ni. Kenapalah awak comel sangat. Geram tau kita! 


Kalau balik kampung husband, inilah mainan Fiza. Nak bawak balik rumah macam tak sesuai sebab kawasan taman. Nanti dorang pun tak bebas kalau dok dalam cage je. Nak dilepaskan takut hilang entah kemana. Cukuplah atok dorang hilang dulu entah kemana. Eh kucing pun ada atok!

7 comments

  1. hahahaha... setuju dgn fiza.. tapi kain buruk ni versi boleh cium.. comel sangat!!! :D

    ReplyDelete
  2. Comel...
    Aiiggoooo muka comot ada tahi mata
    tak basuh muka

    ReplyDelete
  3. kain burok ni menjadi rebutan ni..
    comey nye la haii...

    ReplyDelete
  4. silap haribulan terambik dia buat kain buruk.. hahhaa

    ReplyDelete
  5. i dulu ada kucing cenggini bagi nama CAT tapi dah tak de lagi :((

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.