Header Ads Widget

New Stories!

6/recent/ticker-posts

Dekorasi Charging Station

Bagi mereka yang mementingkan kekemasan dalam rumah mesti nak semuanya nak kemas dan tersusun. Dalam masa yang sama kekemasan dan susunan tu boleh di kategorikan sebagai dekorasi rumah. Salah satu tempat yang jarang kita ambil kisah tentang charging station.

http://www.azhafizah.com/

Yang biasa kita buat, charging handphone merata² dalam rumah. satu sana, satu sini. Kekadang boleh nampak serabut. Apakata cuba buat dekorasi charging station. Nampak lebih kemas, lebih cantik, lebih menarik dan salah satu kemudahan dalam rumah untuk kegunaan tetamu juga. 

Yelah, bila ada tetamu datang nak tumpang charge handphone lebih mudah diletakkan di luar. Secara tak lansung, mesti tetamu juga teruja tengok tempat charge handphone yang cantik tu. So, Fiza nak kongsi dekorasi charging station yang cantik². Kotlah boleh bagi idea pada mereka yang sukakan dekorasi dalam rumah supaya nampak lebih kemas.

Kalau paling paling malas pun buat macam ni, gunakan drawer atau kabinet khas sebagai tempat charge gajet. Dengan menggunakan cara ni memang kemaslah kan sebab tak nampak serabut di luar.




Kalau rajin boleh DIY je charging box untuk dekorasi charging station ni.


Atau boleh gunakan botol losyen yang dah habis. Cuma perlu tambah dekorasi jadi lebih menarik.

Mini cabinet dan partition ni pun menarik juga. Cuma kena pastikan sentiasa tersusun lah baru nampak kemas.




Buat ala² handbag pun boleh. Menarik dan kreatif!

Yang ni unik dan lebih jimat.

Cara ni pun bagus. Sebab ada label sekali.
Sumber dari facebook

Semua idea ni boleh diguna pakai ikut kesesuaian ruang dalam rumah.

Post a Comment

5 Comments

  1. Perghhh smarttt tempat chargenyaaaa.. Kalau dapat buat camni, tak ada semak alam kawasan dlm rumah

    ReplyDelete
  2. cantiknya !! kemas sangat.. tak ada la wire berselirat..
    lepas tu ada possibility nak tersadung =P

    ReplyDelete
  3. Klau blh buat sebegini rupa, mmng hebat..

    ReplyDelete
  4. selamat dari anak-anak bermain kan...

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.